menjelang tahun baru moden

assalammualaikum semua…

jarang sudah aku mengupdatekan blog aku.

rasa hampeh jer 2-3 hari ni sebabnya loan tak masuk lagi dan terpaksa meminta-minta kepada ibu bapa.huhuhu…

nampaknya semster baru telah bermula, cuma kelas je tak start lagi ni sebabnya asik cuti jer, ari tu cuti awal muharram, esok cuti 1 jan plak…

dan rumah ni pun dah tak amcam dulu…aku bertiga dengan ila dan julie masih seperti dulu..tapi perhubungan kami dengan 2 rakan serumah lagi mungkin tidak seperti dulu.

aku pun tak pasti adakah mereka akan terus menghuni di sini atau tidak..

maka terima jela keadaan yang berlaku…pembahagian barang2 rumah telah dilakukan..

malah ada insan yang telah mengangkut barang2 dia masuk ke dalam bilik..

sedangkan banyak lagi barang dia kat luar ni ha..apa pasal dia tak bawa masuk skali? kan lagi puas hati..kui kui kui…

takpela, aku pun takde masalah sangat. malsa rasanya nak amik tahu hal2 macam ni lagi. masing2 buat hal sendiri lagi baik, tak mengganggu, tak menyusahkan sesiapa pun. janji kami bertiga masih senyum dan gembira. sebab kalau ada yang bermruam dan sedih…itu mereka punya pasal.

esok tahun baru moden..maka ramailah nanti anak2 muda berpusus2 ke dataran, klcc dan banayk lagi tempat. aku tak tahu perkembangan untuk malam ni adakah kerajaan akan berhabis berjuta-juta lagi duit untuk menghasilkan bunga api, mengadakan konsert dan sebagainya yan gmungkin melalaikan anak-anak muda mahupun yang dah tua bangka.

aku memang terperap la kat sini…dah beberapa tahun aku tidak pergi ke pesta-pesta macam tu untuk melihat bunga api. kalau time skolah dulu mungkin menjadi acara wajib kepada aku dan rakan-rakan.

masih ada kerja lagi yang tertangguh…

tesis bab 2 perlu diserahkan pada En. Norman 2 Jan..dan pada penyelia aku tak apsti camne.

alhamdulillah aku dah siapkan..ada satu perenggan je nak kene touch up sket..itu just nak bagi en. norman jer. kalau kat penyelia kang..mau banyak kene tuakr nanti. huhuhu..itu pun berdasarkan pengalaman budak2 ni la kan.

then, aku kene siapkan skrip untuk remy…aisey..aku malas sebenarnya.

taip blog lagi best dari taip skrip yang perlu pikirkan idea sendiri, memikirkan jalan cerita, konsep durasi dan sebagainya…tak best langsung…

terfikir kata Azmir, “kenapa korang tak pernah deal hrga skrip eh” aku terdiam tak tahu nak kata apa.

entah, dulu2 aku pernah tanya harga bayaran skrip…tapi sekarang aku rasa kalau ada bayaran pun dah cukup bagus.

bukan lah kata aku tak kisah, tapi bila berdepan dengan makcik and pakcik aku terkedu…rasa kecik jer aku ni.huhuhu..patut tak aku rasa macam tu.

ermm…pasti ramai yang sekarang ni menyenaraikan azam-azam baru..atau mungkin azam lama masih tersenarai lagi dalam list mereka untuk tahun baru 2009 ni…

aku tak menaruh sebarang perkara baru…cukuplah sekadar aku berazam untuk berubah menjadi lebih baik dari tahun ini…

banyak perkara-perkara buruk dari yang baik berlaku sepanjang tahun ini. harapan aku agar segalanay dapat dilupakan dan dapat memberi pengajaran pada aku kelak. jangan lagi leka kepada dunia..cewaahh!!!

semoga anda smeua juga berjaya merealisasikan impian dan azam anda selama ini…

aku berharap kita masih lagi mampu menghirup udara ini dan menggunakan segala nikmat dariNya…

SALAM MAAL HIJRAH dan SELAMAT TAHUN BARU 2009

 

sekilas : dah 2 malam berturut aku mimpikan Atie…apa maknanya yer?

mulanya semester baru

sekarang aku udah ada di puncak perdana…
di rumah resak ni haa…
aku iela n julie telah berjaya mengemas rumah dengan bangganya..huhuhu..bersih wooo….
pembahagian barang yang perlu pun dah dilakukan…

konon skrg ni aku nak siapkan tesis bab 2..tapi blur.
aku cuba menatap tajuk tesis aku..tapi terasa bangang kejap.

dengan laptop rosak…
oh yer…terima kasih kepada kekasihku yang baik hati kerana bagi aku pinjam laptop dia seminggu untuk aku siapkan bab 2 tesis aku ni…tapi aku baru bergerak sikit jer…huhuhu..sebab nak betulkan bab 1 balik..cet!

okla…buat masa ni aku tak aktif blog ni sebabnya internet ada masalah. NI GUNA INTERNET IELA NI…opppss terbesar lak fon…hehehe…

k cau… =)

sekilas : sekadar picisan bak kata tomok!!

update update update

start dari hari besday gue…gue tak sempat lagi nak update blog ni..cewahh!!

untuk beberapa hari ni, aku anggap ia adalah hari yang gembira bersama keluarga tercinta dan insan-insan yang sentiasa hadir menggembirakan aku..(lebey kurang je ayat aku ni)

hari Sabtu 13 Dis lalu, aku gi Taiping nek keta abang. bertolak dari Cheras Perdana seawal jam 6.30 pagi dan tiba di homestay yang telah dihuni oleh kakak-kakak aku sekitar pukul 11 pagi…lebey kurang la. abang sempat tidur dan begitu jugak dengan aku. kitorang nak hadiri majlis kahwin sepupu kami di Taiping.

no picture..sorry aku kene jaga anak buah je. gamabr2 seme kat kamera akak aku. nanti mesti dia ade upload kat blog dia.

pastu aku ikut kakak aku gi Pulau Pinang..kak ida family’s n kak shila family’s. kat sana kami gi rumah sepupu jugak…Along azah.  dia adalah sepupu yang paling terawal kahwin, so anak2 dia seme dah besar. yang sulung berusia 18 tahun.

kat sana kami dihidangkan dengan kari kepala ikan..sedap woooo…aku layan habis. tapi, ingat nak gi makan char kueh teow. kerana kekenyangan kami tidur je. tak larat nak gi makan char kueh teow lagik…sebelum makan malam tu, kami ada melihat-lihat album gambar Along. gambar time dia kawin. dan terselitla gamabr family aku. ia di ambil pada tahun 1990. seharusnya usia aku time tu 5 tahun…dan setelah bertahun-tahun…gambar adik-beradik aku di ambil sekali lagi pada tahun ini…lihatlah..kami semakin membesar..dan membesar…

1990

my siblings

 

lihat lah dunia…cewah!!

esok pagi kami bertolak dari rumah along. aku ikut kak ida sebab nak gi jenjalan. kak shila gi rumah mcik dia kat butterworh kot. ingat kak ida nak bawa gi bukit bendera, tapi jalan sesak.so, tak jaid singgah kat area2 batu feringgi tu jela…

batu Feringgi

Happy Birthday to my sis, Suhaila

tepat jam 12 tengah malam tadi, aku hanya mampu mengirim sms kepada kak Shila sempena hari lahirnya pada 9 Dis.

dah semakin lanjut usia…

doa aku semoga dia bahagia dunia akhirat bersama keluarga tercinta…

sorry la tiada hadiah dari aku kerana aku tak mampu nak beli apa2. aku kan study lagi, dia kan dah keje, so pekata dia hadiahkan aku nanti untuk hari jadi aku…cewah!

tapi aku tetap akan bagi kek hari jadi untuk dia kat blog aku yang cute ni…

birthday

Selamat Hari Jadi Norsuhaila bt. Mahdi yang ke 28 tahun…huhuhu..muda lagi tu…

sekilas : ader surprise lagi..hehehe

menyanyilah na na na na na oohhh

ada satu ketika saya sedang bergembira..gelak ketawa, bergurau senda bersama ahli keluarga…

sampai satu masa saya termenung, kemudian saya terasa sunyi dan ada seseorang yang mampu menenangkan jiwa saya…

rindu yang hadir ini membawa saya kepadanya yang jauh di mata.

saya rindukan dia…lama sudah saya tidak bertemu dia.

saya ingin bersama dia, bergelak ketawa, bergurau senda dan merasakan tiada lagi dugaan…

tapi…selagi dia tiada di sisi saya, saya tidak mungkin dapat melakukannya…

saya rindukan dia…

 

sekilas : terasa rindu juga..hehehe.. (mungkin title tiada kaitan, mungkin ada)

Uncle Seekers yang ANGKUH???

aku tak tahu apa yang dibanggakan oleh orang yang digelar-gelar hebat sebagai uncle kerana memburu hantu. mungkin daripada dia mengkaji pasal hantu, lebih baik dan afdal dia kaji pasal al-Quran. ada jugak pekdahnya.

ini nak menyesatkan diri sendiri pulak..
i don’t understand u man…ooo…old man, sebab mungkin dia patut sebaya dengan ayah-ayah kita kannn…

aku tidak mengecam usaha dia untuk mencari pelbagai jenis ‘hantu’ kat dunia ni..ooo maybe setakat Malaysia. tapi cara dia berdebat dalam rancangan tanya Linda ni memang melampau…

mungkin dia yang perlu lebih banyak belajar. takdelah tinggi sangat pengetahuannya. Allah sahaja yang Maha Mengetahui…

yang terbaik untuk dia ialah : Berlagak, bodoh sombong, dan merendahkan keupayaan orang lain.

sekilas : maaflah sekadar luahan hati…tidak berniat untuk menyinggung. hanya teguran dari orang biasa.

Kontrversi baju Linda Onn dijawab

i got this video at http://www.youtube.com/watch?v=F7lY1oqap4I 

so maybe korang leh tengok dengan sendirinya di dalam laman web ini. dan banyak komen-komen dari visitor yang rata-ratanya tidak sukakan kontroversi ini..cewah…

aku pun pelik jugak..entah pe yang pelik kat baju ni..pelik lagi..kenapa di tak pegi LA..

dan pelik lagi..ape pasal aku nak citer pasal die ni? (cam akde kene mengena je)

sekilas : macam-macam hal la kalau dah jadi artis.nak gi berak pun orang amik tahu.

akhirnya…aku dapat jugak!

akhirnya semalam aku dapat makan nasi bubur ayam…

dah 2 hari aku teringin…makan ngan mak ayah kat kedai Pandan Jaya dekat Maybank tu.

kenyang sey…memang berselera la aku nak makan. mak pun order bubur nasi jugak sebab semalam mak da start demam.

kedai tu lambat betul sampai makanan. dah la mak ayah order minuman panas dia bagi suam-suam kuku jer. tahu jela orang tua punya peel camner.

mak pun terjerit-jerit panggil kakak bagi air tu…aku buat derk jer…sape suh bagi air macam tu..kan dah kene.

waktu teman mak beli kasut sebelum tu pun, mak angin jugak. yela dah berkenan, takde saiz plak. padahal tengok bagai nak rak. penyudah mak kata “menyampahlah…”

promoter kat kedai kasut tu terasa plak. aku cakap elok2 lagi..”terima kasih ye kak”…ada ke patut dia balas “yela..nak menyampah plak”

aik..men kasar tul minah ni..nak aje aku balas balik…macam aku lak yang cakap kat dia. orang tua, paham jela…kang guna kuasa “customer always right” kang…cewahhh…

tapi aku tak balas minah tu cakap…aku blah je. sebab aku paham situasi kedua-duanya. promoter tu kompom penat giler layan customer satu hari. dapat lak yang cerewet cam mak..entah2 ada lagi cerewet..dah la time tu less besar-besaran. tapi aku agak tensen jugak lah. promoter tu la yang layan customer cari kasut, dia jugaklah yang jaga kaunter…itu yang aku bengang. ape dah takde pekerja lain ke kat situ? patut cuti-cuti sekolah ni, carila budak part time keje situ membantu meringankan beban. sebab time cuti-cuti camni lah banyak orang kuar shopping, nak raya lagi, nak sekolah lagi, nak cuti tahunan lagik..tak paham-paham tul la majikan sekarang ni.. nak untung pandai..tapi tak tahu nak amik ati customer camne.

itu yang buat mak pun rasa marah, sebab dah la tunggu dia gi cari kasut lama (sebab layan customer lain dulu, gi kaunter lagi). pastu bile minta saiz kasut, dia kate takde..kan mengecewakan namanya. kite ni dah excited. kalau dari awal dia kata takde…kita pun tak terasa sangat la sebab menunggu kan..itu bagi pihak mak yang cerewet la…

tapi ptutna promoter tu bersabar jela..kalau betul dah ramai customer cerewet atau algi cerewet penah dia jumpa, dia dah kire expert nak handle la kan situasi camtu. ini boleh pulak nak balas camtu. buatnya owner kedai tu yang berlagak jadi customer…dia cakap camtu..baru padan muka dia. terus benti keje kott…nak benti ape…pekerja pun tak cukup…cett!!

dan hari ni…aku masih pening2 kepala. tadi kak shila smstanya ma nak beli ape barang kat pasar untuk raya nanti. aku sms la panjang lebar listnye..alang2 ader orang nak membeli guna duit dia kan..hehehe. siap pesan fresh orange lagik.. tu tak masuk list raye tu..kuang..kuang..kuang..

ala..mesti dia baca blog ni..tengkiu la..kang kecik ati plak..( hahahahaha gelak lagik)

kemas2 dapur..konon2 nak jadi anak yang baik..nak masak tengah hari ni..tapi takde lauk..waaaa….nak makan aper??? pesan lagik kat kak shila..beli ayam sebelah pun jadi la..bukan ader orang pun kat rumah. angah n family balik Melaka…pastu telur 10 biji.

tak tahu la pesanan kedua tu dia terima ke tidak kan..isskk…tapi kalau dia simpati, dia kene beli jugak.ala…klau aku bagitahu mak demam..mesti dia beli la..huhuhu…

sekilas : besar betul pengorbanan seorang ibu.

bila dah ada sakit

dah 2 hari aku tak lalu makan..

muntah-muntah, cirit-birit…

kepala asik pening, kuar angin je…

makan tak seberapa, tapi perut memulas. kalau terasa nak buang angin tu kene standby terus ke tandas..kalau tidak…adoyai…

nak kata demam tak demam…salah makan aper? ape yang mak makan, itu yang aku makan…semuanya di rumah. takde pulak aku kuar makan kat mane2 (memang tak keluar pun 2-3 hari ni)

tapi pening betul kepala ni…

tambah lagi, gusi aku bengkak plak kat tempat tumbuh gigi bongsu dulu (tak abis tumbuh lagi pun)

lagi la..nak makan pun tak leh nak kunyah banyak…tapi kene kunyah lama-lama, itu yang buat lagi lekas kenyang..(tapi sebenarnya lapar)

teringin makan bubur nasi sebenarnya, tapi mak pulak masak tomyam…kak sham kata konon nak ilangkan loya..

pedas la…lagi meragam perut aku ni..nak bubur jugak…(padahal leh wat sendiri, nak mengada-ngada jugak norfa ni)

masuk tadi dah 3 kali aku masuk tandas buang air besar untuk arini…tapi cirit dah…

sekilas : gudluck to Ahmad Fakhri sepanjang menempuh minggu peperiksaannya dan selamat kembali!

Hanan & Hanin

time shooting Wakdol tempoh hari, kawan aku June call. dia tanye, “besday ko nanti ko takde eh? pegi Taiping, tengok orang kawen.” aku dok fikir…ye tak ye jugak lah. time tu aku takde. aisey, Aki balik 12hb sebab kononnya nak celebrate besday aku . ayo….aku pun tak perasan bahawa tarikh berkenaan family aku semua gi Taiping sebab cousin aku kawen.

“mane kau tahu ni? nak ajak aku kuar ke time tu?” balas aku.

“tak lah, aku call Kak Azam nak mintak tolong dia buat tepak sirih. dia yang cakap korang semua takde hari Sabtu tu.”

ooo…kate aku dalam hati. cewah…sambil-sambil borak tu, aku mintak dia kirim MMS gambar anak dia yang terbaru…aku nak upload kat blog ni. nak share ngan korang. June ni kawan baik aku dari sekolah menengah dulu. jodoh dia sampai awal, dia kawen dulu sedangkan time skolah2 dulu dia la paling jarang bercinta…huhuhuhu…

dia akhirnya bertemu jodoh dengan seorang lelaki bangsa Arab. Alhamdulillah dikurniakan 2 cahayamata yang comel sangat. namanya Hanan dan Hanin.

4

5

memang mix arab habis la…arab + thailand…

June ni lahir kat Thailand sebab makdia orang Thailand tapi dia dibesarkan di Malaysia. kiranya kalau suh dia cakpa Thailand sepatah haram la dia tak paham. Cakap Arab tu pun tak pandai2 lagi walaupun dah kawen ngn orang Arab.hehehe..sowy kawan, tercerita lebih2 lak pasal ko..hahahaha

oklah…jumpa lagi.

sekilas : tak dapat bayangkan muka anak aku camne, ikut aku ke bapaknya nanti (berangan..cewah!)

kanak-kanak Melayu dan India

di suatu petang yang hening, di taman hak milik MPAJ…terdapat beberapa keluarga membawa anak-anak ke situ untuk beriadah. sekumpulan anak-anak sekolah rendah menjalani latihan bola sepak bersama jurulatih mereka sambil diperhatikan parents yang prihatin (risaula kot-kot injured ke?).

terdapat seorang perempuan berjalan menuju ke tangga. anak-anak disekelilingnya memanggil “maksu..maksu..nak air.” hehehe…maksu menoleh dan bagi air la kan..ape lagik.

maksu duduk.

budak 1 : fuyo..ko tangkap macam keeper. (merujuk kepada dua orang kanak-kanak yang sedang bermain bola)

budak 2 : biasala. tengok orang la.

budak 1 : aku pun boleh jadi keeper. ko tengok aku tangkap…ha..terer kan.

budak 1 menangkap bola sambil berguling-guling. walhal bola tu tak laju mana pun. nak tunjuk aksinya lebih bagus dari budak 2 yang sekadar berdiri menangkap bola. Budak 1 terus menyepak bola ke arah budak 2. tapi, budak 2 gagal menyambut sepakan itu lalu bola itu pergi jauh darinya ke belakang. terus dia berkata…

budak 2 : tak nak lah kawan dengan awak.

budak 1 : ha..macam tu la nak mayen…baru betul. saya tendang bola bagus. (dia pun berlari2 mengambil bola tu).

maksu menyedari, budak 1 itu berbangsa India, dan budak 2 berbangsa Melayu. dan terus menyedari, apabila budak India itu mengambil semula bola, budak Melayu itu akan kembali bermain. tapi, bila dia gagal menyambut bola dan bola ke belakang jauhnya, dialog yang sama dituturkan “takmolah kawan dengan awak.” tetapi, budak India tersebut terus gagah mengejar bola dan ingin bermain bersama budak Melayu itu.

dan maksu buat tak reti, hahaha…dia memanggil anak-anak buahnya..sebab…

2

1

3

itulah sebabnya…aktiviti petang semalam yang agak seronok.

sekian terma kasih…

sekilas : ade ke patut Linda ajak aku gi tengok wayang kat Bukit Tinggi. kalau aku ajak die ke times square, dia mau tak?