sekilas
a simply life

akhirnya…aku dapat jugak!

akhirnya semalam aku dapat makan nasi bubur ayam…

dah 2 hari aku teringin…makan ngan mak ayah kat kedai Pandan Jaya dekat Maybank tu.

kenyang sey…memang berselera la aku nak makan. mak pun order bubur nasi jugak sebab semalam mak da start demam.

kedai tu lambat betul sampai makanan. dah la mak ayah order minuman panas dia bagi suam-suam kuku jer. tahu jela orang tua punya peel camner.

mak pun terjerit-jerit panggil kakak bagi air tu…aku buat derk jer…sape suh bagi air macam tu..kan dah kene.

waktu teman mak beli kasut sebelum tu pun, mak angin jugak. yela dah berkenan, takde saiz plak. padahal tengok bagai nak rak. penyudah mak kata “menyampahlah…”

promoter kat kedai kasut tu terasa plak. aku cakap elok2 lagi..”terima kasih ye kak”…ada ke patut dia balas “yela..nak menyampah plak”

aik..men kasar tul minah ni..nak aje aku balas balik…macam aku lak yang cakap kat dia. orang tua, paham jela…kang guna kuasa “customer always right” kang…cewahhh…

tapi aku tak balas minah tu cakap…aku blah je. sebab aku paham situasi kedua-duanya. promoter tu kompom penat giler layan customer satu hari. dapat lak yang cerewet cam mak..entah2 ada lagi cerewet..dah la time tu less besar-besaran. tapi aku agak tensen jugak lah. promoter tu la yang layan customer cari kasut, dia jugaklah yang jaga kaunter…itu yang aku bengang. ape dah takde pekerja lain ke kat situ? patut cuti-cuti sekolah ni, carila budak part time keje situ membantu meringankan beban. sebab time cuti-cuti camni lah banyak orang kuar shopping, nak raya lagi, nak sekolah lagi, nak cuti tahunan lagik..tak paham-paham tul la majikan sekarang ni.. nak untung pandai..tapi tak tahu nak amik ati customer camne.

itu yang buat mak pun rasa marah, sebab dah la tunggu dia gi cari kasut lama (sebab layan customer lain dulu, gi kaunter lagi). pastu bile minta saiz kasut, dia kate takde..kan mengecewakan namanya. kite ni dah excited. kalau dari awal dia kata takde…kita pun tak terasa sangat la sebab menunggu kan..itu bagi pihak mak yang cerewet la…

tapi ptutna promoter tu bersabar jela..kalau betul dah ramai customer cerewet atau algi cerewet penah dia jumpa, dia dah kire expert nak handle la kan situasi camtu. ini boleh pulak nak balas camtu. buatnya owner kedai tu yang berlagak jadi customer…dia cakap camtu..baru padan muka dia. terus benti keje kott…nak benti ape…pekerja pun tak cukup…cett!!

dan hari ni…aku masih pening2 kepala. tadi kak shila smstanya ma nak beli ape barang kat pasar untuk raya nanti. aku sms la panjang lebar listnye..alang2 ader orang nak membeli guna duit dia kan..hehehe. siap pesan fresh orange lagik.. tu tak masuk list raye tu..kuang..kuang..kuang..

ala..mesti dia baca blog ni..tengkiu la..kang kecik ati plak..( hahahahaha gelak lagik)

kemas2 dapur..konon2 nak jadi anak yang baik..nak masak tengah hari ni..tapi takde lauk..waaaa….nak makan aper??? pesan lagik kat kak shila..beli ayam sebelah pun jadi la..bukan ader orang pun kat rumah. angah n family balik Melaka…pastu telur 10 biji.

tak tahu la pesanan kedua tu dia terima ke tidak kan..isskk…tapi kalau dia simpati, dia kene beli jugak.ala…klau aku bagitahu mak demam..mesti dia beli la..huhuhu…

sekilas : besar betul pengorbanan seorang ibu.

No Responses to “akhirnya…aku dapat jugak!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: