old story (part 1)

DSC03958

Mesti korang tertanya-tanya apekehal ade gambo cenggini aku lampirkan dalam post aku kali ni. haa…aku pun tak berapa nak pasti kenapa aku upload gambar ni. ade la 2-3 hari lepas, time aku nak alihkan kete nak parking depan rumah, aku telah membuat pusingan yang agak jauh sampai ke tepi lombong / longkang besar /sungai  ni ha…then aku siap berhenti kereta untuk snap tempat ni. pelik?

DSC03959

Aku pun pelik….untuk pengetahuan korang, batang paip ni merupakan jalan short cut aku untuk gi skolah dulu. korang bayangkanlah aku lalu sepanjang batang paip ni merentasi sungai kecik (sungai ke?, ye kot.) dengan berbaju kurung skolah, bawa beg sandang di belakang aku bersama dgn kawan2 pernah melaluinya. Kawan-kawan..? hurm, aku rasa yang pernah lalu, June, jiran depan rumah aku, sebelah rumah aku. itu jela kot..yang aku ingat,

DSC03960

time lalu dulu, aku pernah jugak terfikir, kalau aku jatuh ni, ade jugak terpampang kat muka depan surat khabar seorang pelajar dikhuatiri lemas di dalam sungai yang kotor ini..muahahaha…

short cut tu takde la short cut sangat. tapi zaman sekolah dulu rasa macam adventure la pulak kan kalau lalu situ. dan jangan tak tahu, tempat ni jugak pernah jadi port dating budak2 skolah..hehehe….sebabnya dulu kawasan belakang ni jadi jalan mati. jadi takde la orang lalu sgt. sekarang dah dibuat jalan tar, so kereta boleh lalu ikut belakang ni.

tapi, kalau suh aku lalu sekarang maybe aku tak berani kot! (boleh plak camtu kan).

actually, sejak aku balik ke rumah ni, banyak benda yang telah mengembalikan nostalgia aku bersama rakan-rakan sekolah. apatah lagi, mengenangkan rakan-rakan sekolah aku ramai yang dah berumahtangga…beranak pinak lagik. baru-baur ni pun ader contact dengan schoolmate aku dulu, G-An…sedang mengaturkan pertemuan semula. memang terlalu lama tidak berjumpa.

so…akan menyusul segala kenangan-kenangan itu kelask. sementara aku masih belum bekerja dan tiada apa-apa yang hendak dibuat. mungkin kenangan ini dapat membantu aku untuk menjadi orang yang lebih berguna (err…ade kaitan ke tak eh?)

sekilas : kalau aku ke Paragon Point, mungkin lebih banyak yang hendak dibicarakan… =)

Pizza lalalala Pizza…

Yesterday, My pretty sister made a pizza for us…sedap wooo….

so, i already standby my handphone and snap some picture to show you…

3 slice masuk dlm perut aku...bygkanlah klu slice tu kite potong sendiri...hehehe
3 slice masuk dlm perut aku…bygkanlah klu slice tu kite potong sendiri…hehehe

 

duduk rumah akak aku ni..memang riuh rendah…dalam bilik toksah citer lah..messy giler babss..huhuhu…anak ramai satu hal..masalahnye perangai sorang2 macam-macam hal plak…

dan mereka  juga sangat comel!!

Image0402

DSC03930

i’m just happpy with them..

Helmet oh helmet

Assalammualaikum kalian…

semenjak aku hantar tesis aku, lama jugak tak updet blog. ade la orang tu dok tertanya2 kenapa tak updet2 blog ku ini..

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas, aku telah selamat menghantar tesisku. dan doaku semoga aku mendapat keputusan yang baik dan lulus semua kursus yang ku ambil.

sekarang, aku berada di Kuala Lipis rumah Kak Ida..beriya benar wanita ini mengajak aku ke mari. maklumlah, bukan selalu aku akan bercuti panjang. sementara mendapat pekerjaan yang sesuai dan aku suka..huhuhu..

tadi sewaktu berjalan di pekan Kuala Lipis, bersama Kak Ida, dan jiran tetangganya untuk makan nasi kerabu di pagi hari, aku ternampak seorang wanita Cina yang memakai helmet yang pada aku memang buruk la kan. sebabnya, sekarang ni kan orang-orang muda cam aku mestila memilih nak pakai helmet cantik-cantik sikit. itu pengakuan jujur aku la…huhuhu…tapi kalau takde helmet cantik..redah jugak lah helmet buruk pun.

tau jela…kadang-kadang nyonya dan apek berbangsa Cina ini tidak bergitu berkira pabila menyentuh soal helmet. asal boleh lindungi kepala atau tidak disaman polis, dia sarung je kat kepala. helmet dorang ni plak macam sepesen je..yang kaler kuning-kuning cair sket…pastu nampak ala-ala oldskool. memang kalau kita ni nak pakai pikir 2-3 kali jugak..malu la katakan.

i'm just not sure...girl ni tau tak dia salah pakai helmet?
i’m just not sure…girl ni tau tak dia salah pakai helmet?

adakah bangsa kita merasa malu untuk memakai helmet seperti ini?

biarkan aku jalani hidup dengan tenang

Isnin, 11 May 2009 – aku jumpa Encik itu jam 2 petang. memang itula selalunya time yang dia nak free kan diri dia. tidak kiralah kalau aku dah mesej semalam ker, awal pagi buta ke..tengah hari tu kang baru dia nak balas cakap kul 2 petang jumpa. Alhamdulillah, dia luluskan. aku balik..muka riang. tapi, terus bertungkus lumus selesaikan tesis aku tu. Check spelling error, tengok format. betulkan margin, buat jadual…mula printing 8 malam. selesai jam 12 malam dengan masalah printer lagik…huh!

Selasa, 12 May 2009 – aku bangun pagi, sebab petang Isnin tu aku jumpa Dokte kat UiTM ni dia cakap aku kena gi klinik sek 7 tu hari ni. so, aku tumpang Anira sampai sek 7…amik angka giliran kul 830…selesai urusan jam 1230 tgh hari. amik teksi gi sek 2, hantar tesis untuk buat hard cover. brader tu ckp Rabu malam baru siap, sebab banyak lagi tempahan. (Aku : garu-garu kepala yang tak gatal…muka sedih.) Redha…

Rabu, 13 May 2009 – aku bangun pagi lagi sebab kena gi klinik sek 7 tu untuk hantar sample kahak akibat batuk-batuk aku ni. kali ni tumpang Shitah sebab dia nak hantar Jeejan gi sek 17. Aku cakap ngan Anira lain kali aku tumpang dia. sebab segan jugak aku ngan dia. balik awal sebab just hantar je sample tu, takyah amik no. giliran. Malam jam 7, aku gi sek 2 nak amik tesis aku. aku gi ngan Julie…tggu bas malam jam 1030 malam camtu baru ada.

Khamis, 14 May 2009 – masih kena bangun pagi sebab kena gi klinik sek 7 tu, hantar sample lagik. kali ni gi naik bas. sebab Anira cam tak kuar-kuar bilik je…naik bas jam 730 pagi…sampai sek 2 pukul 8 pagi. nak gi sek 7, tak tahu naik bas apa…nak naik cab kene cas RM4..kalau macam harga semalam..kalau RM5..huhu…aku amik keputusan jalan kaki…smp sek 7 kul 8.45 pagi…setengah jam jugak aku bersenam jalan kaki hari ni…smpai klinik, bagi sample…pastu kuar tahan teksi…aku minta hantar sek 2..tapi sebabkan aku macam nak balik cepat nak hantar tesis kat Encik itu..aku minta dia hantar sampai Puncak…hurm…terbang RM15…nak cepat punye pasal. sampai Puncak terus call Encik itu…tak angkat…mesej tak balas….try call lagi sekali — reject –.

dia reply “meeting”…

“i’m sorry, just nak tahu bila saya boleh jumpa?”

“Petang? coz dunno when meeting finish”

“bila-bila jela, asalkan Encik free.TQ. maafkan saya sebab mengganggu”

senyap….aku terus rasa sedih =( sedih sebab aku belum jumpa Dekan lagi untuk dapatkan signature…dan entah2 aku sorang je yang lambat…

call My Cinta…”sabar jela…tunggu jela petang nanti”

END

sekilas : aku ingin hidup tenang!

Di situlah tempatnya…

Ketika kaki melangkah masuk ke dalam…

kulihat ramai….ramai orang yang keluar dan masuk,

yang berdiri dan duduk…

yang cerah dan gelap,

yang tinggi dan rendah,

yang kelihatan sihat tetapi tidak,

yang dewasa dan kanak-kanak,

yang muda dan yang tua…

yang berkahwin dan masih bujang…

yang pergi menemani dan menunggu…

mungkin ada yang kaya…mungkin ada yang miskin…

antara mereka itu juga mungkin ada yang baik, mungkin ada yang jahat…

yang ku lihat di situ juga ada yang gembira, dan ada yang kelihatan duka…

tidak sesak seperti di pasar…tetapi ramai seperti keadaan mendesak…

ku senyum kepada seorang anak kecil itu…berlainan bangsa dan agama.

ku bicara bertanya nama, namun dia sembunyi muka dan beraksi manja…

ku pandang kelilingku lagi….beginilah keadaannya…

tidak kira siapa, mereka pasti datang…warganegara ataupun tidak…

hanya untuk mendapatkan perkhidmatan murah…. 

dan mungkin percuma untuk kakitangan kerajaan atau mungkin berbekalkan sehelai surat dan pengesahan…

 

 

 

di situlah tempatnya….

 

 

 

 

 

 

klinik kerajaan di Seksyen 7, Shah Alam….

 

sekilas : tak nak lama plak aku tunggu dari pagi bawa ke tengah hari…huhuhu sabar jela!

Akhirnya…hehehe =) surprise!!

Yesterday, aku ader ckp yang aku akan pergi kenduri kawen kawan aku…

jeng..jeng..jeng…

jam 1045am Linda sampai menjemput aku & Julie.

Kemudian, servis membawa kereta telah bertukar tangan. konon aku macam tahu sangat la tempat nak gi ni..hehehe poyo siut…

singgah rumah mak amik kad kawen dulu (ni sebab tak kompom la ni kat mane kenduri la ni) lagipun aku tukar baju sbb semua baju dah hantar balik rumah. huhuhu…

akhirnya…..sampailah ke lokasi perkahwinan si pengantin…

bersama ibu pengantin...hehehe
bersama ibu pengantin…hehehe

 

bersama rakan-rakan lain..linda n abg ajak tu..dia pun nak kawin tu.
bersama rakan-rakan lain..linda n abg ajak tu..dia pun nak kawin tu.

 

Jeng…jeng…jeng….!!!

 Nak tau pengantinnye?? ngeee……….lihatlah di bawah…

 

 

 

 

 

 

ini lah pasangan pengantinnya...Encik Mohd Haniff & Puan Khairina Akmar
ini lah pasangan pengantinnya…Encik Mohd Haniff & Puan Khairina Akmar
 
ha korang yang kenal Mamat ni mesti tahu sapa dia..huhuhu….so, lepas ni paham2 la yer…dia sudah selamat menjadi suami kepada isterinya itu….aku diberi kad undangan….jadi aku datang la…lagipun klu takde Linda, aku tak pegi jugak!! —no comment!! wakakaka…. =)
dah kenal dia, mesti tau prangai die..tu duk atas pelamin buat peace!!
dah kenal dia, mesti tau prangai die..tu duk atas pelamin buat peace!!

apa-apa pun tahniah di ucapkan kepada kedua mempelai…doaku semoga kalian bahagia hingga akhir hayat…

COngratulation =)
COngratulation =)

sekilas : bila turn aku pulak ni?

apabila seorang kawan tiada

huhuhu…tadi Satilah baru SMS aku. dia telah selamat tiba di kampung halaman — Jengka Pahang… Alhamdulillah..selamat sudah sahabat ku itu…

now…aku ada di rumah..masih di puncak…bored!!

baby pun tahu nak buat muke boring..anak sapo la ni?
baby pun tahu nak buat muke boring..anak sapo la ni?

Sue balik Serdang, Anira kursus smp Ahad, Mira baru je keluar.then, kejap lagi Julie plak nak dating ngan bf dia. iela..dah terang2 la aku ckp dah balik kampung.

aku di rumah keseorangan…

takde teman nak sembang…

i will miss you my friend…oh Satilah…mengapa pulang terlalu awal…?

we all get bored from time to time
we all get bored from time to time

-end-

sekilas : my cinta pun takde berita =(