current MOOD = LEMAU

konon2 aku ni macam takde mood la…

tapi macam ada masa lagi nak update blog…

25-27 nov lepas aku join wakdol untuk shooting kat Meru..aper jawatan aku?? lupe dah.. =)

aku tak tahu dorang shoot camne (walaupun aku ada di tempat kejadian)…tapi aku rasa dorang okay je kot shoot..hehehe

masalah yang timbul ialah hujan…tapi hujan itu kan rahmat dari Allah. bersyukur hendaknya kita.. =)

aku baru balik tadi dari puncak, sebab mak nak pakai keta esok pagi.

esok maybe nak jumpa Azmir nk setelkan akaun production ni ha..pandai Azmir kan..hehehe tapi pandai lagi aku… (ape ntah aku merepek ni)

aku tak amik gambar shooting dalam hp aku..sebab aku tak terfikir nak bergambar…

jadi tiada gambar kerana aku tiada kamera. nak tengok gambar pi imintak kat Izzman ke, byxura ke, lin ker? sebab dorang ader kamera..hahahaha..norfa senget…

Ahmad Fakhri senyap.

aku dikatakan tidak mengetahui peranan sendiri.

aku bersuara, dan senyap sebab dia senyap =(

p/s: jangan tanye kenapa aku tulis blog ni sebab aku pun tak tahu nak jawab aper?

Advertisements

trip ke PAHANG part 2

ye…kita bertemu kembali….

selepas berada di rumah yani, minum air oren, makan kueh lapis…

kami bergerak..dan bergerak…hehe..tapi kali ni Linda yang drive sebab dia kate kalau jalan straight dia boleh lah.

tersenyum lebar sey minah ni.

tu dia...cik Linda Martopo... gurau jek
tu dia...cik Linda Martopo... gurau jek

Linda memandu sampai la ke rumah iela. setibanya di sana, aku mandi2 siap pakai abju tidur dan aku pun tertido.

hehehe…buruk prangai..

budak2 ni panggang ayam kat luar.

ayam bakar..huhuhu cedap
ayam bakar..huhuhu cedap

malam itu tidur yang lena.

keesokkannya bangun pagi untuk pergi berkelah dengan famaly satilah di Air terjun Teladas…

syioookkkk….

time ni dah abis mandi la.. =)
time ni dah abis mandi la.. =)

kami di hadapan kereta gue yang buruk...
kami di hadapan kereta gue yang buruk...

dan petang itu aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 1800…

selamat tinggal JENGKA, PAHANG.

selamat datang ke Jengka..dan selamat tinggal...
selamat datang ke Jengka..dan selamat tinggal...

panjang umur…kami datang lagi..

Trip ke PAHANG Part 1

selamat pengantin baru buat sahabt seangkatan sewaktu belajar mengambil diploma…Imillya dengna pasangan nya syed…

hari Sabtu 23 Nov 2008, aku dan beberapa rakan kelas gi rumah Milya kat Temerloh tengok dia kawen. kami mulakan perjalanan seawal 0900. kononnnya nk kejar akad nikah dia kul 10, tak dpt la jep..kitorg gerak 2 keta dulu, keta aku = linda n julie. kete salam (bf jamie) = jamie, atie, azwan. mungkin atas sebab tak sempat nak kejar nikah Milya, kitorang gi hentian genting tu dulu, sarapan pagi nasi lemak..huhuhu…lapar sey..pewot gue udah bunyi2.

kat genting..cet! hentian genting sempah tu..
kat genting..cet! hentian genting sempah tu..
signboard Temerloh, nk sampai la tu.
signboard Temerloh, nk sampai la tu.

kiorang sampai area bandar Temerloh lebey kurang jam 1200. lepas tu gi singgah pasaraya untuk beli hadiah Milya. tak sempat beli…pegi beli kat the store..huhuhu share dengan julie and linda.

kitorang gerak terus ke rumah milya lebih kurang kul 1400 baru sampai. tengok Milya tengah makan2 kat meja pengantin dengan suaminya. cewah…berseri sey muka..jeles betul tengok kawan2 yang dah berumahtangga ni. cantik bangat Milya dengan baju pengantinnya. aku suka tengok..dan senyumannya tak putus2 la. makanan kat kenduri dia tu, ikan patin masak tempoyak wooo..memang sedap giler!! hehehehe…

rombongan kami pertama tiba..hehehe (sbb ada 2nd trip lg tak sampai)
rombongan kami pertama tiba..hehehe (sbb ada 2nd trip lg tak sampai)
aku dan julie..
aku dan julie..

perjalanan masih jauh….lepas kenduri kawen Milya, Yanie jemput singgah ke rumah dia yang satu jalan nak ke rumah Iela…then….hehehehe we was there!!!

inilah rumah Yanie...
inilah rumah Yanie...
hehehe..tetamu dihormati. thanks to yanie
hehehe..tetamu dihormati. thanks to yanie

perjalanan diteruskan…fuh!! jauh ni….

p/s : to be con’t… =)

TAG TAG TAG – version me and adopt from Atiela

1. What are you wearing?
jeans and t-shirt seminar. belum mandi agi (perlu ke bgtahu)

2. What did you do last night?
tidur la…muahahaha…tapi sebelum tu layan CSI season 3..horatio mati…waaaa

3. Favorite Memory with significant other?
fevret color ader la..hehehe…malu ler nk citer.

4. Last gift received?
last?? pebenda eh…aku rasa aku dapat album gambar drpa tersayang..payah tu dia nk bg hadiah.

5. Describe the last picture you were in?
last picture dengan anak yang mak aku jaga -AKIL..pastu aku sent kat AKI..hehehe…

8. What kind of underwear are you wearing?
yang penting…pompuan punye brand..hahaha

9. What was your best vacation?
vacation dengan family – kat port dickson la.best sebab meriah dengan anak2 buah aku. sayang dorang…

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
aku nak pastikan aku dapat buat macam2 aktiviti yang menarik dan dapat tidur hotel satu katil sorang dan dapat amik gambar yang cantik banyak2..(banyak betul aku nak..huhhu)

11. What is happening around you?
sedang duduk depan pc angah..dalam bilik angah..budak2 takde semua kat bawah..ha tu mak ngn ayah dah balik

12. What is your shoe size?
six = 6 = enam. kekadang 5 pun boleh tau.

13. Last event you dressed up for?
errmm…sama macam atiela la…itu je event yang ada dlm life aku.huhuhu sedey kunun…

14. What is the most cheap thing you bought?
ape kebenda ar….aku pun tak tahu la..tapi biasa nye benda2 murah ni t-shirt la…

15. What is the most expensive thing you have on right now?l
handphone ngn laptop..tu jela yang paling mahal

16. What is your favorite smell?
bau vicks..best woo…dengan bau minyak wangi yang aki pakai…wangeee

17. Is there something you really want to buy right now?
mau beli kamera jugak..dan laptop…huhuhu

18. What are your nicknames?
norfa, and nopa

19. What are your plans for today?
nak gi tengok wayang cite madagascar 2…waaaa….

20. Describe your friendster picture.
erm..posing ngan atiela time photoshoot aritu…friendship forever.. =)

21. Describe your myspace picture.
samo jugak time photoshoot..tapi close up muke aku jela..comel2 (puji sendiri jela kan)

22. Describe your facebook picture.
aku takde facebook..tengkiu!

23. What did you do last weekend?
last week??oo..dok rumah..sebab anak buah aku bersunat..huhu kene take care die.

24. Favorite brand of clothes?
aku tak sure la…aku boh layan je asal cantik

25. Who you want to tag this time?
takde sape..sebab aku baek..hehehe

rasa sayang Aisyah

aku dah selamat sampai kat rumah semalam, tapi aku tak update perkembangan aku. just guna title yang satilah tag kat aku. patutnya semalam jugak aku jumpa en.mazli kat fakulti. tapi, aku lewat sampai KL jadinya,aku terpaksa batalkan temujanji tu. pagi ni aku call en. mazli lagi, tapi tak angkat. tak tahu la kalau dia marahkan aku. huhuhu (patut tak marah?) aku dah inform pada dia semalam tak jadi datang jumpadia. tapi maybe agak lewat mesej tu sampai kot..

sepanjang kat lipis, aku asik menghadiri majlis anugerah pelajar jer..yela..minggu terakhir persekolahan la katakan..pastu, anak-anak buah aku kira adalah buat persembahan kononnya..

kat bawah ni aku upload video yang aku rakam..muka excited bagai nak rak..happy..tapi maybe gambar tak clear sebab aku amik guna hp jer..pastu zoom in kemain lagik..ekekeke..

yang tengah2 antara 3 budak perempuan tu la anak buah aku, Tuan Nur Aisyah. huhuhu…dia ni kalau abgi bab melaram, berlakon, mennyanyi..memang laju jer…

aku bangga dengan anak-anak tersebut, walaupun dorang ni kaki joget,main tapi akademik seiring..hehehe..tahniah untuk Tuan Nur Athirah kerana berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas, dan hampir kesemua mata pelajaran mendapat yang terbaik. cikgu pun dok terkejut asik nama dia je yang kene panggil. nampaknya cuti sekolah ni, kenelah bawa berjalan sikit tanda menghargai usahanya.

kiranya ku mampu memiliki… by satilah

ini title yang kene tag dari budak bernama Satilah…budak ni mmg suke la sangat nak tag orang kan..
Kiranya ku mampu:
1.Mahu miliki apa??
2.Alasan mahu memilikinya ??
3.Bagaimana untuk mencapainya??
1. Rumah
alasan: gile ko takde rumah..ko nak tinggal kat mane? mesti ade, wajib ada kerana ia tempat berteduh,tmpt tidur, tmpt mandi, tmpt nangis,tmpt suke…huhuhu. senang citer, aku suka duduk rumah sendiri dari rumah orang. puas???
bagaimana: aku harap laki aku mampu untuk beli rumah sebab aku kompom-kompom duk kat rumah yang ada sekarang. (boleh tak macam tu??). mestilah dengan hasil kerja yang aku buat, time tu gaji aku ribu-ribu la..RM6000 sebulan ok tak?? (kene buka company sendiri kan)
2. Kereta
alasan: aku memang suka drive dan merantau menaiki kenderaan yang aku drive tu. dalam erti kata kalau aku memiliki sebuah kereta, aku akan pastikan aku menjelajah di seluruh negeri (yang mampu aku bawa kereta la). alasan lain, kan mudah ada kenderaan sendiri…takyah susahkan diri dan orang lain. itu satu keperluan untuk kemudahan manusia.
bagaimana: aku akan bekerja dengan gaji yang termampu oleh kelayakan aku (tak semestinya sijil,bakat terpendam pun boleh kan..hehehe), bagi memastikan income aku tiap bulan masyuk..kene kerja keras. purata gaji =RM4000 ke atas. tak susah untuk memiliki sebuah kereta, tapi nak membayar tiap bulan dan mengisi perutnya je jadi susah.
3. syarikat sendiri
alasan: supaya aku boleh jadi boss..hahaha..supaya aku dapat melipat gandakan pendapatan aku untuk masa depan. aku suka membuka perniagaan sendiri dan suka untuk memberi orang lain rezeki.
bagaimana: kene buat loan dan memastikn perniagaan aku tu dapat membayar balik loan aku atau menang pertandingan yang boleh dapat RM1 juta, pastu aku akan melabur kepada syarikat aku. hehehe…
4. seorang suami, dan anak-anak yang soleh/solehah
alasan: supaya suami dapat membimbing aku sekeluarga ke jalan kebaikan yang diredhai oleh Allah SWT., supaya anak-anak dapat memberi kebahagiaa duia akhirat kepada aku kelak, supaya aku mampu hidup dalam keadaan yang diredhai Allah.
bagaimana: aku sendiri perlu menjadi seorang hamba yang beriman dan solehah untuk mencapainya, agardoa-doaku ini dimakbulkan Allah. Amin.
p/s : takde sape yang akan kena tag dgn aku…sebab tak penting untuk aku tahu..muahahaha….TAPI, sape yang dah terbaca ni, klau ade blog, silalah buat dalam blog anda yer..tengkiu.

Bukti~~!!

Kuala Lumpur : Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuan dipejabat pelakon norman hakim 30 oct lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi disamping pasangannya di aras 1 pejabat pelakon itu.

Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat norman hakin & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau memey dibicarakan dimah kama h.

Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yg menyertai serbuan ke pejabat norman itu berkata, serbuan ke pejabat pelakon itu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.

Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapan pejabat.

Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat

Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada memey yang memaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati memey dalam keadaan terpinga-pinga.

Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tlam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.

Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua.

Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh; katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar “BOXER” (seluar lelaki).
Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua s eda ngkan memey di aras satu ” Kami tinggal berasingan ”

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya di bawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi.