sekilas
a simply life

mari menonton : Ong Bak 2

last post aku ader bagitahu aku menonton wayang setelah penat berjalan seharian. then kali ni aku nak review sket filem yang aku tonton pada hari itu Ong Bak 2. bak kate Johan raja lawak tu, filem Ong Bak ni ader versi Indonesianye yang sering disebut-sebut oleh masyarakat di sana iaitu “Omm Bak Duit”  =) hahahaha bukan aku kate, Johan yang kate pada Zizan. Aku dengar jer…jangan jadikan ini sebagai quotation ye adik-adik.

filem Ong Bak yang 1st sebelum ni aku tak tengok. teruk kan…student film tapi tak menonton semua filem. antara sebab-sebabnya adalah :

  1. nak tengok kat panggung memang tak berkesempatan,
  2. ader DVD pun, member nak buat kajian Thesis (merujuk kepada Linda).
  3. tak teringat nak tengok (ini untuk dipendekkan cerita).
  4. aku tak suke tengok filem Thailand sangat (pendapat peribadi tak boleh diambil kira sebagai pelajar)

kata My Cinta, pelakonnya orang yang sama Tony Jaa. Aku tengok nama pengarahnya sama dengan pelakon utama ini. jadinya, ramai jugak pengarah-pengarah yang turut sama membintangi filem beliau sendiri. Kat Malaysia ni pun ramai gak kan, Piere Andre, Shamsul Yusuf Haslam dan lain-lain lagik (padahal tak tahu).

Filem ini mengisahkan tentang seni mempertahankan diri. kata My Cinta perkataan Ong Bak itu bermaksud nama seni mempertahankan diri. so, aku terpaksa research dulu sebelum menjadikan kata-katanya sebagai salah satu quotation.

ongbak2poster2

SINOPSIS

Ong Bak 2 mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (Saranyu Wongkrajang).

Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien, yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan ayahnya.

Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang (Sorapong Chatree), ketua bagi “Sayap Garuda” iaitu pasukan gerila yang terbilang (kiranya dorang ni macam perompak Ali Baba). Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun. Tien lantas membesar dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri  seperti Thai boxing, Kung Fu, magik, ninja dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan.

Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang. Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Tuan Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai monarki.

Semoga anda faham sinopsis tersebut…

Apa yang menarik :

  1. aksi-aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini membuatkan aku segar sentiasa walaupun kepenatan.(konon macam nak cakap tak kedip mata la)  Tony Jaa memang seorang yang layak untuk memegang watak ini . Korang patut tengok la sebab aksi dorang nampak real dan penuh dengan keganasan. so, adik2 bawah 18 tahun dilarang pergi tanpa pengawasan ibu bapa okey. malah aksi-aksi tersebut ditunjukkan sangat close…so, lebih menampakkan fighting yang very real. Tony Jaa memang best bab2 ni..saper coreographer die ek??
  2. Bak kate my My Cinta, muke Chernang tu macam M.Nasir..ekekeke…betul la sayang, tak dapat dinafikan. bile masa M.Nasir dapat job berlakon filem Thailand ni?
  3. aku suka misteri yang ditimbulkan kepada penonton untuk scene akhir-akhir yang mana Tien berusaha keras melindungi dirinya sendiri daripada gengn Ali Baba yang tutup muke tu. time tu aku memang dah agak itu semua geng penyamun ‘Sayap Garuda’. cuma macam tertanya-tanya je. Aku sampai kesian la ngan Tien sebab dia sorang je, tapi yang serang dia punyela ramai.
  4. aku suke scene ada gajah. dia melompat-lompat cari ketua gajah tu, pastu tundukkan gajah tu. time tu macam aku baru tahu, orang jinak gajah hentak kepala dia je ek? huhuhu…and the same scene gajah tu datang untuk selamatkan Tien. Gajah sememangnya macam simbolik besar kepada masyarakat Thailand. Cool..!!
  5. hero kalah…hahaha..patutnye hero mestilah menang. kenapa aku suke? sebab ini macam realiti la kan. dah ramai sangat yang serang takkan hero masih boleh bertahan lagik. tapi dia tetap berjuang sehingga terbunuhnya Chernang yang membunuh bapa dia. Walaupun dia tak sampai hati untuk bunuh Chernang.Itu misi utama dia kan…Mencari pembunuh bapa dia.tapi, kompom akan ada sambungan..hehehe
  6. aku kagum dengan art dalam filem ni…memang props yang digunakan melambangkan kehidupan zaman tersebut. tak tahula aku zaman aper..tapi aku dah nampak macam citer Apocalypto punye zaman..hehehe.. Set dia nampak ‘hidup’ walaupun aku perasan background dia nampak tampal.nampak jela..tak tahula betul ke tak?

Apa yang kurang menarik :

  1. Ader la satu dua babak out of focus. terutama time fighting…tapi tak lama kejap-kejap jer. dan ia mampu mengganggu focus aku jugak.huhuhu…
  2. bak kate member aku satilah dalam blog dia, watak tok guru dia yang buta tu macam dalam LOTR.
  3. aku tertunggu-tunggu aksi tomoi atau Thai boxing yang mungkin menjadi kebanggaan rakyat Thailand. tapi kurang ada..atau pun macam tak ada jer. kot-kotla itu yang dapat menyelamatkan Tien.
  4. perempuan yang konon-kononnya macam awek dia tu, takde function langsung. ader time babak keck..pastu bile dah besar satu babak tu jela…ingatkan kot Tien nak selamatkan dier ker..kot-kotla ader scene bertentang mata dekat-dekat ker?

Pandangan aku :

Filem ini sederhana. kalau tak sebab aksi fighting dalam filem ni, pasti ia jadi hambar. sebabnya storyline dia biasa jer. takde yang menarik sangat..Walaupun aku tak suka sangat menonton filem Thailand, tapi filem aksi ini agak best!

aku bagi 4/5 for Ong Bak 2..dan rasa tak sabar nak tunggu Ong Bak 3…lalalala =P

177409ongbak3firstposter

sekilas : sedey bila si dia dah balik Perak =(

4 Responses to “mari menonton : Ong Bak 2”

  1. review anda bagus..sy bg 5/5 u review anda itu..review saje ok..bukan filem hehe

  2. hahaha…aku tak tahu plak review diambil kira jugak!!

  3. skang kau da tau..:P

  4. Kalau sederhana bg 3/5 kalau 4/5 dah kira bagus…apa daaaa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: