Selamat Ulangtahun Sayang

kepada siapa??? kepada adik sedara aku Fazreen ngan anak buahnya Aziana (betul ke eja) a.k.a kakak sudah..hahaha…

hari Ahad lepas, Lipan mintak tolong aku untuk drive kete dan anta die gi shooting kat KL. so, aku takde nak buat ape…boleh la folow. tapi, takkan la aku nak melepak kat sane tggu dorg shooting kan..bukan aku dapat duit pun…dorang yang dapat.hahaha…jadinya, aku cakap ngan Lipan aku nak balik rumah aku kat Pandan. nnti kalau dorang dah abis, call la aku suh amik dorang.

Aku pun balik ke rumahku syurgaku. kebetulan plak Atam jemput datang rumah sebab buat makan-makan sempena harijadi anak dan cucunya…ramai gak la yang hadir, Acik Ah, Pakteh, Paksu, Pak Lang Rosli, Kak Uda, abang, dan lain-lain. sbenarnya malas aku nak taip..hehehe.

banyak tau makanan ka rumah dia…ader nasi ayam, soto, spagheti goreng, pulut…erm…ader lagi kot..tak ingt…

Aku gi dapur yela…nampak akak sedara aku tengah basuh beras ke ape ntah…snap la gambar dia..tapi guna camera hp faham-faham jela ek…takde la cantik macam camera dia..ekekeke…

kak-ayu

lepas tu, pi depan…makan-makan. dan acara memotong kek…erm..sedap wey..rugi korang tak datang..hahaha

kek 

kek kat atas ni macam pakej la untuk semua…sebab tu ader banyak nama..sonang!!

anak-anak

selamat ulang tahun sayang…..cewah!! cam lagu Imran Ajmain plak ni…semoga kalian semua membesar dengan jayanya…kuikuikui…tahniah!!

sekilas : besday aku ader orang nak belikan kek tak?

Advertisements

aku ada kerna kau pun ada

2 hari lalu, aku mengisi masa lapang ku bersama keluarga dan juga My Cinta. Sabtu Lepas, My Cinta balik Klang sebab malam itu kononnya nal melihat kegelapan di Kuala Lumpur.huhuhu…

Kami mula berjalan sekitar jam 4 petang. Mula-mula ke PAS, sebab nak beli ink refill untuk printer kat rumah. Yela, ader printer tapi takde ink pun tak guna jugak kan. jadi untuk persediaan awal, aku beli 2. share skali ngn iela. lepas beli ink, kami berdua pergi karaoke..!! abis 10 lagu jugak la…pastu, menjelang malam pegi la kami ke dataran Shah Alam. Tak sempat nak gi KL. lagipun kata My Cinta..jauh..huhuhu…malas nak ke sana.

tapi kawasan Shah Alam tidak pula memberi sokongan untuk Earth Hour tersebut. Jadi, My Cinta rasa bosan di situ. Lepas melihat kegelapan yang tidak jadi di situ, kami bergerak pula ke Tesco Shah Alam untuk membeli barang-barang dapur rumah aku. Thank You sayang, sebab temankan i…cinta sama kamu!

we-sing-a-song

Semalam…rupanya My Cinta belum balik lagi ke Perak. so, pagi itu My cInta datang jemput aku. Kami pegi pejabat pos sebab nak post resume ku…maklumlah, menjelang beberapa bulan nak abis belajar ni. (InsyaAllah, doa-doakan la ye).  kena la berusaha mencari kerja bermula sekarang. ye tak?

lepas tu, kami pegi makan..err..actually, aku aje kot yg makan. sbb My Cinta dah makan kat rumah. Gi makan kat Rafi Bisto kat sek 13, Shah Alam. AKu makan nasi putih ngna lauk kari huhuhu…lepak jap sambil tengok WWF.. hahaha boleh tak camtu? selepas tengok Triple H bergaduh ngan Undertaker..kami pun bergerak. Ingat nak balik, rupanya My Cinta bawa gi Cineleisure…tengok wayang rupenya…kami tengok citer 12 Rounds.

wayang start kul 2.20pm..be4 dat kami layan 3 lagu karaoke…mesti nk jugak kan..hahaha…then, tengok movie…best gak citer tu. ader banyak action ek..lepas tgk wayang gi makan kat kedai mamak juga. restoran D’Kayu kat Tesco Damansara tu. then…pulang!! malam itu My Cinta bertolak pulang ke Perak. kerinduan lagi sama dia…entah bila dapat bertemu lagi…

rindu-sama-dia

sekilas : Insan ini adalah antara sumber kekuatan ku!

Tekanan yang amat dasyat

Hari ni Norfadhilah pnteng kelas animasi.

semalam punye semalam tidurnya tidak cukup mengerjakan assignment en. Norman. Padahal nak tunjuk draft je ni. Dan en. Norman tengok2 macam tu jer….sedangkan sebelum tu beriya-iya dia pesan sebelum hantar final esei kene tunjuk draft dulu. tapi, macam tu jer??? tak hargai langsung penat lelah orang lain untuk perah otak dan kelaurkan idea-idea bangang dalam otak ni.

petang semalam hujan. memang best kalau tido. tapi sahabatku Jijan datang rumah pulak sebab dia nak buat thesis dia kat rumah aku. Takkan aku nak jawab tak boleh sedangkan tujuan dia untuk pembelajaran. Walhal niat aku nak tido sebab tidak cukup tido sebelum itu.

takpe…Jijan datang aku turut sama-sama berkongsi idea dan rasa.

Malam semalam ader screening. Pegi lepas maghrib…lepastu abis dalam jam 10 mlm. Jijan ajak melepak kandang. aku tolak sebab aku nak buat animasi kononnye.

sampai rumah, aku melipat baju kemudian aku pesan sama My Cinta untuk kejut aku jam 1 pagi sebab nak buat animasi dan menyambung mengerjakan thesis. memang panggilan telefon itu mengejutkan aku. aku ajwab dan kemudiannya aku tido balik sebab memang mengantuk giler babi…

tapi ekjap-kejap aku bangun buka mata…ingat nak buat keje..tapit etap tak larat..tido balik. sampai aku dah bukak laptop siap-saip tapi tido balik jugak. Subuh tadi baru aku bangun untuk buat kerja animasi. memang dah pasang niat time aku mamai-mamai tadi. takmo pegi kelas animasi. memang niat ku tercapai..huh!! benci betul.

tapi tengah-tengah buat keje laptop plak buat perangai….hang…start 5-6 kali pun sama…bodo!! Virus mengom tu dah menular ke seluruh laptop aku ni agaknye…

terus buat keje dan buat…siap sekitar jam 11…nak print ink plak abis…c***i betul!!!

lepas tu, sekarang ni la buat bodo!!! Call My Cinta cakap macam nak maki orang plak!!…dia kate dia tenson..yela..sama2 tensen…

haa..ni baru lepas dia call….sorry malas nak layan! biar dia plak rasa macam aku tengah maki dia…(tapi sebenarnya tak pun, cuma rasa tensen sangat2. sorryla sayang, i tak marah u pun..sayang sgt!!) tengah nk tunggu kedai buka (sebab tutup smayang Jumaat). maybe kul 2…nanti siap2 mandi terus gi kedai print..malas sangat..pi kedai ibu je kat bawah…mahal pun mahal la…ada aku kisah???

Tapi, kalau dah takde duit tu buat cara takde duit..pi beli ink refill sudah..kalau boleh refill..kalau betul aku beli ink tu..kalau salah!! macam c***i lagi la jawabnye…. 

dah la…..semoga aku kembali tenang!!!

sekilas : entri ni pun terasa macam c***i

Hey, Ape ni?

Ape ni Encik? saya telah bertungkus lumus menyiapkan segalanya dalam masa yang terhad untuk Encik semak. Tetapi, jawapannya “terlalu” seronok untuk saya dengar…saya perlukan tunjuk ajar. Adalah mustahil saya tidak membuat sebarang kesalahan…

Aku telah membuat kesimpulan, Encik ini tidak membaca tesis aku dengan sepenuh hati. sekadar menyelak-nyelak helaian demi helaian muka surat kerana jawapan yang diberikan kepada aku ialah “menarik”  dan “betullah ni apa yang kamu buat”

kenapa seperti itu. ia memang jawapan yang menggebirakan tetapi tidakkah ia kelihatan macam sangat pelik sebab tiada pembetulan perlu dilakukan. adoiyai….pening! Semoga segala-galanya berakhir dengan gembira juga seperti mendapat keputusan yang bagus..huhuhu

dahlah aku datang pukul 1pm, lepas tu bila kau mesej dia kate “1.45pm pls. Sorry” . aku tunggu 45 minit kat depan bilik dia di atas tangga sambil posing pelbagai aksi..huhuhu…

aksiku

Lepas tu pukul 1.50pm aku mesej lagi “boleh jumpa sekarang tak?” terus aku nampak di abuka pintu bilik dia…maknanya selama 45 minit aku di situ, Encik ini telah berada di dalam bilik. Dan katanya dia tertidur kerana tidak cukup tido akhir-akhir ini. Ye…saya faham encik…

penantian selama 50 minit itu berakhir dalam masa 10 minit sahaja??? bayangkan apa sangat yang dibincangkan..lagi pulak apabila sebenarnya Encik ini tidak membaca tesis aku!! oh tidak…macam mane aku tahu dia tak baca…dia tanya semua soalan yang aku dah jawab di dalam kajian aku itu. maknanya dia tak baca….kalau dia baca, dia tahu aku ada menulis tentang apa yang ditanyanye itu…

dan rupanya jam 2 pm encik ini ada kuliah bersama pelajar lain..oh tidak sekali lagik!!..

mengapa lah dia tidak mengaturkan temujanji di waktu masanya terluang…petang-petang pun takpe…janji ada perbincangan ilmiah dilakukan..

maafkan saya encik, saya agak kecewa!!

sedangkan pensyarah lain yang duduk beribu batu jauh dengan saya sudi menjawab segala pertanyaan saya dengan jayanya dan memberi pandangan ilmiahnya…tapi apa yang berlaku ni? ape ni?

Kalau benar kajian itu menarik, terima kasih saya ucapkan. tapi sekiranya ia adalah kajian yang teruk!! saya tak dapat maafkan diri saya…

sekilas : kecewa!

Kehidupan yang tidak sihat

semalam aku ngan iela, jijan melepak di kandang kedai Pak Halim. Erm, aku punya idea untuk ke sana sebabnya terasa busan duduk di rumah tanpa aktiviti yang berfaedah. (sangat la). ingat nak lepak minum jer lantas aku dan Iela order ns goreng kampung sebagai menu untuk malam itu.

kalau tidak ke kandang aku hanya duduk memerapkan diri di rumah sampai aku jadi seorang yang sangat pemalas. entah bagaimanalah mak mertua aku membuat penilaian ke atas aku kelak dengan sikap aku ini. harapnya aku akan terus membuat perubahan. tapi, aktiviti masakan di rumah ini berjalan dengan rancaknya. kalau bab makan siapa yang di antara kami terasa lapar sangat pasti tanpa segan silu terus ke dapur untuk memasak nasi dan lauk pauk. huhuhu….kadang-kadang aku jadi orang yang paling malas untuk memasak sebab Iela selalunya lapar dulu..hahaha…ada ka patut? tapi aku ader juga memperjuangkan menu-menu aku untuk santapan mereka. sedap tak sedap tu tak tahu ler aku.

semalam mengingatkan aku pada aktiviti membuat karipap bersama Julie dan Satilah. Lipan asik perli je kata pasal aktiviti tersebut siap Tomok pun tahu kitorang buat karipap. apahal ni?? eeiii nak kena Lipan ni. aku rasa aku masih belum layak untuk dilepaskan oleh keluarga untuk menjadi surirumah sepenuh masa bersama seorang suami.huhuu…bab-bab memasak ni memang hampeh!

karipap yang aku hasilkan membentuk pelbagai bentuk sehinggakan aku rasa ia patut dijual dengan harga RM1 untuk 10 biji…hahahaha..maknanye teruk la kan. Inti karipap tersebut dibuat oleh Satilah, tepung tersebut dibuat oleh Julie, dan rekabentuk dibuat oleh kami bertiga. secara jujurnya, aku punye paling teruk…

Lipan dengan lagaknya memberitahu tentang kehebatannya menghasilkan karipap. eleh..bawa datang tengok..nanti aku beli bahan semua ko buat tau Lipan.!! huhuhu…

Nak tengok rupa karipap yang elok…hehehe..yang elok jela yer…

dsc03574

Tahniah kepada rakan-rakan ku..hehehe..lepas jugakla buat makan petang and pagi utk 2 hari…sebab buat lebih kan.senang terus goreng. Lepas tu, aku juga telah cuba memasak ayam masak lemak cili api..hahaha…aku sebenarnya memang tak pandai masak sangat gulai-gulai ni. tapi try-try jela…maaf gulai itu tidak sempat untuk diabadikan sebagai kenangan…

Aku sebenarnya tidak begitu sihat ni. ini masuk hari ke-5 aku batuk2 dan mula selsema. semenjak hari aku tidak tidur seharian mengerjakan tesis, aku telah dilanda sakit ini…ia berterusan walaupun telah dicadangkan oleh seorang rakan untuk membeli dequadin supaya tekak merasa lega kembali. (TQ tu Mr. Sani).

malam-malam memamng rasa hidung berair dan macam nak tersumbat jela…sebab sejuk..!! aku akan jumpa doc untuk rawatan lanjut. semoga aku lekas sembuh…Amin.

okeyla..ciao!

  sekilas : nak belajar memasak dengan betul lepas ni..boleh?

oh tidak…

sedang dan masih lagi menatap tesis ini…
sedang dan masih lagi dibelenggu oleh tesis ini…

mengapa aku harus amik ini tesis?? huhuhu

tekanan sudah melanda…menjelan beberapa hari lagi presentation akan bermula sedangkan persiapan masih tidak lengkap.

Maafkan aku sekejap!!

JULIEEE…ohhh JULIEEE….
cepat pasangkan aku lagu tu…
“Selamat ulangtahun sayang…” (tu je yang aku tahu nyanyi lagu Imran Ajmain ni)

okey…kembali semula.
oh tidak…ini bukan masa untuk mem’blogging’. Mau kene sekeh ka Norfa??

ikhlas,
Norfa

ps: tiada kaitan dengan korang!! huhuhu catatan kuini sekadar melepaskan apa yang tak lepas..tapi tak lepas2 jugak..

boleh aku senyum?

minggu aku pada hari Sabtu lepas diisi dengan kehadiran aku ke FINAs bersama rakan-rakan lain seperti Jijan, Lipan, By, Jaja, WakDol dan ramai lagi…

Kami di sana kerana adanya Riri Riza yang mungkin menjadi pujaan hati para peminatnya seperti Cici..hehehe…

Aku sememangnya tidak pernah bertemu secara dekat dengan Riri Riza. pertama kali diperkenalkan dengan nama ini ketika tayangan Gie di fakulti. Walhal filem Ada Apa Dengan Cinta pun aku tak tahu bahawa Riri Riza terlibat sama. Namun nama dia memang agak glamer di cuping telinga aku. apatah lagi kalau korang ada kawan yang memang suka filem Indonesia macam Cici..memang korang akan dengar la nama ni selalu.

Aku keluar rumah jam 750 pagi untuk pegi ke “ofis” by..huhuhu..dia yg suh panggil ofis..aku ikut jela..wakakaka…untuk bantu By bawa stand and papan poster Riri Riza. Kononnya bas jam 8 pagi…aku ingat mungkin sudah lewat..tapi rupanya lambat lagi bas sampai. dalam pukul 9 kot baru sampai. bertolak terus….

sampai FINAS, bertemu lagi dengan rakan-rakan lain dan terus menonton filem Gie dan Eliana Eliana. Best!

selepas tayangan ada diskusi pendek bersama Dr. Wan, Amir Muhammad, Cik Mazalida dan Riri sendiri berkenaan filem-filemnya..Satu wacana la katakan…

Apa pun Syabas buat Azmir kerana berjaya menghasilkan siri wacana sebaik ini…kau buat aku kagum..ekekeke..

balik dari FINAS aku minta kakak aku jemput aku sebab aku nak balik Pandan terus. yeah!! aku sudah sampai Pandan hujung minggu lepas bersama anak-anak buah aku yang gembira dan semakin membesar dan juga membawa penyakit baru iaitu kudis buta..wakakaka…

aku memang bermanja abis-abisan la dengan Anis Suffiyah..anak buah aku, Aisyah siap kata “Maksu ni, dalam hp gambar Anis, kat laptop pun gambar Anis.” yela…Cet!! takpe pasni letak gambar Aki plak..hehe okay tak sayang?

Hari Ahad itu aku bangun pagi la..bangun pagi yang tak tidur lagi sebab melayan karenah anak-anak itu…Dalam jam 11 pagi, aku dan kak Ida nak bertolak pergi kenduri kawen anak Dato’ la kononnye ni..jauhnye sampai ke Rawang..sampai boleh singgah Puncak la kirenya ni..huhuhu…tapi Dato’ punye pasal la kan…nasib baek ler ader aku leh gak tolong tunjuk2 jalan..huhuhu (walhal aku tanye orang jugak).

Lepas makan balik…. then selepas Maghrib ari itu pergi ke Tesco..kak Ida beli barang dapur sket..! Malam itu pergi ke rumah Kak Shila dengan mak ayah yang baru pulang dari Penang…pastu singgah rumah abang kat Cheras Perdana..pastu singgah rumah Paksu sebelah rumah abang..dekat je.

tengok anak-anak Paksu semakin membesar….Khairi rupenya dah abis SPM dah pun…lama tak berjumpa dengan sepupu-sepupu aku ni ha…

lepas tu balik tido la..hahaha…Isnin itu..sekejap je dah Isnin. aku teman mak gi Klinik Kg. Pandan..memandangkan kak Ida ader rumah so dia take over tugas mak jaga anak-anak kat rumah. dari jam 1030 pagi aku sampai situ bayangkanlah orang sikit punye ramai..jam 1 tgh hari baru kelaur..huhuhu..maklumla klinik kerajaan..itu yg ramai datang.

aku pegi bawa Anis sekali. nasib baik budak kecik ni tak banyak ragam. mak duk dalam..aku ngan Anis duk luar kat kerusi. erm..macam-macam orang la aku tengok kuar masuk. aku tahu giliran mak lama lagi. tapi bila kau tengok orang yang keluar dari klinik tu macam tak sakit jer..macam kat dalam klinik tu kedai makan or tmpat yang menarik..

sebabnya :

1. ader 2-3 orang budak India (mungkin usia 20an) keluar lepas tu gelak-gelak…macm baru lepas jumpa awek je kat dalam tu kan…

2. ader seorang lelaki (kategori abang buat aku la…takdela nampak pacik sangat) bersama anak dia kot (anak dia cam dalam ting 5 gitula)…., tanya-tanye kat luar..amik no kat maner eh? tanye kat macik yang dah tua..tak terjawab la orang tua tu..aku nyampuk cakap kat dalam. lepas tu dia keluar anak dia cakap..maam mane ni, kite gi kat klini bayar jela…dorang jalan dengan keadaan laju..pelik2 jer…sakit nak jumpa doktor ke aper benda dorang ni.

tapi memang macam-macam orang la aku tengok..yang ader keluar tu bawa anak comel giler…putih mlepak..tapi mak dia macam bukan mak dia jer..huhuhu kata mak “ko perasan tak mak budak tu? mesti dia kawen ngan omputih ni” huhuhu…cepat jer buat persepsi..

Ader satu family orang India jugak…tk tahu la anak dia sakit aper..dia mintak isterinya beli ais batu dia letak ais batu tu kat badan anak dia..demam panas la kot. aku tengok Isteri dia pastu aku tengok aku..cam takde beza jer.. datang klinik pakai selipar buruk, aku lipat seluar dah macam banjir…isteri dia lagi sempoi…pakai baju tidur…hahaha…

apa la aku ni….dah macam orang sakai..!maaf tiada gambar untuk dipaparkan..ekekeke…

memang lama dan ramai orang…jam 1 tgh hari keluar..gi kedai beli 100 plus utk kak Ida sebabnya dia kata cirit birit..sama la aku..makan kat rumah DAto punye pasal seme org cirit birit…

Malam itu, baru pulang ke Puncak..mak ayah ngn Kak Ida antakan…dan ini dia..baru ingin memulakan aktiviti membuat tesis kembali..duduk rumah memang tak berusik la…sebab aku ingin seronok bersama keluarga..boleh tak macam tu..

jadi boleh kah aku senyum untuk kegembiraan pulang ke rumah?