bukan sibuk sangat pun

Aku kembali sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dan saat membuat keputusan untuk menggugurkan subjek Kritikan aku berfikir beberapa kali. Sama ada perlu mengasihani ahli kumpulan aku iaitu Izzman, Yana dan Tort. Atau pun aku perlu memikirkan masa depan untuk hasil assignment aku nanti sekiranya aku meneruskan pembelajaran dengan kumpulan itu. Bukan aku tak percayakan mereka, tetapi pengalaman rakan-rakan lain yang bersama mereka membuatkan aku berfikir 2-3 kali. Yana aku sendiri sedia maklum ketika aku bersama-sama menjayakan Promosi Filem dan dia merangkap sebagai Pengarah Projek…selalu member arahan pada orang lain tetapi sendiri pun selalu lewat dating meeting dan sebagainya. Report dia pun aku baca tak banyak mana kerja yang dia buat. Mungkin kerana dia mempunyai kenderaan jadi dia di lihat Nampak banyak keluar untuk membuat kerja. Tort..?? huhuhuu…menurut rakan-rakan yang berkerjasama dengan dia dulu, screening tk nmpk muka, saimen tak lengkap, banyak yang dibuang dari di gunakan…Susah bila bekerja dengan mereka yang bergelar artis ni. Lagi2 tort…sekarang pun dah banyak promosi untuk filem terbaru dia I’m not single..sah2 banyak tugasan yang akan diserahkan bulat2 pada ahli kumpulan. Apatah lagi dia repeat paper yang sama..itu lagi menakutkan aku.

Banyak lagi kursus2 yang menuntut aku untuk lebih rajin ke library mencari bahan. Tapi, tahu jela PTAR kt puncak ni camne. Bukan semua buku ada. Rajin atau tidak je aku untuk naik bas pergi ke Induk mencari bahan dekat library sana. Itu yang jadi malas tu, nak tunggu bas dan berebut naik bas. Budak2 sekarang plak rajin pergi PAS, PKNS, GIANT nak beli barang2. Dengan mereka ni la kene berebut naik bas.

HONOR SHOWCASE aku perlu present pada Dr. Hatta hari Sabtu ni. Dan aku baru dapat cari satu buku je. Selebihnya aku kena search kat internet. Atau paling tidak esok aku kenela rajin sket gi library. Huhuhuhu….

RUNDINGCARA – aku perlu buat synopsis untuk setiap episode siri anak mami tu. Dan dah pitching tadi time kelas. Erm, prof. Razak mintak aku ubah watak untuk melihat secara logikalnya jalan cerita aku.

DIRECTING – baru kejap nanti kul 1 nak meeting untuk decide jawatan dalam produksi.

SEMINAR – sebagai timbalan pengarah, tak banyak sangat tugas aku..hahahah…selain daripada dating meeting dan bagi penekanan kepada anak2 buah agar alert dengan perkembangan dan permintaan semasa.

KRITIKAL – next week kena submit ulasan filem Flower in the Pocket..aku tgk pun time citer tu dah start separuh. Kene refresh balik ni.dah hamper lupa jalan ceritanya camne. =P

Dan dalam kesibukan tu, aku cuba jug a menyelesaikan masalah peribadi yang tiada lagi sebarang keputusan…semoga ia berakhir dengan baik…

tulisan kosong

aku masih kepenatan dan terasa tk cukup tido lg sbbnya semalaman aku berada di luar rumah. semalam pagi2 aku dh bgun utk amek keta angah kt rmh untuk bawa dak2 ni gi rmh linda. terasa linda banyak berjasa dengan kawan2, walaupun kak dian yg kawen, tp terasa plak klu tk pegi. aku ajak epul dan ridset sekali sbbnya, atie ngn jamie tk jd ikut kitorg nek keta. smp dlm kul 1030 pagi. epul merasakan waktu itu terlalu awal utk die berada di kenduri kawen.hahaha…die belum tau lagik tujuan kitorg dtg awal sbb nk tlg linda amek gambar kakak dia. ridset la, nk suh epul terjebak skali. tp akhirnya lepas kedatangan pengantin lelaki aku anta dorg balik ke puncak semula. kesian plak nnti nk kene tggu lama kt situ tk wat pape. tp mmg nmpk bosan la.smp dorg tertido la dlm kete tu. dlm 130 ptg aku smp puncak anta dorg. aku tggu lin plak nk bawa die skali gi rmh linda. alang2 kete dh kosong, apa la slhnye aku bawa org lagik kan… aku call atie die kata otw gi rmh linda ngn jamie..hurrmmm…

sementara aku tggu lin siap aku gi rmh ridset layan men game..hehehe…syok wooo…layankan ajer…bile lin dh siap..aku gerak semula gi rmh linda. pengantin dah makan beradab dan sedang melayan tetamu. aku ni mcm baru dtg plak kan..huhuhu…pagi tu mmg aku dtg dh mkn..pastu aku mkn lagi bile lin dtg skali..hahah buruk lantak aku ni. tggu ila habiskan amek gambar pengantin…dlm kul 6 selesai. kesian pengantin, kepenatan, tk buka2 baju smp ke petang. melayan tetamu punye pasal..kak dian mmg nampak cun melecun…dan suaminya seorang yg happy…beruntung kedua2 nya memiliki atr satu sama lain. mggu depan rombongan ke rumah pengantin lelaki plak..aku jadi pengapit kak dian..hahahaha..tgk kan aje la..~!!

abis tggu ila bergambar..aku mkn lagik sekali dgn linda, lin…aku suke ayam goreng die. besh…tu yg aku lantak lagik tu..pastu kitorg gerak balik pegi PAS temankan iela nk tukar adaptor laptop die and kamera die tu.. kebetulan pulak lin nak beli printer..aku tk beli pape pun…penjimatan!! duit dh tkde ni..balik dr PAS lebih kurang kul 8mlm..kitorg smp rmh, smpat la jgk tgk RTM utk rancangan blog tu. nampak muke julie and iela kene interview..muke aku tk sempat tgk..tp call mak, mak nampak…kecoh la kejap…tp dah mmg penat…aku rileks jap…mandi..lebih kuran kul 10 mlm aku kuar semula nk anta kete kt pandan..

pemanduan aku sekadar 80Km/j shj..penat sgt nk tekan paddle minyak pun tk larat…itu yg lambat je aku bawa kete..dah janji ngn a.hadi die kate nk amek aku kt pandan and anta aku balik semula ke puncak. itu jela abg yg boleh aku harap untuk membantu aku.walaupub die dh kawen tp die stil lagik berhubung dgn kitorg dan meluahkan apa2 mslh yg berkaitan dgn kami adik2 ni. smp pandan dlm kul 1130 mlm..aku try terlena kejap sbb penat. kul 1230 a.hadi smp..aku masukkan barang2 dlm kete…

hahahaha…kejadian yg agak kelakar. sementara aku bersiap, mak keluar borak2 ngn a.hadi dulu. a.hadi lak tk tutup tingkap kete..tahu2 ader 10 ekor lipas masuk dlm kete a.hadi dan berterbangan di atas kete a.hadi. rupenya abg aku ni takut lipas..hehehe..aku pun sama..geli tgk die terbang2 and hinggap kt kite..sampai mak amik shieldtox nk sembur lipas2 tu yg dah masuk dlm kete.klaka betul..aku yg mamai2 ngantok bole terus segar gara2 lipas ni. smpaikan buka lampu dlm kete time bawa..nk pastikan lipas tu takde….dan smpaikan aku amek shieldtox tu bawa dlm kete takut2 lipas tu ader lg dlm kete. mau tak geli..seko dua tkpe lagik. ini satu family die bawa..byk giler…geli..

smp puncak kul 130 pagi..aku minta kat a.hadi petai yg die beli dr perlis tu…huhuhu..sj je dapat satu papan pun jd…aku bukanlah hantu petai..tapi ntah, aku suke mkn petai tu..best..cuma bau jela yg orang tak suke kot. dah masuk bilik, tk pikir pjg terus tido…ZzZzzzZZ lena smp kul 7 pagi. aku bgun tgk julie tgh siapkan power point utk aku. tengkiu julie..dh ler aku takde semlm nk setelkan proposal tu. aku jnji nk wat power point pagi ni..tp tak alrat..ngantok..die tlg buatkan..tengkiu sgt2 sahabat kerana memahami keletihan aku ini. aku bgun mandi dan bawa laptop dulu gi kelas utk prepare..

dan semuanya berjalan dengan lancar. mggu depan bermula perkembangan setiap biro…~!! aku ngntok lagik ni…aku nk tido jap eh..nnti aku sambung citer lagi…

emmm…

lama juga tk update blog…skrg aku dh kembali di puncak..masih lg meneruskan pembelajaran di samping memikirkan masa depan…jgn plak jd mcm yg bang bil (nabil) ckp tu “tanpa memikirkan masa depan zaleha meneruskan perjalanan” huhuhuhu

baru pulang dr pandan…hari ni meraikan hari jadi mak tersayang..dan juga bg ipar aku. tak tahu nk bg ape utk mak…kak ida bawa kami sekeluarga makan kat luar..dan aku hanya mampu membeli kek..dan mampu tersenyum bile mak suke kek tu..jarang ooo mak nak suke mkn kek…hehehehe…malah ia juga menjadi kegilaan abg ipar aku..hahaha..kek mahal..setahu sekali takpe la kot aku beli…klu tak sedap..mmg aku dh tk beli dh kek mcm tu.

alhamdulillah..dapat jgk buat mak gembira…

1st week di puncak…aku dh masuk beberapa kelas..dan ada sedikit tekanan utk meneruskan subjek2 yang ada. mana tidak..semakin aku menghitung bulan utk tamat pengajian..semakin sukar perjalanannya.lagi plak ditambah dengan bebanan perasaan…dengan saudara Shazlie..huhuhu..sorry if u read my blog…terbyg2 wajah die yg begitu membenci aku…tp takpe..jnji tetap jnji. aku harap aku dpt membantu diri aku sendiri. mana yang termampu tu la yg aku berikan. klu lepas tu die nk haramkan apa2 pun…apa nk buat..atr aku dengan Dia.

dengan aki…aku cuba sedaya upaya membuat lelaki itu gembira jugak. dan dia mungkin masih mampu tersenyum tatkala menaiki flight ke sarawak hari ini. semoga selamat sampai hendaknye…

keadaan dirumah ni plak…masih sunyi. julie dan iela blk kg…aku rasa iela esok baru ke sini semula.maklum ler org takde kelas..julie kemungkinan mlm nnti baru smp. atie tgh mandi..jamie pun sama kot.dorg tu dh mcm kembar yg tk dpt dipisahkan. semoga persahabatan itu kekal tanpa sebarang prasangka. dengarnye dorg nk gi pasar mlm. insyaAllah, aku akan kuarkan duit loan utk bayar duit rmh sekalian alam..huhuhu..brg2 dapur…mmg semester ni, aku kehilangan wang besar. aduh~!! menyesal tk sudah akibat perbuatan diri…mohon ampun dari Allah…mintak dijauhkan perkara sebegini lagi.

berkisarkan kepasa kisah politik negara. aku terkadang beminat plak dengan kes yang baru berlaku dlm masa terdekat ini. mengenai penyiasat persendirian Bala…dan jugak kes liwat DSAI dn Saiful. aku terbaca akhbar SINAR. akhbar itu melaporkan segala cabang baik dari kerajaan mahupun pembangkang. bile dh baca dua2…aku sendiri tak tahu nak percayakan sape? dari kes liwat..langsung konpius..sebabnya, masing2 bagi hujah tersendiri..dengan saudara Ezam yg akan membuka pekung di dada mengenai DSAI..dengan saudara Saiful yang dikritik hebat tentang keaiban yang berlaku terhadapnya…DSAI sendiri yang beriya2 cuba menyelesaikan mslh minyak dlm negara sehingga ingin mengadakan perdebatan dengan PM. MasyaAllah..apa dah jd dengan Malaysia.

dengan kecanggihan teknologi sekarang, lebih cepat berita tersebar…lebih banyak fitnah yang dpt disampaikan…dan kita yg tidak tahu menahu hanya mengiyakan mana yg kita rasa berasas dan logik, tnpa melihat bukti dan kronologi. aku sendiri tidak percaya kepada kedua2nya kerananya aku berharap perkara itu akan selesai secepat mungkin tanpa perlu mengganggu pemikiran aku ni. sekadar membaca dan melihat sahaja apa yang berlaku sambil berfikir mana yg baik dan mana yg buruk.

lebih baik aku memikirkan ttg pelajaran aku yg masih byk perlu diselesaikan…

SEPI & sick!!

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…

hari ini mungkin hari terakhir aku di ofis teraju reka. esok aku dh tak masuk ofis lagi. mungkin juga menghabiskan sisa cuti dia bersama-sama. semalam tergerak hati mengajak dia keluar menonton wayang. dia nampak gembira. tak tahu la sebenarnya di dalam hati dia. aku rasa lega melihat senyuman dan kegembiraan itu. filem yang aku tonton dari Khabir batia..SEPI. tak ramai pun orang yg dtg. aku tk pasti la sbb cerita tu tak best, maklumlah filem melayu..ade je yg tak kena..atau mungkin semlm ari RABU jadi memang sasaran itu kurang…tapi kate julie kt KLCC ramai je org tgk SEPI. smp ke depan seat penuh. aku tgk kt times square..entah ape yg membezakannya…mungkin itu GSC sana TGV.

filem itu penuh makna tersendiri buat para sang pencinta..termasuk aku dan mungkin jugak dia. pandai2 la anda menafsirkannya mengikut persepsi dan pengalaman diri.

Filem Sepi arahan terbaru Kabir Bhatia selepas Cinta dan Love mengangkat tema dan pengertian kesepian yang berbeza dalam hidup tiga insan. Filem ini mengisahkan Adam (Afdlin Shauki) seorang chef yang berjaya dalam kariernya dengan keistimewaan menghias kek pengantin tetapi dia sendiri terpaksa melalui kehidupan yang sepi lantaran sukar menemui teman. Dia menemui Llyana (Vanidah Imran) dalam satu majlis tetapi kemudian terpisah. Seorang pemilik kilang kasut, Sufi (Tony Eusoff) berlari setiap hari untuk melupakan bayangan dan kekesalan akibat kematian isterinya yang terus menggerhanakan hidupnya.

Sufi bertemu dengan Marya (Eja) yang dijangka akan mengembalikan kehidupannya, tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat perpisahan. Dan, seorang dramatis, Imaan (Baizura Kahar) menulis semula baik-bait sajak sepi dalam naskhah dramanya untuk melupakan teman lelakinya Khalil (Piere Andre) yang menemui ajal dalam satu peristiwa.

Apa yang mahu dibawakan oleh Kabir Bhatia dalam Sepi adalah percikan-percikan emosi daripada kekecewaan yang melingkungi watak-watak yang rapuh. Watak-watak ini kemudiannya menemui sesuatu yang memberikan kekuatan baru tetapi sayang ia hanya sementara untuk kemudiannya menemui hakikat yang sebenar. Adam, Sufi dan Imaan pada hakikatnya adalah watak yang rapuh tetapi menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka untuk melindungi dan membina keyakinan diri.

Bagi sebuah filem dalam genre melodrama romantis seperti Sepi, filem ini kekal pada jalur stereotaipnya. Kekuatan filem ini terletak pada pemusatan emosinya. Plot, watak dan dialognya bergabung untuk menekankan kesan sentimental dan emosi yang kuat dihati penonton. Apatah lagi dalam Sepi, penulis skripnya Ara dan Mira mencantumkan tiga cerita pendek daripada tiga watak utamanya iaitu Adam, Sufi dan Imaan yang mencari haluan hidup.

Disebabkan asas plotnya adalah emosi, maka yang penting disatukan disini adalah peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pertautan emosi perwatakan.

Kesemua watak hanya menjadi alat untuk mengerakkan peristiwa. Kita hanya mengenali watak secara sepintas tanpa kehalusan perwatakan. Hal ini dapat kita lihat pada hubungan dan kaitan peristiwa antara Adam, Sufi dan Imaan yang bermula daripada satu peristiwa kemalangan.

Peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan secara kebetulan pula ketiga-tiga individu yang terlibat dalam peristiwa itu menghadapi masalah hidup yang hampir sama iaitu kekecewaan dan kesepian. Sepi mengangkat semula formula melodrama romantis Hollywood era 1980-an antaranya When Harry Met Sally, Sleepless in Seattle dan You’ve Got Mail.

Pada dasarnya Sepi adalah sebuah filem citra wanita dengan unsur ‘feminine’ yang tebal. Setiap persoalan yang melingkari watak-wataknya bertitik tolak daripada masalah emosi, sosial dan psikologi yang berkait dengan wanita walaupun plotnya digerakkan oleh asalnya watak lelaki. Watak Sufi dan Khalil akhirnya terkorban kerana wanitanya, manakala Adam biarpun seorang lelaki tetapi dunia pekerjaannya lebih dekat dunia wanita. Apa yang menarik di sebalik kerapuhan watak-watak lelakinya, watak-watak wanita adalah jauh lebih tabah dan berkesan. Hal ini dapat dilihat pada watak Suzy, Llyana, Marya dan Imaan yang mempunayi kekuatan dan yakin dengan jalan yang mereka pilih.

Malah, pada ketika Sufi dan Khalil akhirnya hilang ditelan masa, Marya dan Imaan berjaya melayari kehidupan mereka dengan yakin dan tabah.

Filem Sepi dibentuk oleh Kabir Bhatia dengan unsur kelembutan dengan matlamat untuk meruntun emosi khalayak. Pemilihan taman dan landskap kehijauan, jalan yang sepi, malam yang hening dan rumah yang besar tapi kosong semuanya membawa gambaran kesepian dan kekosongan serta tidak menceriakan.

Visual filem ini juga dibentuk oleh imej-imej yang difokuskan lembut dengan kawalan tone cahaya yang dipastikan dapat memberikan mood sentimental dan nostalgia kepada imej yang terhasil. Visual lembut filem ini dilengkapkan pula oleh alunan muzik yang membawakan mood romantis.

Dari satu segi, biarpun Sepi masih membawakan stereotaip melodrama dengan citra kewanitaannya dan sering diingat sebagai sebuah karya sentimental dan air mata, tetapi sebagai sebuah filem ia bukanlah sebuah karya yang tidak berkualiti.

Justeru, filem begini sering dapat dibanggakan dari segi tahap kualiti produksinya. Filem sebegini memang mampu meninggalkan kesan emosi terutamanya kepada penonton wanitanya. Hal yang sama juga dalam industri penerbitan novel popular hari ini yang memfokuskan kepada tema wanita untuk memenuhi keperluan khalayak pembaca wanita. Ini adalah sesuatu yang cukup menarik kerana wanita juga membentuk khalayak yang agak dominan dalam industri filem. Dan, kerana itu filem-filem melodrama romantis seperti Sepi akan terus mampu menghiburkan mereka.

(credit : mohd afiq)

hari ni aku tak berapa sihat.dah 2 hari batuk2..tekak rasa perit. tapi arini selsema yang agak teruk jugakla..buatkan idong aku tak selesa. arini jugak aku nk siapkan semua repot praktikal aku. supaya aku tak memikirkannya lagi bila aku dh sampai kat puncak nnti.

erm…semalam ade sesuatu yang memeranjatkan aku. mungkin beria baik buat sang nila utama..hehehe…tp pada aku bagaikan sesuatu yang aku teringin elakkan dari berlaku..a.anep msg aku…oit nila…abg anepp yg akak gile2 kan tu hubungi norfa..huhuhu…ntah pe mimpi die…mungkin sekadar bertanya kabar.terkejut jugak..sbbnya aku tk kenali no itu…

dear nila..if u want to know his number..pls comment my blog.tq… =)

aku tak tahu nk taip ape..aku blur…!

ayat-ayat cinta

– “Kalau Allah mengkehendaki, sesiapapun bisa menjadi jodoh kamu”

– “kenapa kita diperintahkan menikah? Selain menyempurnakan agama, ia mengelakkan kita daripada fitnah dan sekaligus memberi ketenangan batin”

– “Muhammad SAW bersabda : Barangsiapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku. Dan barangsiapa menyakiti diriku bererti dia menyakiti Allah”

– “kita boleh benci perbuatan buruk seseorang tetapi harus tetap adil”

– “aku tiada siapapun kecuali Allah dihatiku. tapi kau datang dengan cahaya. aku ingin menjadi yang halal bagimu, yang akan kau kucup keningnya, kau hapus airmatanya”

pertama kali aku menonton filem ini aku merasakan jatuh cinta dengan jalan ceritanya..sangat menarik. pernah dulu ku membaca novel ini tetapi separuh jalan sahaja. Hati ini tersentuh dan merasa kerdil di sisi Allah kerana sedar akan diri yang punya banyak kelemahan dan melakukan dosa-dosa yang dimurkai olehNya.

filem ini mempunyai kekuatannya dari segi olahan cerita yang disusun dengan teraturnya dan begitu teliti bahasa yang dituturkan oleh barisan pelakon. lebih menggamit jiwa ini tatkala melihat manusia ciptaan Allah itu indah sekali biarpun terdapat cacat celanya. aku terkesima melihat jalan keindahan cerita ini yang memperlihatkan Islam sebagai perkara utama…

mungkin korang dah menonton dan mempunyai persepsi sendiri…apapun ia menarik buat aku. bawah ni ader link untuk tgk trailer filem ni dr youtube…salamat menjamu minda…

“Apakah keyakinan tuhan menghalang kesucian cinta?”

“Bangun Fahri, Allah sedang berbicara dengan mu supaya tidak sombong!”

“aku butuh waktu menyendiri”

pelik bunyinye

lagi 2-3 hari aku akan menghabiskan tugasan atas nama praktikal di Teraju Reka. Seronok agaknye mninggalkan dunia pekerjaan sebentar. bukan banyak mane sumbangan aku pd company ni. tp tetap bersyukur kerana majikan masih lagi menghargai setiap hasil yang aku berikan. hari ni aku bantu julie buat skrip utk telemovie bulan puasa tu. remy minta dia menghasilkan draft agar dia dapat shooting 2 episod utk dipersembahkan kepada RTM. aku bantu apa yang mampu…di samping hati yang tidak tenteram…aku hanya boleh memejamkan mata dan melupakan segala kekusutan…hanya untuk mengingatiNya.

dan mungkin beberapa hari lagi aki akan pergi semula ke Sarawak. nyata percutiannya kali ini tidak langsung menggembirakannya seperti sebelum ini. aku cuba mencari waktu utk dia…kerana mereka di sekeliling…aku menjadi tewas. biarpun berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangka…aku perlu menghadapinya sendiri. ini yang aku lakukan..dan aku perlu tanggung sebagai seorang manusia yang diperkatakan orang ‘kejam’ kerana tidak memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain. makin ingin aku tolak makin banyak kata-kata yang masuk dalam fikiran aku…

dan untuk itu…aku tidak ingin memberitahu keputusan ku kepada sesiapa. aku harap mereka mengerti dengan tindakan aku ini. aku cuba sebaik mungkin asalkan si dia gembira. aku tak mahu dia gagal kerana aku yang hina ini. aku tak mahu dia kecundang hanya kerana perempuan yang mementingkan diri ini. aku ingin dia tahu aku akan sedia ada untuk dia. kalau itu menggembirakannya…aku juga akan mampu mengukir senyuman. tidak terdaya rasanya menaatp wajahnya yang penuh dengan kekecewaan. yang menjatuhkan egonya sebagai lelaki. maafkan aku kerana sejauh ini menduga cintamu.

ini pertama kali dalam hidupku sukar untuk membuat keputusan. ini pertama kali dalam hidupku berdepan dengan kisah cinta sendiri yang bukannya biasa seperti katanya. pertama kali dalam hidupku melihat lelaki seperti dia. aku harap dia benar2 menghargai aku…benar2 mengatakan aku miliknya dan sentiasa ada untuk aku. walaupun aku tidak pasti apakah kesudahan cerita cinta ini…yang aku inginkan dia gembira dan bahagia. yang aku inginkan dia berjaya di dalam hidupnya dan bukannya memikirkan pengakhiran hidup atas sebuah kekecewaan. aku tak mahu lagi dia merasa dirinya kosong…

masa itu diberikan oleh sang pecinta…masa itu aku telah gunakan untuk berfikir…masa itu untuk dia melihat aku dari kejauhan…masa itu aku bukan lagi miliknya…masa itu untuk dia menafsir bagaimanakah jenis perempuannya aku ini. tatkala ini aku terfikir kata-kata nila…inilah norfa yang ku kenali…ya…masa itu sesuai untuk dia berkata seperti nila…amat benar sekali tujuannya buat dia. aku tidak mampu berfikir apa2 lagi. aku tak mahu dipersalahkan pada satu hati nanti di mana aku menjadikan mereka itu gagal di dalam hidupnya. aku percaya dia bersedia menerima kegagalan ini…sebab ini jalan yang kami pilih..melihat satu risiko yang tiada kebaikannya. hati aku benar2 sedih kerana tidak dapat memberikan kebahagiaan itu. keran aku juga perlukannya…tapi aku hanya ingin kan si dia gembira…maafkan aku sang pecinta!

aku tidak pasti kenapa tiba-tiba aku merasakan pelik dengan kata-kata itu…sungguh jelik bunyinya..seakan-akan membenci diri ini. seperti aku ini dekat dengannya dan dia kenali aku..terpulang bagi sesiapa pun untuk menafsirkan tentang diri aku. kerana seperti apa yang pernah mereka-mereka ini ungkapkan, aku tidak tahu menghargai, tidak tahu menilai, tidak tahu membezakan yang baik dan buruk.

saat itu aku mengharapkan lagu itu muncul di gegendang telingaku…aku berharap mendapat jawapan daripadaNya…tapi saat itu juga kenangan yang sekejap itu jua muncul…maafkan aku! Lelaki itu telah berada di sebelahku…meluahkan rasa hatinya. lelaki itu telah buktikan rasa kasih sayangnya untuk kembali kepada aku. lelaki itu yang mendakwa tiada lelaki sejujurnya di dunia ini akan ku temui…aku akan pergi kepadanya. tidak lagi melihat kedalam hati sendiri…aku tidak akan dipersetujui…

fahamilah tiap baris kata ini…kau akan tahu maksudku.

aku memang begini…aku ada untuk dirimu. aku ingin kau gembira dan merasa bahagia. aku ingin kau berjaya. aku tak ingin perkataan itu kau sebut2 lagi. kerana aku tak mahu ia benar2 terjadi. kasihanilah aku. janganlah aku menjadi puncanya kelak. aku hanya ingin berada di landasan hatiku. tp gerabaknya mengaturku ke tempat lain.

senyumlah wahai sayang…kegembiraanmu memberikan ku kelegaan biarpun seperkara yang tak dapat kunyatakan…

bukan sebab itu

sekalipun ditegah dari terus muncul…hak diri dan kehendak yg tiada siapa mengerti bukan milik mereka.aku menjadi diri sendiri yg penuh dengan kejutan dan tekanan dr sekeliling. aku hanya ingin gembira….dan cuba menggembirakan orang lain selagi boleh.

bukan meminta…jauh sekali mengharap..tp satu pengertian agar dapat melihat situasi dengan lebih baik dan menjauh…tidak sekali cuba menerima pujian atau memegang segala caci maki…aku gagal utk menjadi yg terbaik buat orang lain. aku gagal utk berterus terang…aku gagal utk memberikan kebahagiaan pd org lain…

kegagalan yg tiada siapa mengerti..kegagalan yg hanya menunding jari ke arah satu iaitu aku. aku sering memikirkan siapa sebenarnya…permintaaan mereka atau kehendak hati yg meruntun dan memberontak? tidak mahu menjadi manusia hiokrit..tapi aku berperikemanusiaan…aku bukan sekejam itu..aku masih ada sayang itu…masih mempunyai kasih itu…

ya lagu itu menjadi kenangan kite…lagu itu yg kita dendangkan..lagu itu yg menguatkan semangat itu…tp kenapa selemah ini dirinya menjadi kaku…aku buntu~!! aku pening memikirkan perihal itu…aku kah yang bersalah atau siapakah yag terlalu meminta dan berharap..?

 

kenapa mesti aku lalui ujian ini..tiada tempat utk aku mengadu melainkan padaMu ya Allah…berikanlah aku satu jawapan…