Kebesaran Allah

PINDAH KUBAH MASJID HANYA DENGAN ZIKIRULLAH.

Klip ini diterima dari seorang sahabat.  Kisah ini berlaku awal tahun ini di Pulau Malibu, Indon. Sebuah masjid baru telah dibina di sebuah kampung di Pulau Malibu. Namun mereka tiada kren untuk pindahkan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru.

Maka seramai lebih kurang 3000 orang qiyai telah berkumpul di masjid tersebut untuk berzikir.  Dengan Rahmat dan kebesaran Allah kubah dari masjid lama “diangkat dan dipindahkan” ke  atas menara masjid yang baru hanya dengan zikirullah.

Dikatakan ramai yang pengsan dan histeria melihatkan kejadian ini.

Wallahualam.

Please view the video clip at the attached URL address.

http://zul878.multiply.com/video/item/5/Kailolo_kebesaran_ALLAH_SWT.3gp

Advertisements

coklat…yum yum..

hari ini 16 June 2008 bersamaan hari Isnin. aku sedang menghadap pc..mestila, kalau tidak mcmane plak blog aku ni ditulis. aku sedang menyiapkan skrip koko. tak sudah2 lagi. mungkin sbb aku yg malas..atau aku tak suke dgn kehendak boss aku yang mintak mcm2 utk skrip ni. walaupun aku dh siapkan skrip ini, tp ada penambahan dan pembetulan…itu pun aku kena preview beberapa tape untuk mencari bahan. ini la tugas aku sebenarnya. tp dek kerana merasakan tugas ini mudah..aku buat sambil lewa je. kalau la bos aku tahu aku sdg buat keje lain ni…huhu..masak jgkla kene bebel nnti.td pun rozie dh dtg and tanye aku, bile skrip ni bole siap.klu ikutkan harini dh bole siap…tp aku janjikan esok, sbb aku kene tunjuk pd bos dulu.

disebbkan hari2 aku sebelum ni asik mengadap cerita psl koko je…aku nk gak share dgn korang ttg mitos2 koko…takkan aku sorg je tau kot…poning2…huhuhuhu

Fakta Pertama – Coklat tidak menyebabkan jerawat

Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini tidak benar.

Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa ‘puberty’, pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.

Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.

Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa”pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat.” Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Fakta Kedua – Memakan coklat menyebabkan anda gemuk

Pengambilan yang melebihi adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari seluruh dunia menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi.

Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.

Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian “Maklumat Harian” mereka di mana mereka menasihatkan untuk “mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan”

Fakta Ketiga – Pesakit diabetic boleh memakan coklat

Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun yang lalu.

Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh diterima.

Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains makanan.

Fakta Keempat – Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi

Jika anda terpaksa berjumpa dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak ingin untuk menyentuh coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan pertimbangkan fakta-fakta ini.

Kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.

Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.

Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Fakta Kelima – Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung

Di sini juga coklat merupakan sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang mengidap sakit jantung di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan pergerakan yang tidak banyak.

Merokok, kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu merupakan penyebab yang utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol yang merendahkan lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa asid stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap kolesterol di dalam darah.

Panduan yang munasabah untuk gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang serat tinggi, karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang rendah dengan senaman yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil dalam amaun yang sedikit tidaklah menjadi masalah besar.

Fakta Keenam – Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?

Kenyataan ini mungkin benar.Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan kesan ‘aphrodisiac’nya tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.

Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun candu yang dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu mengeluarkan perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada ciri-ciri deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan ‘psychoactive’ yang bertanggungjawab.

Glenn Campbell, seorang pakar pemakanan berbangsa Australia mengatakan: “Memakan coklat adalah satu daripada keseronokan dalam kehidupan.” Dalam lain perkataan, anda tidak akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.

Jadi, apalagi ambillah coklat kegemaran anda dan nikmatilah satu daripada hadiah yang paling lazat dalam kehidupan anda. Tapi, anda mestilah buat senaman juga!

Artikel ini telah diedit dari The Sunday Star, Ogos 20, 2000 (muka surat 22)
Rekha Naidu adalah seorang pakar pemakanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koko sila faks: 603-5512 8595

Hanya padaMu

Akhirku temui sinar menerangi

Umpama datangnya bidadari

Terasa bagaikan mimpi2 suci

Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri

Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi

Terdampar hanya doa mengiringi

Kabus yang berlari ditinggal begitu

Takkan ku dakap seperti dulu

Disepi malam hanya bertemankan bintang

Hatiku merayu padaMu Tuhan yang satu

Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemuiMu

Hanya ku berserah padaMu Tuhanku

Hanya pada nama, hanya satu pintaku

Hanya pada kasih, kan kuserahkan jiwaku

Hanya pada cinta, hanya itu janji ku

Hanya pada satu, aku imankan jiwaku

Aku merayu padaMu yang satu

Moga ditempatkan ku bersama cahaya

Seperti mereka setia denganmu

pintaku yang terakhir

P2210661“Zam..Kenapa dengan kau ni?”, Ifa cuba bertanya kepada buah hatinya itu.
“Takde apalah.Aku nak balik”.ujar Zamri ringkas.
“Aku pun nak balik.”, Setelah menghantar assignment Pn.Junaidah, Ifa segera membontoti Zamri.Sepanjang perjalanan di dalam bas, Zamri lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah yang ditanya Ifa sepatah la yang dijawabnya. Tak berapa lama kemudian, Zamri bersuara.
“Kau tahukan aku macam mana? Tapi, kau saja nak kasi aku angin duduk sebelah Saiful. Tak boleh kau duduk atas kerusi? Kenapa mesti dekat sebelah dia atas meja?” Luah Zamri dengan perasaan bengang.

Ifa memang dah agak.Mesti sebab dia duduk sebelah Saiful,  Zamri jadi macam ni. Susah betul nak terangkan pada Zamri. Buah hatinya ini tak pernah nak memahami situasi. Ifa lebih rela diamkan diri dari menjawab setiap soalan dari Zamri. Jiaka dijawab katanya alasan. dia berpaling ke luar bas. Sakit hati melihat muka Zamri seperti orang tertelan cuka. Masam!

“Kalau kau sukakan dia pergilah kat dia”
Ah, sudah! Macam budak-budak lah dia ni. Nak tak nak terpaksalah Ifa memujuk dan mengaku kesilapan dia.
“Okey! Aku minta maaf. AKu tak sengaja. Sape pulak kata aku nakkan si SAiful tu. Kau ni aku nak letak mana? Dah lah tu Zam. Aku tak suka nak gaduh macam ni. Hari ni aku belanja kau makan ok.” Zamri masih masam.

“Janganlah macam ni sayang. Lain kali aku tak buat lagi. Please!” Zamri menoleh ke arahnya. Digenggam tangan Ifa. Ifa menarik nafas lega. Susah juga dapat kekasih macam ni. Kuat cemburu. Nak memujuk satu. Semua benda yang dibuat ada je salahnya. Sabar jelah Ifa!

**************************************************************************************

Ifa terdiam. Tak tahu apa lagi yang mampu dia lakukan. Bukannya dia tak pesan pada Zamri. Tapi, Zamri sengaja mengambil sikap sambil lewa. Tak pernah nak serious. Kadang-kadang kalau diikutkan hati nak aje dia tinggalkan Zamri. 5 tahun menjalin cinta tapi Zamri sering mengambil mudah tentang pelajaran. Sekarang!

“Macam ni yang kau nak buktikan pada mak ayah aku? Kau memang tak sayangkan aku Zam” marah Ifa.
“AKu dah cuba.Tapi,ternyata aku tetap gagal.” Zamri rasa bersalah. Bukan dia tak sungguh-sungguh nak belajar. Kadang-kadang dia teringatkan pesan Ifa supaya dapat keputusan cemerlang. Sekali dua dulu repeat paper boleh lagi Ifa bantu. Tapi, kalau dah kene tendang macam ni..nak grade pun tak dapat. Ternyata dia dah banyak kecewakan Ifa. Nak tunjukkan muka kat mak ayah kat kampung pun rasa berat je hati nak balik.

“Ini kata kau cuba. 2 pointer pun tak sampai. Assignment yang aku pesan tiap-tiap hari. Ada kau buat? Duit yang aku kasi untuk print out paper, mana kau belanjakan. Beli rokok kan? Dahlah janji kau pada aku nak berhenti rokok kau tak tunaikan. Suruh beri tumpuan pada study pun tak dapat. Macam ni ke calon suami aku.bukan minta kau bagi harta kekayaan kat aku. Cukuplah kalau kau berpelajaran. Itu pun susah sangat ke Zam?” hari ni segalanya mesti diluahkan.

“Macam-macam alasan aku bagi kat mak untuk tangguhkan pertunangan aku dengan Amir. Aku nak kau buktikan kau bukan lelaki yang takde apa-apa. Kau ingat mak aku suka menantunya macam ni. Mak kau pun belum tentu benarkan anak dia kahwin dengan anak orang kalau macam ni. Time study aku bukannya tak pernah rindu nak jumpa kau, bukannya tak pernah nak keluar jalan-jalan dengan kau. Tapi time study aku study. Kau dah lupa ke kita ada tanggungjawab pada keluarga lagi.”

Zamri dah tak tahu nak kata apa. Kali ni dia tewas. Dia terpaksa lepaskan Ifa. Tapi, hatinya terlalu sayangkan gadis di depannya. Belum pernah ada perempuan yang terima dirinya seadanya. Dia bukanlah sekacak mana. Nak kata kaya, selalu sangat dia balik ke rumah minta duit pada mak. Kadang-kadang Ifa sendiri hulurkan bantuan ketika dia sesak. Dia betul-betul silap.

Ifa tak macam gadis lain. Macam-macam yang Ifa korbankan untuk Zamri. Dulu time handphone Zamri rosak, Ifa pinjamkan dulu handphonenya. Tapi, Zamri hilangkan. Maknya bising betul bila dapat tahu. Siap nak gantikan untuk Ifa. Tapi perkara tu berlalu macam tu jer. Ifa bukanlah anak orang kaya. Dia sendiri ada keluarga untuk ditanggung. Semua yang dibuat bukan sekadar cinta semata-mata.

“Kau kena ingat ZAm. Apa yang aku buat ni semua nak bantu kau. Aku tak nak kau terkandas. Kalau boleh aku nak kita sama-sama berjaya. Biar orang pandang kau hebat. Apalah gunanya aku kalau tak boleh nak bantu kau.” Itulah yang sering Ifa ungkapkan padanya.

Bila dilihat muka Ifa, hatinya jadi serba salah.
“Maafkan aku!” Itu aje yang terluah dari mulutnya.
“Kalau kau minta maaf aku boleh maafkan. Tapi apa aku nak jawab pada mak. Kau dah lah takde kerja tetap. TAkkan aku lebih tinggi dari kau. Sekurang-kurang…entahlah. Kalau aku cuba,mungkin itu nasib kau dan itu jodoh kita. Aku percaya mak aku akan buat yang terbaik untuk aku. Kau baliklah dulu. MAlam nanti aku call”.

Begitu mudah Ifa memaafkannya. Kata-katanya membuatkan Zamri semakin bersalah. Entah berapa kali Ifa memaafkannya. Tapi Ifa tetap bersabar dan terus setia dengannya. Macam mana lah dia nak lepaskan gadis ini? Tapi,dia takde kejayaan yang membantu dia memiliki teruh hati gadis ini. Dia akur, sekurang-kurangnya dia perlu ada aset untuk meminang gadis ini. TAkkan nak amik anak orang macam tu jer.

*************************************************************************************************

Mak dan ayah berpandangan sesama sendiri. Inilah satu-satunya anak bongsu mereka yang tinggal. Hati ibu mana yang tak mahu lihat anaknya bahagia.

“Kenapa kau tak bagitahu dari dulu lagi? Kan senang nak jawab pada keluarga Amir tu. Ini tidak buat orang tertunggu-tunggu jer.”

“Bukan Ifa tak nak bagitahu mak. Ifa takut mak tak sukakan Zamri. LAgipun dia masih belum grade lagi. Nanti mak mesti bising sebab dia takda apa-apa macam Abg Zairi ker, Abg Zaidi ker?”

“Tak boleh ker tunggu dia dapat kerja dulu?” ayah bersuara.
“DAh lama kitorang kawan ayah. nanti apa pulak kata orang. Tak boleh ker kitorang nikah dulu.”
“Ini dah kira gatal sangat nak kahwinni. Ikut kau la. Tapi, kalau ada apa-apa masalah jangan kau cari mak. Ader jodoh baik kau tolak. Nak juga si Zamri tu. Entah apa yang dibanggakan sangat tak tahu mak. Dari dulu lagi mak perasankan budak ni. Macam tu jer!” mak setuju tapi masih nak mengungkit.

*************************************************************************************************

Hampir setahun mereka berumahtangga. Ifa sering sibuk di lokasi dengna filem terbaru yang akan diterbitkan nati. Zamri secara tak lansung bekerja disampingnya. Isteri mana sanggup lihat suaminya hidup tanpa pekerjaan. Apa yang mampu di bantu, itu sajalah dayanya sebagai perempuan.

Mungkin kerana terlalu sibuk kedua-dua mereka tidak mahukan kehadiran anak. Namun, Kedua orang tua mereka mendesak untuk melihat cucu. Tambahan lagi keluarga Zamri. Zamri anak sulung sudah tentu itu saat-saat yang dinantikan keluarganya.

Kandungan Ifa mencecah 5 bulan. Dia dah tak terdaya untuk turun ke lokasi melihat kru-krunya bertugas. Bukan dia tak nak turun tapi Zamri sendiri mendesaknya tinggal saja di rumah. Zamri seorang yang menggantikan tempatnya. Akhirnya dia berbangga dan mampu tersenyum melihat suami tercinta berubah. Sikapnya yang cemburu ketika sama-sama study dulu tidak ada lagi. Malah dia lebih rajin di saat Ifa mengandungkan anak pertama mereka. Semua kerja rumah diuruskan oleh Zamri. Nak upah orang gaji tak dikasinya. Tapi itujanji dia ketika bercinta dulu sering mereka berbicaraang kahwin. Kalau dia mengandung memang Zamri akan ambil alih tugas harian di rumah.

**************************************************************************************************

Entah kenapa Zamri sering tidak pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Ada juga Ifa menghubungi nya tapi tak dapat. Ndak tak nak dia try call Pembantu peribadinya di lokasi. Katanya shooting dah tamat. Tapi kenapa Zamri masih tak pulang. Bila ditanya ke mana. Katanya dia sibuk menguruskan seorang talent baru. Mungkin ke pejabat menguruskan production.

Lama juga dia tak ambil tahu hal pejabat. Duduk rumah pun bukan ada apa yang hendak dibuatnya. Tapi perut dah memboyot. Entah 2-3 hari lagi meletop lah dia.
‘Hai baby! Nanti bila keluar jangan jadi macam ayah tau. Jadi macam mak.’ getus Ifa sendirian.

Malam ini juga Zamri pulang lewat. Mungki di pejabat. Tergerak hatinya utnuk menjenguk suaminya. Di capai kunci kereta dan memandu ke arah pejabat. Dia tersenyum melihat kereta Zamri ada di situ. Kesian suaminya. Bertungkus lumus membantu untuknya.

Nasib baik lah lif pejabatnya baru dibaiki. Kalau tidak jenuh jugak dia nak memanjat tangga. Sampai di depan pintu pejabat sunyi. Tapi lampu terpasang. Dia segera masuk ke biliknya.

“Abang!” alangkah terkejutnya Ifa melihat suami sendiri bersama perempuan lain di situ dalam keadaan yang cukup memalukan.

Air mata tak tertahan lagi. Dia segera berlari keluar. Tak dihiraukan perut yang memboyot. Digagahkan jugak kaki menuju ke kereta. Zamri segera berlari mendapatkan Ifa. Rasa kesal semakin menjadi.

Ifa semakin laju. Hatinya terlalu sakit melihat perlakuan suami. Setelah bertahun-tahun dia berkorban dan bersabar dengan kerenah Zamri. Ini yang dibalasnya. Tak cukup ke kasih sayangnya selama ini? Anak dalam kandungan ini bukti cintanya pada Zamri. Apalah nasibnya sebagai seorang isteri.

“Sayang!” jeritan Zamri kedengaran. Dia terasa ingin mencabut telinganya agar tak didengari suara lelaki itu.

Zamri segera mencapai tangan isteri.
“Kenapa datang sini seorang diri?”
PANGG!!! Satu tamparan melekat pada pipi Zamri. Kenapa? Kepala hotak dia tanya kenapa? Kalau dia tak ke sini dia takkan tahu apa yang terjadi.
“Lelaki jenis apa kau ni?Kau tanya kenapa aku ke sini?Kau memang takde perasaan Zamri. Sampai hati kau buat aku macam ni? Betapa susahnya aku nak hidup dengan kau.Anak dalam perut ni…aku bawa ke hulur ke hilir untuk kau. Ini yang kau balas. Tak cukup ker apa yang aku tanggung dulu sebelum kita kahwin haa?” Ifa menjerit sekuat hati.

Perutnya terasa sakit. Kali ini dia terasa seperti ingin melahirkan anak. Dia hampir terkulai. Zamri memapahnya. Hatinya rasa tidak keruan melihat si isteri. Dibawanya Ifa ke hospital. Setibanya di hospital di di usung ke wad pembedahan. Sebelum masuk dia sempat berpesan pada Zamri.

“Aku tak rela kau yang pelihara anak aku.Cukuplah dia kenali kau sebagai ayah.Jangan kau tinggal sebumbung denngannya”

“Sayang. Jangan cakap macam tu. Abang masih cintakan sayang. Abang minta maaf.”

Berlalu si isteri bersama doktor ke dalam wad.Zamri resah di luar. bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya. Dia benar-benar menyesal. Dapatkah Ifa memaafkannya kali ini? Ah, Suhaila tula puncanya. Kenapa mesti dia tertarik pada perempuan itu. Dia ada isteri yang setia. Ya Allah apa yang aku lakukan ini? Kau ampunkanlah hambaMu ini.

Setengah jam berlalu, tangisan anaknya kedengaran. Dia tersenyum. TApi, dia lebih khuatirkan isterinya.

Doktor keluar dan segera menyampaikan amanat kepada Zamri.
“Tahniah.Anak lelaki awak selamat. Isteri awak minta saya sampaikan yang dia tetap maafkan awak.”

“Dia macam mana doktor?”
“Maafkan saya. Isteri awak selamat kembali kepada Nya.Banyak-banyakkanlah bersaabr. Syukur kemaafan sempat diberi. Awak boleh melihat dia di dalam”

Tak! Tak mungkin…Ifa…
Ifa sayang! Kenapa tinggalkan Abang?

“Ifa!!!” jerit Zamri di situ. Doktor cuba menenangkannya. Namun segalanya terlambat.

Buat Ifa semoga rohnya dicucuri rahmat.
Buat Zamri semoga menjadikan hidup yang mendatang lebih bermakna.
Buat Razif terimalah kenyataan hidup dan jadilah anak yang soleh.
Amin!
” ”

 

kembali normal

dalam 2-3 hari ni tk byk sgt keje yg aku buat. aku sekadar melayari internet utk mencari maklumat atau artikel2 yg berkaitan dgn hobi dan minat seperti yg telah diperuntukkan pd aku aritu. lain2 aku tlg remy klu2 dia perlukan bantuan. aku perlu jugak berusaha utk mencari keja sendiri takdela nnti nmpk aku gi ofis mcm goyang kaki je kan(walaupun hakikatnye mmg aku tkde keje sgt)

semalam rmh aku kembali sunyi..anak2 buah dah takde blk kuala lipis…kalau tdk asal aku blk keje je mesti riuh rendah smpkan boleh mengamuk jgk la dgn karenah dorang ni. tp bila dah blk takde lagi keriangan kt rmh tu. itulah penghibur utk mak dan ayah. cucu2 kesayangan yg memeriahkan suasana. nakal2 dorang tu la yg buat hati orang tua aku riang.

hari sabtu lepas aku jmp kengkawan skolah kt times square…seronok jgk sesekali berkumpul. kitorg men boling. acap,azin, aida, jufiza, zarul and dharmen. aku 2nd last huhuhu…dharmen lg teruk la…dan aritu azin tunjuk belang memenangi perlawanan boling. akhirnya dia belanja kitorg makan chicken rice shop. Jufiza kate, “tak luak mane duit azin tu. dia dh keje..awek pun tkde..apela slhnye blanje kite..hehehe”

aku mengiyakan kata die…dan sesekali aku menyakat azin..kesian die..dr skolah dulu smp skrg slalu jd mangsa aku.hahaha..dak2 plak dh phm sgt prangai aku yg agak giler ni. masing2 mengeluarkan cerita time skolah..pasal cikgu juffri (guru kelas & matematik) yg sgt funny dan sporting…ustazah, dan beberapa nama guru yg terkeluar dari memori kami. masing2 gelak ketawa mengingatkan zaman sekolah itu. smpai azin pun ckp “aku tgk aida ni mcm bdk2 je lagi. sdgkan skrg dah jadi bini org” aku turut gelak dan melihat keadaan kami. ye..seakan2 berada di alam persekolahan lagik.. rindunya saat itu..jufiza pun dah bertunang…keluar jgk citer kwn2 yg lain. tp cerita perempuan, tahu jela…ada la sok sek sket..huhuhu.

aida, acap, zarul


seronok bila kenang2kan dan saat2 itu la terasa ingin kembali di zaman persekolahan dulu dan memperbetulkan apa yg silap atr kami. andai mampu kite berbuat demikian…huhuhu….ramai jgk yg berjanji tp tak hadir. tp ini pun dh cukup mengembalikan saat indah itu. masing2 berharap kalau kahwin jgn lupa jemput. aida mmg kene bahan jgklah…kata die, bkn tk jemput..tp tak tahu mcmane nk contact. yela, ni pun passing2 je no fon. aku pun tk sangka dpt berjumpa dgn dorg.

hari ahad tu plak aku pegi petrosains dgn anak2 buah aku…seronok jgklah bersama dorg. smp tak menang tgn aku nk jaga sorg2…bygkanlah 9 org pegi berhimpit nek train (LRT). aku, k.ida, anis (dukung) ajwad, aisyah, athirah, aina, alin dan fara…riuh jgk menjaganya. tp seronok.dpt luangkan masa dgn dorg cuti sekolah ni. dah la duduk jauh dr aku. jmp tk selalu…jd aku rasa puas dpt keluar dgn dorg..aku mmg mcm bby sitter la kan..smp kene pegang belon dorg yg badut bg tu..dh mcm aku plk yg badut bg belon kt kanak2..huhuhu…