Salam Satu Malaysia di bulan Ramadhan yang mulia ini. Salam kemerdekaan…

Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia…dan kepada umat Islam seluruh dunia, kita masih lagi di dalam kehangatan bulan Ramadhan, bulan kemuliaan di mana segala ibadah kita pada bulan ini berlipat ganda ganjarannya.

Hari ini 31 Ogos 2009 merupakan hari kemerdekaan ke-52 buat seluruh rakyat Malaysia yang meraikan hari kebebasan Negara kita daripada penjajah satu ketika dahulu. Bagi rakyat Malaysia yang lahir selepas tahun kemerdekaan tahun 1957, pastinya kita tidak dapat merasai apa yang pernah dirasai oleh generasi lalu yang benar-benar menghargai erti kemerdekaan ini.

Tidak banyak yang ingin aku perkatakan mengenai hari kemerdekaan ini. Bukanlah ia tidak membawa apa-apa makna buat aku. Sebagai rakyat Malaysia aku cukup berbangga kerana dilahirkan dan dibesarkan di sini. Ia cukup membuat aku bersyukur kerana penderitaan rakyat-rakyat di Negara lain cukup memberikan aku keinsafan apatah lagi Negara-negara Islam seperti Palestin dan lain-lain yang terpaksa berjuang untuk meneruskan hidup berbanding aku di sini yang dapat merasa kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT. Sesungguhnya aku bersyukur dengan keadaan aku ketika ini.

Kemerdekaan pada aku terlalu besar maknanya untuk diperkatakan. Bagi generasi alalu, mereka rasa bebas daripada penjajah yang dahulunya membuatkan rakyat Negara ini terseksa. Bagi kami generasi baru, kami cuba membebaskan pengaruh Negara luar dari terus mencemari budaya dan adat Negara ini. Pastinya, kemerdekaan buat kami maish belum tercapai. Malah lebih banyak anasir-anasir luar yang masuk ke Negara ini dan cuba menjajah pemikiran-pemikiran anak muda ketika ini.

Aku tidak mahu komen lanjut hal ini, kerana siapa tahu aku juga mungkin terpengaruh akan hal ini tanpa disedari. Tetapi, secara jujurnya aku sendiri masih belum dapat merasai kemerdeaan di dalam diri aku. Banyak perkara yang belum lagi bebas di dalam diri dan pemikiran aku. Entah kenapa ia masih berkurung dan terkurung di dalam minda ini. Nyatanya, aku inginkan semua ini keluar dari kotak fikiran ku secepat mungkin. Aku ingin jiwa dan mindaku bebas dan merdeka daripada segala perkara yang menyeksakan.

Apa yang menyeksakan? Biar sahajalah Allah yang mengetahuinya. Terkadang melihat tiadanya luka, tiadanya cacat cela,tiada yang menyeksakan seseorang insan itu. Terkadang kerana kehilangan ahli keluarganya, tiada yang menyeksakan seseorang itu…benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…terkadang bagi insan lain, ia bukan satu masalah buat dirinya…tetapi, bagi seseorang itu….itulah masalah yang terkadang pada pemikirannya tiada penyelesaian. Sedangkan segalanya ada di hadapan mata. Yang penting, aku perlu berusaha dan tawakal kepadanya.

Cewah, mentang-mentang lar bulan puasa sekarang ni…ayat nak berunsur dakwah jerk..huhuhu…okeyla…dikesempatan ini ku ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Berpuasa dan salam kemerdekaan..salam satu Malaysia buat semua rakyat Malaysia…

MERDEKA!!! MERDEA!!! MERDEKA!!!

Advertisements

Ucapan selamat buat Siti Noraini Abu Bakar

Hari ini hari Jumaat, 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430 H merupakan hari terakhir sahabatku Siti Noraini Abu Bakar menjalankan tugas di Bahagian Teknologi Maklumat, KSM sebagai rakan sekerja kami. ini kerana rakan kami ini akan memberhentikan dirinya daripada berkerja di sini.muahahaha…

Dia dah dapat offer untuk bekerja di UKM, Bangi daripada profesornya di sana. oleh itu, dia ke sana la kan…lebih dekat dengan rumah dia dan jangka masa bekerja pula lebih baik berbanding di sini.

Makanya, tiada lah lagi teman untuk pulang ke rumah bersama-sama memandangkan sebelum ini Ain yang menumpangkan aku balik ke rumah. Jadinya, kenala belajar-belajar menaiki bas pulang dan menanti kakakku Suhaila di KTM Serdang. Puas sudah aku membelek-belek di internet mengenai pengangkutan dari Serdang ke Bangi ataupun dari Putrajaya ke Bangi. Tapi,s ayangnya tiada satu pun pengangkutan ke sana melainkan naik TEKSI. gile ko…mahal la…orang lagi nak berjimat.huhuhu…

Tapi, dengarnya Abg Lan (suami Kak Ayu) ada offer motor kapcai dia untuk dibawa. okeyla daripada motor skuter besar milik Abg Zairy (abg iparku). tengoklah keadaannya bagaimana. aku pun masih belum ada lesen motor.hahahaha..berani lagi mau bawa yer…dah lah tiap kali balik keje ada road block kat area rumah akak aku tuh.

Oh ye..berbalik kepada cerita Ain tadi yer…Sempena dengan kali terakhirnya dia untuk bekerja di sini, maka ingin ku lampirkan wajah-wajah beliau bersama kami rakan-rakan ketika bekerja bersama-sama…sila lah ratapi..waaaaa!!! ekekekeke…jangan marah ye Ain ku cayang.

1

2

3

Semoga sepanjang kita bersama di dalam satu pejabat, tetiba satu kereta, satu jalan dan satu yang pernah disatukan….tiadalah simpan dendam ker, sakit ati ker..maaflah ye salah silap dan cacat celaku…huhuhu..halal la apa-apa yang patut di halalkan….Semoga sukses selalu. Amin…

sekilas : pusing memikirkan kepulanganku tanpa Ain kelak..weeeee….

Tugasan semakan 3rd Round

Selamat Pagi..(ketika aku menaip ni pagi la yer).

Sekarang aku berada dalam kondisi yang tidak begitu sihat. Doktor bagi aku MC 2 hari untuk kelmarin dan semalam. tapi semalam aku datang kerja juga sebab aku yakin banyak tugasan yang belum diselesaikan lagi. seperti yang telah aku nyatakan, semalam aku telah menyudahkan tugasan menyemak aku untuk 3rd round. hohoho…kak Ima yang tulis 3rd round. i follow jer.

dan semalam juga, sedang aku semak dan semak. tetiba aku ternampak nama My Cinta dalam semakan tersebut. hehehe…terkjut kejap dan tak tahu nak terima atau reject je pendaftaran dia tu. hahaha..padan muke dia.

123

tu dia..Ahamd Fakhri B. Habib…sorry ar time ni snap pakai hp..so kualiti tidak begitu baik apabila snap depan monitor ni..huhuhu..tapi tadi aku baru install photoscape..kot2 la ader nama saper2 lagi yang aku kenal leh capture terus ..ye tak?

okey lar…ader tugasan baru yang ingin dilaksanakan…so sempena bulan puasa ni..aku belum lagi mengucapkan selamat berpuasa pada korang semua.

so, Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia (termasuk yang tak pernah masuk blog aku sekali..muahahaha..macam ader je seluruh dunia baca blog aku kan).

semoga amalan kite diterima oleh Allah SWT. dan kita sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Amin…

Terima kasih kepada my sis Suhaila and her husband Zaire kerana melewatkan perjalanan ku hari ini…

nak tau pasai apa? pasai…cek dapat naik bas yang sangat indah…iaitu ‘sri indah’ dan dapat seat yang empuk….orang tak ramai dan tak sesak dalam bas tu…perjalanan menjadi semakin lancar.

ala..aku masuk keje pun pukul 830am…apa adahal keluar lambat dari rumah pun kan kan kan…hehehe…

aku dapat dengar panggilan hangit sampai habis..dapat dengar topik am krew hari ni aper…aku dapat tunggu bas sambil duduk kat bus stop tu..muahahaha….dan hari ni kerja aku takde sebab semalam aku dah abiskan semua file…lagi aku gumbira…

dan sepanjang menunggu bas…sampai naik bas…sampai aku dah turun bas on the way nak masuk ofis pun, aku telah melakukan aktiviti ini tanpa kebenaran tuan punya badan..hahaha..ada aku kisah???

DSC04178DSC04177

ini aktiviti aku time tunggu bas…time ni dalam kul 730am..kakak ni makin lama makin ke tepi….aku risau je kene langgar dek kete…tahu ler nak tengok bas…tapi kan bahaya tuh..kete seme laju-laju belaka. japgi tetiba akak tu pusing blkg lak time aku snap..muahaha…dia pasan tak?

DSC04183

 Ini dalam bas plak….aku duduk blakang sekali dan kat tengah-tengah…nampak tak lelaki yang tengah berdiri tu tangan dua-dua kat atas….dan nampak tak beg apa yang dia pakai…beg budak sekolah, harry porter lagik…tak silap aku depan dia tu pun bawa beg macam tu, tapi dia tak pakai dia pegang jer. dan kalau aku tal salah lagi..dorang ni warga Bangladesh kot..atau Nepal ke..atau yang sewaktu dengannya. Gile slumber jekan bawa beg cam gitu ke hulur ke hilir. korang rasa kalau aku bagi korang bawa beg tu, korang bawa tak dengan slumber macam lelaki ini…takyah korang la…aku bagi kat My Cinta pun belum tentu dia nak bawa..hahaha…MELAINKAN….okey…MELAINKAN…time tu korang ada bawa seorang budak…so, orang mesti kate..”oh, dia tolong bawakan budak tu punya beg” so..takdelah malu sangat kan kan kan..hehehe..

DSC04184

 ni time dah turun bas nak jalan masuk dalam parcel D…korang nampak tak lelaki kat dalam gambar ni…..saje je snap…hahaha..tapi sebenarnya aku nak cakap dia pakai baju besar dan seluar besar…semua nampak mengelebeh….seolah-olah dia ni dulu gemok..tapi dah jadi kurus…atau die pakai baju orang lain…dalam gambar ni tak nampak sangat lar…huhuhu…

itu je gambar yang aku amik…memory full…hehehe…

 okeylah….aku harap korang enjoy tengok gambar ngarut2 ni….dan segala kemaafan dipinta kepada mereka-mereka yang terlibat secara tidak langsung di dalam ini gambar…takde niat pun nak memalukan sesapa atau untuk sebarang keuntungan..sekadar untuk meluangkan masa aku sahaja…terima kasih!!!

apabila itu dinamakan kerja…

maka kerja la kan..takkanlah naik roller coster plak kan.

itu la, semenjak mendapat email dari Kak Ima, maka dengan itu wujud lah kerja mengadap pc seberapa lama yang boleh di office. kene check setiap nama sampai mata aku juling. kalau sesikit takpe..sebanyak yang mungkin plak tu. dahnya, sekarang puan Fazilah tu kata, minima satu hari untuks etiap orang adalah 500 nama…muahahha…kacang jer tu…!!

tak caya tanye Ain…kitorg dapat siapkan 1000 nama kan kan kan…ayong pun berjaya mendapat ranking tersebut. hehehe…itu belum tolak kalau tak main fesbuk, frenster, email dan lain-lain. tapi giler ko…kalau tak usik jadah-jadah tu semua…memang aku boleh mati kat situ. giler sunyi..dengan vendor-vendor kat dalam tu yang mempunyai keluarga sendiri..nasib baik ader earphone si Kamarul Ariffin. leh gak aku dengar lagu kat PC. kang pasang kat PC terus, ader jugak Pak Aji tu sound lagik sekali.

sunyi satu hal…mengantuk lagi satu hal. dan cara aku hilangkan ngantok dengan menyanyi lagu yang aku dengar secara perlahan ..kadang2 tak dengar lagu pun aku nyanyi…dan cara paling berkesan adalah mengunyah. pagi sahaja 2 bungkus kerepek aku dah ratah. bile lunch..perut dah penuh..lagi mengantuk…huhuhu

nama

aku baru habiskan satu file nama yang mempunyai lebih kurang 3000 lebih nama yang aku habiskan selama 3 hari….dan ada 2 lagi file menunggu.sabar ye nama-nama sekalian…akan ku sudahkan…

okla…jumpa lagi….

sekilas : skrg aku jarang updet yer….

Yeahh..dapat duduk sambil tido di dalam bas.

Assalammualaikum…dan selamat pagi!!

Alhamdulillah…pagi ini dapat aku bernafas seperti biasa dengan nikmat kurniaan Allah Taala. pagi ini masih sejuk seperti semalam dan semalamnya. Aku jugak datang ke stesen bas lebih awal daripada biasa. dapat duduk, malah banyak lagi seat-seat kosong.

semalam, pulang awal tetapi tidak begitu sedar dengan masa yang berlalu. jam 3 petang sudah punch card keluar. hurm, seperti biasa juga, menumpan Cik Ain kite. Mekasih ye Ain. Sampai sahaja di rumah, terus naik bilik, tukar baju…kemudian, bawa baju-baju kotor untuk dibasuh. teringat pulak pesan kak shila suh basuh baju anak-anak dia. sumbat je semua dalam mesin basuh. apa susah…bukan pakai tangan pun. Kemudian, duduk kat ruang tamu amik fon call mak. Macam dah lama je tak borak-borak ngan mak.

pastu, kemas-kemas rumah, sidai baju. Dah selesai je keje pastu Asar dulu, dalam kul 5 petang aku pi jemput anak kesayangan Suhaila dan Zaire kat Taska. huhuhu… suka betul Danial ngan Iskandar kalau aku datang amik dorang. pastu soalan cepumas dari Danial selalunya ni ” Mana kereta?” muahahaha…banyak duit mak bapak dia nak bagi aku kereta. jalan kaki jela…bukan jauh pun.

dari Taska lagi aku dah ader bau macam orang berak. sampai rumah, rupanya Iskandar yang berak. tak senonoh betul…Pi cuci berak dia, pastu terus mandikan dia. Lepas tu, Danial mandi sdn bhd. aku mengambil kesempatan untuk rilek2 chit chat dengan MyCinta di talian YM sambil ber’webcam’ hehehe…anak buah aku toksah citer lar..mesti mengacau. Danial siap cakap “Maksu kedekut” sebab aku tak bagi dia usik laptop aku. kalau reti main game tu takpela jugak. ini tak reti main…nanti menjahanamkan laptop aku jerk….

dalam kul 645pm kak shila pun balik….dan makanan berbuka puasa aku ialah Nasi Ayam. seingat-ingat aku lar, sepanjang aku duk rumah kak Shila ni..asik makan ayam jerk…..nasib lar ader keropok ikan..dapat jugak rasa makanan perasa ikan..huhuhu….

okey lar ciau….nanti aku updet lagik yer..

Sekilas : pagi tadi sahur telur goreng, roti ngan keropok ikan jer. boleh?

kesejukan melanda lagi di pagi ini

hari ini tak smepat dengar panggilan hangit kat hot fm sebab abg iparku itu sudah membawa kereta dengan lajunya menuju ke stesen bas. tapi, kerana kelajuannya itu, hari ini juga aku dapat seat..hehehe..tak payah lar aku berdiri sepanjang perjalanan menuju ke Putrajaya. Kaki pun tak sakit…

hari ini punch card jam 751 am…hurm…asik awal jekan..bila la nk lambat..hahaha…tapi hari ni tak tahu balik kul brape. tadi kul 9.00 am ada meeting pasal modul latihan untuk kami. Kata Kak Ena lepas ni bukan dia yang incharge kami tapi orang lain..tak tahu lar siapa. Tadi kak Shahima yang bagi penerangan tersebut tentang pemeriksaan kad pengenalan pendaftar.

lepas meeting tuh, disediakan makan pagi untuk kami…bukan rezeki aku lar tu sebab hari ini aku masih berpuasa. huhuhu…Esok hari last puasa..sabar ye…lepas ni leh gi brekfes / lunch dengan kengkawan ofis. hari ini juga, kak Shahima bagi id dan pasword untuk emel MOHR kami..tadi aku dah try buka..huhuhu..dapatlah email yang akak tu anta untuk meeting tadi..

dan pagi ini rasa sejuk bangat…sebab hujan kot kat luar…huhuhu…tadi nak datang ofis pun dah guruh di langit. smp Serdang tengok jalan dah basah…Agaknya sekarang tengah hujan..tak nampak luar..duk dalam bilik jer. Tapi dah standby payung, Kak Shila suh bawa. kang aku ni nak berjalan kaki ke stesen bas ke kan dah  basah..

Tadi My Cinta ada mesej cakap kelas dia kul 930am batal.huhu…tido lagi best. sian dia kene bangun awal2..aku plak jam 7 pagi dah mula menderingkan telefon dia. mana tidaknya..dia tak cakap pun hari ini kelas dia kul 930am. klu aku tahu jam 9 kot aku call dia. ari tu dia beriya cakap kelas ari-ari kul 730am..lepas ni awak kena bagi saya jadual lengkap ye sayang. memudahkan saya tidak mengganggu awak klu awak ader kelas nanti.

sekilas : aku dah teror main solitaire tau..hahaha