sekilas
a simply life

menjelang tahun baru moden

assalammualaikum semua…

jarang sudah aku mengupdatekan blog aku.

rasa hampeh jer 2-3 hari ni sebabnya loan tak masuk lagi dan terpaksa meminta-minta kepada ibu bapa.huhuhu…

nampaknya semster baru telah bermula, cuma kelas je tak start lagi ni sebabnya asik cuti jer, ari tu cuti awal muharram, esok cuti 1 jan plak…

dan rumah ni pun dah tak amcam dulu…aku bertiga dengan ila dan julie masih seperti dulu..tapi perhubungan kami dengan 2 rakan serumah lagi mungkin tidak seperti dulu.

aku pun tak pasti adakah mereka akan terus menghuni di sini atau tidak..

maka terima jela keadaan yang berlaku…pembahagian barang2 rumah telah dilakukan..

malah ada insan yang telah mengangkut barang2 dia masuk ke dalam bilik..

sedangkan banyak lagi barang dia kat luar ni ha..apa pasal dia tak bawa masuk skali? kan lagi puas hati..kui kui kui…

takpela, aku pun takde masalah sangat. malsa rasanya nak amik tahu hal2 macam ni lagi. masing2 buat hal sendiri lagi baik, tak mengganggu, tak menyusahkan sesiapa pun. janji kami bertiga masih senyum dan gembira. sebab kalau ada yang bermruam dan sedih…itu mereka punya pasal.

esok tahun baru moden..maka ramailah nanti anak2 muda berpusus2 ke dataran, klcc dan banayk lagi tempat. aku tak tahu perkembangan untuk malam ni adakah kerajaan akan berhabis berjuta-juta lagi duit untuk menghasilkan bunga api, mengadakan konsert dan sebagainya yan gmungkin melalaikan anak-anak muda mahupun yang dah tua bangka.

aku memang terperap la kat sini…dah beberapa tahun aku tidak pergi ke pesta-pesta macam tu untuk melihat bunga api. kalau time skolah dulu mungkin menjadi acara wajib kepada aku dan rakan-rakan.

masih ada kerja lagi yang tertangguh…

tesis bab 2 perlu diserahkan pada En. Norman 2 Jan..dan pada penyelia aku tak apsti camne.

alhamdulillah aku dah siapkan..ada satu perenggan je nak kene touch up sket..itu just nak bagi en. norman jer. kalau kat penyelia kang..mau banyak kene tuakr nanti. huhuhu..itu pun berdasarkan pengalaman budak2 ni la kan.

then, aku kene siapkan skrip untuk remy…aisey..aku malas sebenarnya.

taip blog lagi best dari taip skrip yang perlu pikirkan idea sendiri, memikirkan jalan cerita, konsep durasi dan sebagainya…tak best langsung…

terfikir kata Azmir, “kenapa korang tak pernah deal hrga skrip eh” aku terdiam tak tahu nak kata apa.

entah, dulu2 aku pernah tanya harga bayaran skrip…tapi sekarang aku rasa kalau ada bayaran pun dah cukup bagus.

bukan lah kata aku tak kisah, tapi bila berdepan dengan makcik and pakcik aku terkedu…rasa kecik jer aku ni.huhuhu..patut tak aku rasa macam tu.

ermm…pasti ramai yang sekarang ni menyenaraikan azam-azam baru..atau mungkin azam lama masih tersenarai lagi dalam list mereka untuk tahun baru 2009 ni…

aku tak menaruh sebarang perkara baru…cukuplah sekadar aku berazam untuk berubah menjadi lebih baik dari tahun ini…

banyak perkara-perkara buruk dari yang baik berlaku sepanjang tahun ini. harapan aku agar segalanay dapat dilupakan dan dapat memberi pengajaran pada aku kelak. jangan lagi leka kepada dunia..cewaahh!!!

semoga anda smeua juga berjaya merealisasikan impian dan azam anda selama ini…

aku berharap kita masih lagi mampu menghirup udara ini dan menggunakan segala nikmat dariNya…

SALAM MAAL HIJRAH dan SELAMAT TAHUN BARU 2009

 

sekilas : dah 2 malam berturut aku mimpikan Atie…apa maknanya yer?

One Response to “menjelang tahun baru moden”

  1. tu tandanya dia nak pergi..hehe kn dia da pergi..wakaka


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: