sekilas
a simply life

Hari yang baik dan ada satu soalan.

Assalammualaikum dan selamat pagi bagi yang bukan Muslim. Sekarang aku dah ada kat office, dengan cuaca suam2 kuku..tak sejuk sangat dan takdela panas kan. Waktu naik bas tadi, aku lewat banyak sebab akhirnya aku kena berdiri bersama beberapa orang yang dah berdiri dulu sebelum aku. mata meliar cari orang-orang yang duduk dengan tekaan sendiri, “japgi mesti dia turun”.

LAst-last berdiri depan seorang perempuan yang sedang duduk dan sibuk bergayut di telefon. PAstu, sebelah dia…ader seorang Mat..not sure, Bangladesh or India. tp more tu warga asing la kot. Agaknya Mat ni dok perhatikan aku yang berdiri tak betul lagi-lagi time bas tu break..aku dah tersenget-senget. mahunya tidak, beg yang aku sangkut kat bahu ni berat. aku satukan dengna kain telekung dan file yang berat tu. PAstu aku bawa satu paper beg besar sket untuk brooch kakak aku untuk dijual di office (syyhh…jangan bagitahu orang). LAst-last Mat ni bangun dia suh aku duduk..hahaha..wut a lucky day my friend…and thank you for the seat…itu akta aku sebelum aku turn bas kepada Mat itu..hehehe..muke dia biasa je…macam takde perasaan pun. but thanks sangat2..jarang la orang nak bagi aku duduk. aku plak yang rasa malu. maybe ader orang lain yang lbih memerlukan seat tu, tapi aku yang dapat. Tapi, aku antara yang bertuah lar arini..huhuhu..

Aku ader satu lagi topik yang ingin diperkatakan di sini. TAkdela penting sangat pun. Aku sekadar memberi pandangan dan memerlukan pandangan juga dari korang. lagipun, ini kan blog aku…aku punya suka la nak tulis ape. kalau korang rasa ade panduan yang leh diikut, ikutla..klu salah jangan lah ikut…sebab aku tak jamin apa yang aku tulis ni betul (mungkin aku ni penipu atau aku saja reka-reka cerita kan kan kan).

Okey…nak citerla…semalam, aku ternampaklah akak aku ni basuh kain…sidai kain…pastu angkat kain…dan lipat kain yang dah seminggu terbiar. sebab-sebabnya balik keje penat…then nak melayah karenah 3 hero nya yang nakal2 tu. Pastu sampai malam gosok baju untuk seminggu direct, mudah la kan nanti men capai je baju nak pakai.

So, pernahlah satu hari sebelum2 tu…kira dah lama jugaklah. aku terdengar kakak aku ni tanya pada suami dia. Time tu dia macam merungut sendiri lar..dia kata “alahai..malasnya nak gosok baju” pastu aku dengar dia tanya. “Kenapa abang tak gosok je baju abang sendiri? Asyik ayang je gosok. Cuba Abang plak gosok”

Sungguh itu je yang aku dengar. time tu aku on the way nak naik bilik kot. dah sah-sah aku tak tahu apa jawapan yang diberikan oleh abang iparku itu. Korang agak-agakla..apa jawapan dari dia…hmm…itu yang korang rasa la kan…ini yang aku rasa..maybe dia jawab camni “Lar, apa guna ader isteri kalau abang kena gosok baju sendiri”. Aku tak kata itu jawapan dari abang iparku itu. aku agak je…huhuhu

Korang pernah dengar tak dialog-dialog macam ni daripada kengkawan ke atau mak-mak kita ker :

1. Ko ni bila nak kahwin? dah tak terurus dah hidup kau ni. Kalau ader isteri boleh juga uruskan diri kau ni.

atau

2. Mak ingat elok lah kau kawin lagi, Mat. Sian mak tengok anak-anak kau ni. boleh juga ader orang nak tengok-tengok kan dorang ni. nak harapkan kau…kebulurlah budak-budak ni.

atau

3. Tu la…orang suh kawin takmo. ko tengok hidup ko ni, makan pakai ntah ke mana. kurus je aku tengok. kalau ader isteri, semua tanggung beres…

dan lain-lain yang sewaktu dengannya…

jadi, sebenarnya kenapa seorang lelaki itu berkahwin? kerana mereka memerlukan seorang isteri yang dapat menguruskan rumah tangga daripada makan, pakai, kewangan (maybe), pendapat, luahan perasaan dan juga seks (menghalalkan yang haram).

pernah jadi atau tidak, tapi mungkin ader rutin harian seorang isteri seperti ini.

: Bangun pagi seawal 5 pagi, untuk memasak bagi anak-anak yang bersekolah. Suami masih tidur.

: Pukul 6.oo pagi kejutkan anak-anak suruh mandi. Terjerit-jeritlah si ibu memanggil seorang demi seorang (bagi kes yang anak ramai la).

: Kejut suami pula yang liat bangun.

: selesai sembahyang, hidang makanan dan bersiap-siap pergi kerja jam 630 pagi nak kejar masa supaya tak terperangkap dalam jam. Tapi, suami duk berlengah-lengah lagi (padahal dah bangun lambat ni, bagi kes isteri yang turut sama bekerja)

: Lepas tu, balik jam 5. tunggu suami datang jemput. (kes ini serupa, masing-masing penat bekerja kat office). jemput anak-anak kat sekolah/taska/dsb. Sampai rumah sekitar jam 630 petang.

: Memasak (bagi yang rajin masak), hidang makan…selesai sampai maghrib. Isteri basuh pinggan bersihkan dapur. Suami rilek-rilek jap kat kerusi sambil tengok tv. Anak menangis, bergaduh…suami buat tak reti. Isteri selesaikan. (bagi suami yang kepenatan, rasa macam tak larat je nak setelkan anak-anak).

: Lepas tu, suami masuk bilik mandi selesai solat kuar tengok tv plak. Isteri basuh baju, kemaskan rumah yang bersepah sebab anak-anak bergaduh tadi. Tengok tv jap bersama suami. Kul 9-10 malam..mata dah rasa mengantuk…Pi gosok baju keje (untuk yang gosok hari-hari), Bagi si kecik makan itu makan ini (layan anak). Suami tolong buat susu anak-anak…Si isteri naik atas tidur awal….Suami masih menonton tv..dan buat kerja-kerja office (kalau bawa balik la)…

dan esok pagi…macam tu jugak…

Baik, begitula tugas isteri…kerana itu tujuan lelaki berkahwin. untuk dijagai dan diuruskan dari A-Z. Memang di dalam agama kita pun, Islam mewajibkan si isteri untuk melayan suami sebaik yang mungkin dan menguruskan rumahtangga agar bahagia. Tetapi, apa pula tujuan perempuan berkahwin?

Untuk mendapatkan seorang lelaki yang dapat melindungi, memberi nafkah zahir dan batin, tempat bermanja, meluahkan rasa dan pendapat. Bagi kes isteri yang tidak bekerja, ia akan merasakan kesemua itu dengan sempurna, sebab dia akan uruskan rumah, tunggu suami balik. tiap-tiap bulan dapat duit untuk rumah..sian kat suami balik keje penat2. kena layan suami macam raja.. bagi kes isteri yang bekerja, mereka terpaksa mendoublekan tugasan mereka.

aku tak kata salah isteri bekerja…aku tak kata salah isteri uruskan rumahtangga kerana itu sudah menjadi tanggunjawabnya. Tetapi, apakah peranan suami yang sebenar? (ini namanya soalan yang memerlukan jawapan, bukan kritikan)

aku sekadar ingin tahu…terima kasih!

sekilas : tak dapat memberi pandangan yang lebih sebab aku masih belum berkahwin.

4 Responses to “Hari yang baik dan ada satu soalan.”

  1. nila tek boleh komen byk sbb tempat ni pun sempit, byk juge kesalahan yg norfa sebut, dan yg halal tu tetap halal, yg haram tetap haram, bab seks tu bukan haram atau halal, ia berkaitan dgn ikatan yg sah, jika ikatan tu sah, ia halal takde yg haram, kalau yg tak sah, buatlah apew pun ia tetap takleh jadi halal melainkan haram..tu satu, no 2, nila pnah gak duk umah luar, dgn org yg dah kawen, husband n wife keje, yg bestnye, husband naik motor,cabuk,wife naik honda, kata suami lebih selamat, duit siapa? jgn tanye, jarang2 kita tgok wife naik motor, kalau ader, tak praktikal,siapa ckp kaum kita bw motor cpt? dh la lambat, bahaya lagi,nak bersaing2 dgn penunggang lelaki yg laju mcm pelesit kudung, baik naik bas, lebih jimat lebih cepat. no 3, contohkan kaum cina, sewaktu berjalan2, kmana2 pun, dgn isteri dan anak2, suami dia nauzubillah huminzalik, dgn tak sikat, serabai, pakai suar pendek baju pagoda,jgn sorang2 sementara anak isteri dah ln ke depan, isteri dia? kasut brand nine west, beg LV muke cantik tak mcm dah anak 3 rambut gerbang terbang2 warna karat ala paris hilton, jgn catwalk pegang anak2 yg baju semua branded. adakah org kite begitu? kalau ye, knpa smpai camtu abg? sbb nak jaga isteri ke? alahai…
    kesimpulan nye, norfa perlu lihat lagi jauh, tak semua org lelaki baik terhadap isteri atau bertangungjwb slps berkahwin, tp ade juge yg masih mencurahkan taat setia smpai diri pun dah tak mcm org..kesian si lelaki, bukan nak banned kaum sndiri tp tepuk dada tanye hati, di dunia masih ader suami yg boleh di harap. .norfa bagaimana?

  2. owh, sambungan cerita nila td bersama si suami isteri yg bertoleransi,ahaks.. si suami memang mengidamkan moto yg baik sikit dari motor dia yg dah nak roboh tu..jadi baru2 ni nila singgah la umah dia di hujung bandaraya,skrg dgr2 si suami dah pakai bigbike harga teres 2 tingkat dan si isteri stil pakai honda tp yg paling baru dgn harga ratusan ribu, pengajarannya? si suami dpt mengekalkan impiannya sambil berjasa kepada si isteri dan si isteri juga dpt pergi balik kerja dgn selamat! pengakhiran cerite dia org membuatkan nila blk dgn rase sgt terharu, kan baik kalau semua suami2 se melaysia mcm tu?

  3. ader betulnya apa yang nila cakap..kalau dapat suami macam tu, tengok isteri pulak yang tak ebrtimbangrasa…sanggup tengok suami selekeh sebab nak bergaya.

    Tapi, tang isteri naik kete besar dan suami naik motor cabuk itu norfa suka. sokong sangat2…memang suami takkan bagi isteri naik motor, membahayakan katanya.

    yang pastinya, kadang2 kaum hawa ni tak nampak pengorbanan suami…dorang hanya ingat dorang je berkorban. thanks!

  4. ..sesetengah suami mengatakan ‘ABANG CARI DUIT JEE UTK ANAK2.KEJA2 RUMAH N JAGA ANAK..2 KEJA AWAK LA’..suami apa eh cam ni..geram btl dgn suami mcm ni..pas 2 tak prihatin langsung dgn family..n yang paling menyakitkn hati bla c istri membebel sikit..’JANGAN BANYAK CAKAP LA.. AKU TAK DE HUTANG DGN FAMILY KO..AKU BAYAR KO CASH TAU’.Macam mana nk menghadapi suami spt ini?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: