Enak – Makan – William

alhamdulillah…rezeki daripada Allah SWT. kami enak menjamu selera di William Kelana Jaya…

Marilah menjamu selera di sini..(maaf tiada entry yangmenarik) enjoy the picture… =)

dsc_0085

Hidangan sudah sampai….Chicken Supreme!

dsc_0091

Posing be4 makan! baca doa makan dulu…

dsc_0098

makan time…enaknya menjamu selera..nyum nyum nyum

dsc_0115

muka kenyang..nggeeee~~~~~ Alhamdulillah.

dsc_0090

Ouh mereka juga menikmatinya…sedap wooo!!

dsc_0223

KAMI ~~~ Attila, Norfa, Anira, Julie

Sekilas : masih terbayang-bayang kemalangan yang kami lihat semalam ketika menuju ke DAtaran Shah Alam, mangsa mati dalam keadaan mengerikan…! Tak sempat snap gambar kerana rasa terkejut dan kemudiannya rasa loya…

bantu saya capai cita-cita

Seorang guru tadika sedang memupuk
rasa percaya diri kepada pelajarnya-
pelajarnya. Guru tersebut meminta
mereka untuk memperkenalkan diri
sekaligus memberitahu tentang cita-
cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya
Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya
ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah
saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq
dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa
lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk
di tepi berdiri dan berkata, “Nama
saya Noni binti Samad. Kalau besar
nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga
dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga
merupakan cita-cita yang mulia. Siapa
lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman
bin Leman, bila besar nanti saya
bercita-cita untuk membantu Noni
mencapai cita-citanya…”.

Hari ini sangat sedih =(

Maafkan saya…mungkin saya bersalah. tapi, saya telah mencuba yang terbaik.

Kepada blogku yang setia…

Hari ini aku bertemu dengan Encik itu, dalam keadaan hati yang berdebar2, aku tiba seawal jam 9 pagi di depan biliknya. Membawa satu harapan agar Encik itu menerima kerjaku ini dan mengambil kira progress aku. Sebenarnya sejak semalam apabila aku dapat tahu tarikh akhir melihat progress itu adalah semalam jugak. aku terus sedih..dan sedih..dan sedih…

aku telah meletakkan harapan tinggi terhadap perkara ini. tapi, sayangnye kemusnahan itu terjadi jugak. Mungkin ada hikmahnya. Encik itu kata, aku tak tunjuk satu progress pun. oh blog ku yang setia…adalah salah kata-kata dia itu….sedangkan aku telah tunjukkan storyboard…dan aku telah tunjukkan model karakter aku pada dia. adakah dia lupa wahai blog??

Aku tergamam…tatkala itu aku membalas. aku telah menunjukkan storyboard tersebut. tapi time tu, kau tahu jela blog…aku terlupa cakap aku dah tunjuk model karakter yang aku bawa dalam kotak speaker milik Julie. Dan last Friday, aku jadi sangat bengang apabila, rakan-rakan tidak memberitahu aku kelas itu batal…(dan aku juga tidak mengambil iktibar akan perangai budak2 kelas itu) ..akhirnya, ini yang terjadi. aku lewat menghantar progress.

Aku tak terdaya nak melawan kata-kata Encik itu. Maklumlah..dia pensyarah..siapalah aku? aku berusaha jugak untuk medapatkan markah progress ku itu. dengan memberi kata-kata yang kebiasaannya buat orang yang terlewat hantar…huhuhu..tapi katanya, daripada 4 progress, hanya 2 sahaja akan diambil kira. lagi 2 sah2 burn…20 markah untuk progress ini. tapi aku gagal untuk mendapatkannya.

Wahai blogku yang setia,

ketika aku melangkah kaki keluar dari bilik Encik itu, air mata aku terus jatuh menitis. oh sedihnya…sedih kerana aku gagal mendapatkan yang terbaik untuk diri aku. (kesilapan aku kerana tidak terus peka dan tidak rajin) ..aku sedar…kerana itu, aku tidak berdaya melawan kata-kata Encik itu. walaupun hati aku sangat sedih, aku terpaksa redha..My Cinta kata, “takpela, dah lepas dah pun” yee….tapi, aku sedih..waaaaa…=(

Oh blogku,

aku berharap, untuk final ini aku mendapat markah yang sewajarnya (kalau bagus, bagi banyak la markah, kalau tak, takpela bg sikit) aku pasrah….

sekilas : padan dengan muka aku!!

Satu hari yang sengal

ehem..ehem…

hari ini hari yang sangat sengal. satu hari ini aku rasa malas tahap cipan dan terasa macam nak memaki hamun orang jer. walaupun begitu, aku tidak dapat berbuat demikian. tekak yang perit, hati yang marah terperap begitu sahaja.

baru sahaja membuka blog, ade plax comment dari orang yang nak ajak aku wrestling!! adoi la…sah2 aku kalah..!! mana taknye..aku mane ader geng…aku tak popular, dan takde sape yang akan tlg aku kalau aku kene lanyak!! dan aku tiada pengalaman untuk wrestling dengan orang…hahaha…mungkin aku terlupa nak tulis “maaflah kalau ada sesiapa yang terasa mengenai tulisan aku itu”.. jadi ada insan yang terasa dianiaya dan terus melenting terhadap aku…ia sekadar tulisan dan pendapat peribadi aku!! terima kasih.

wuteva, maki hamun aku bukan sebab comment tersebut..tapi maki hamun aku hari ni sebab benda lain. sebab aku tak dapat nak buat keputusan dengan sendirinya…dan aku rasa aku telah di menjadi orang yang kehilangan arah dan tiada tempat untuk berpaut.

satu hari ni, memang rasa macam teruk sangat life aku…huhuhu!!

sekilas : biasalah, tidak semua orang suka akan diri kita! kebanyakan orang yang tak suka itu akan sentiasa mencari kesalahan orang lain. kadangkala, orang itu tidak sedar akan kesalahan sendiri! Aku tidak terkecuali….

loser…

aku rasa cam nak hit sumone jerk…

Badabing…badabang..badaboommmm!!

wut the F***

i just hate myself rite now!!..feel like loser..

Sekilas : terkadang kita tidak dapat mengawal rasa marah itu, jangan ditanya kenapa?

Sekitar tayangan perdana 3BM

 

jam 825pm, aku dan Satilah bersiap-siap untuk ke fakulti bagi menyertai tayangan perdana 3 Budak Melayu…Kebetulan Anira baru balik, kitorg ajak die pegi sekali.

tayangan tersebut lambat start sebab masalah ‘teknikal’ yang dinyatakan oleh seorang perempuan yang ‘prasan’ bagus. masalah teknikal tersebut tiada masalah dengan aku. tapi, minah tersebut yang bermasalah….setahu aku, minah ni merupakan salah seorang daripada kumpulan yang terlibat dengan 3BM ni..kirenya dia pun amik jugakla kursus yang sama…masalahnya minah ni bersuara seolah-olah dia tu takde kaitan dengan kumpulan tersebut setelah orang ramai ‘boo’ kat sebab tayangan lambat bermula.

apa yang jadi masalah sangat minah ni cakap “maaflah saya cuma emcee je, saya tak tahu apa2”

hello cik kak!! ko dah la duk depan tu mewakili group ko…tapi ko cakap seolah-olah nak lepas tangan dari masalah yang berlaku…group la group….ko tak kesian ke kat kawan-kawan yang resah gelisah kat luar tu memikirkan kedatangan 2 orang penting untuk filem ko ni….ko kat dalam ckp tak tahu apa2…dan buat statement “sy cuma emcee je” ….boleh blah laaaa…..

satu lagi masalah aku dengan minah ni….salah ke kalau aku cakap “ala, korang krew takyah la bergambar kat sini” ….dan ko balas balik “sepatutnya penonton yang tak perlu bergambar kat sini” …ini aku memang nak cakap ko ni bongok!!…ape guna ko buat stage comel tu siap tampal poster..kalau bukan nak bagi orang bergambar kat situ..??? korang yang sebagai krew tu, waktu benda alah tu dibina pun boleh bergambar kot…aku takde msalah pun dengan orang lain…tapi minah ni yang bermasalah agaknye…krew lain ilek je!!

aku pun takde masalah untuk hal bergambar tu..just mulut minah ni cakap macam tak berfikir dulu….arini memang ramai la orang yang kene bongok ngan aku…dengan budak-budak kelas pagi tadi yang macam p***t…pentingkan diri tahap bongok….huhuhu…sorry yer semua!!

sementara menunggu tayangan bermula…aku dan rakan-rakan just snap2 gambar jer untuk isi masa terluang..huhuhu…

stage ni la yang minah tu kata "sepatutnya penonton yang tak payah bergambar" -- wekk!! ade aku kisah.
stage ni la yang minah tu kata “sepatutnya penonton yang tak payah bergambar” — wekk!! ade aku kisah.
antara krew 3 BM -- kesian kat dorang..penat ni!
antara krew 3 BM — kesian kat dorang..penat ni!
my friends...
my friends…
oh kawan lagi..huhuhu
oh kawan lagi..huhuhu
Bersama Ridset n Cici
Bersama Ridset n Cici

Tayangan bermula sekitar jam 11 malam…dan berakhir lebih kurang jam 12 ….

sedikit cakap kosong dari aku huhuhu :

1. filem ni mempunyai banyak unsur sindiran terhadap sesetengah individu seperti Razak Mohaideen, Rushdi Kubon, Farid Kamil…. —- ini pada pandangan aku la….kalau korang tak setuju…ade aku kisah?

2. disebabkan penulis skrip (maybe) terlalu ingin menyampaikan semua perkara, jadi dialog Sarukhan tu terasa agak membosankan untuk bercerita tentang filem apa patut dihasilkan…mungkin pengarah tak mahu masukkan scene ni kot..tapi dah ader dalam skrip…kenela ikut kan…(nama pun under subject)

3. Voice over terlalu …… apa patut aku cakap eh…erm, maybe aku rasa tak sesuai sangat dengan nada suara Epol yang tinggi…patut dia perlu bercerita dengan lebih bersahaja. ia kelihatan seperti sengaja untuk ditekankan untuk memberi mood pada VO tersebut..sorry, ia nampak tak menjadi.

4. filem ni best sebab pengarah dia Mamu..hehehe…dia ader style pengarahan tersendiri. Maybe Hassan Muthalib rasa gaya pengarahan itu tak sampai pada tahap-tahapnya. ada la 2-3 perkara yang pengarah terlepas pandang…tapi, dia dah buat apa yang dia mampu dengan masa yang sangat suntuk…

5. Aku suke usaha 3 orang sahabat ni untuk mendapatkan duit supaya dapat buat filem. bila mamat dadah tu datang nak pau Epol rasa best sebab ia buat aku rasa suspen…mamat dadah ni macam tahu-tahu je Epol tu baru dapat duit..aku suke bila tiap kali Mamat dadah ni muncul tak kira masa dan tempat..nampak klaka plak…

6. Watak Radhi Khalid tu kalau takde pun takpe kot time Epol ngan Zuren gi minta derma kat rumah aunty tu. aku just tak nampak ape kepentingan dia…tapi kalau Radhi Khalid bawa watak Sarukhan tu..aku rasa lagi okey kot..

7. aku harap pensyarah dapat bagi yang terbaik untuk apa yang dorang dah bersusah payah dan berpenat lelah menghasilkan benda alah ni…terutama pada mereka yan terpenting sampai tak tidur malam dan terabai perkara-perkara yang lain..

Good luck for you all yang terlibat….peace!

sekilas : isi yang atas2 tu memang tuju terus kat minah tu…terima jela yer…itu yang berlaku, aku cakap. yang lain sekadar pendapat….TQ