sekilas
a simply life

Lihat sahaja perbezaan yang mungkin berlaku.

kadang-kadang aku terpikir juga, bagaimana jika satu-satu kesalahan yang diletakkan dibahu si wanita…diletakkan pula dibahu si lelaki. dalam masalah yang hampir sama tetapi mungkin situasi yang berbeza. yelah, kalau dilihat zaman sekarang ni (zaman dulu aku tatau la sebab aku tak pernah mengerti erti hidup lagi) bila wanita itu dihadapkan dengan satu-satu masalah yang tak boleh dimaafkan, lelaki akan berdendam habis-habisan…malah mengungkit-ungkit bagaikan tidak pernah bosan bicara masalah yang sama. tetapi, kalaulah lelaki yang menghadapi masalah tersebut…wanita cuba memahaminya tetapi wanita juga yang dipersalahkan kerana dianggap merendah-rendahkan maruah lelaki. oh tidak…dunia-dunia. maaflah kepada kaum-kaum lelaki di sana…aku bercakap pastilah bagi pihak wanita. tetapi, masalah yang ku lihat ini benar-benar membuatkan aku tidak boleh menjangka apa yang sebenarnya difikirkan oleh setiap lelaki ketika menghadapi masalah.

**********************************************************************************

Percintaan yang terjalin di antara Musliha dan Shamsul baru sahaja mencecah 3 bulan. tetapi, percintaan mereka dilihat sangat suci dan bersih kerana mereka tidak seperti pasangan lain yang berpegangan tangan mahupun berpelukan. Musliha berpegang teguh kepada ajaran agamanya agar menghindari daripada perbuatan-perbuatan yang menjurus ke arah kemaksiatan.

Hati lelaki pastinya tidak keruan kerana melihat si gadis dihadapan mata, cantik, ayu dan sopan. Namun, Shamsul juga seperti Musliha yang ingin memiliki secara sah tanpa sebarang perkara yang memalukan. Biarpun Musliha bukanlah dari keluarga yang warak, tetapi dia sendiri dapat membezakan baik dan buruk tiap-tiap perbuatannya.

Shamsul sedar, biarpun setiap kali bertemu Musliha dia perlu mengawal nafsu dihati namun bisikan syaitan itu kadang-kala benar-benar menggugat imannya. Akhirnya, Shamsul sendiri datang berjumpa keluarga Musliha untuk meminta izin dari mereka agar dapat disatukan dua jiwa itu.

Tiada apa yang dapat menggembirakan hati kedua-dua keluarga apabila melihat anak mereka akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Mereka berdua hidup gembira malah jarang berlaku pertengkaran di antara mereka. Shamsul begitu beruntung memiliki Musliha yang begitu bertanggungjawab sebagai seorang isteri dan melayaninya ibarat seorang raja. Kadang-kala salah faham antara mereka hanya meledakkan hati Shamsul sebentar sahaja dek kerana Musliha begitu cermat untuk menjaga hatinya sebagai suami. Itulah Musliha di mata Shamsul. Seorang isteri yang dilihat begitu cantik peribadinya.

Selepas mereka dinikahi, Shamsul mengambil keputusan untuk tetap menetap di rumah ibunya, Puan Khalsom kerana bimbang ibunya yang tinggal sendirian tanpa suami yang telah meninggalkannya 3 tahun lalu. Bagi Musliha, di mana kegembiraan sang suami, di situ jugalah dirinya akan berada menemani. Tiada bantahan dari Musliha, malah hubungannya dengan mertuanya itu begitu baik sekali.

Setahun perkahwinan mereka, namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahayamata. Setiap hari Musliha berdoa kepada Allah agar diberi kesabaran yang tinggi untuk menanti detik itu. Dan di dalam tiap-tiap doanya tidak pernah sekali Musliha tinggal untuk menyebut nama suaminya agar sentiasa dilindungi dari sikap yang dapat meruntuhkan rumahtangganya. “Ya Allah, aku mohon Kau kekalkanlah kebahagiaan ini. Jauhkanlah sifat-sifat marah, cemburu, dan dendam dalam dirinya yang dapat merosakkan hubungan kami.” Biarpun, kebahagiaan seperti itu yang diimpikan oleh Musliha tetapi jauh di sudut hatinya, dia bimbang sekiranya suaminya itu berubah laku dan memberi kesan kepada kebahagiaannya itu.

Suatu hari Musliha merasa tidak sedap badan. Bangun paginya lewat daripada selalunya. Puan Khalsom melihat perubahan Musliha. Menantunya itu muntah-muntah di dalam bilik air. Malah, bau masakan kegemarannya pun dikatakan meloyakan. Daripada pengalamannya, Puan Khalsom mengagak Musliha sudah berbadan dua. “Mungkin kamu ni mengandung, Liha” Musliha tersenyum malu dihadapan mertuanya. Dia mengucap syukur jika benar tekaan itu.

Tanpa berlengah lagi, Musliha keluar untuk menemui doktor bagi mendapatkan kepastian. Pulangnya Musliha, jelas terpancar diwajahnya kegembiraan yang dinantikan selama ini. Dia memeluk Puan Khalsom dan mencurahkan segala rasa dihatinya ketika itu. Alangkah bahagianya melihat Musliha begitu. Tetapi, wajah mertuanya itu bukan sepertinya. penuh rasa bersalah dan kerisauan.

“Kenapa ibu macam tak gembira bila tahu Liha mengandung?” soal Musliha dengan hati yang gusar. Salahkah sekiranya dirinya ingin memiliki cahayamata sendiri. Tidakkah ibunya itu teringin menimang cucu?

“Ibu mana yang tidak gembira Liha bila mendengar perkhabaran ini. Tapi, ada sesuatu yang kamu perlu tahu dan ibu takut ini akan merosakkan hubungan kamu dan Shamsul.”

Musliha mengerutkan dahinya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apakah yang dimaksudkan oleh mertuanya itu? “Ibu, kalau ia berkaitan dengan Abang Shamsul, Liha bersedia mendengarnya.” Di dalam kotak fikirannya hanya satu. Pasti Shamsul sudah beristeri dan dia tidak mahu anak ini. ‘Ah, aku terlalu berprasangka terhadap suamiku sendiri. Shamsul suami yang baik. Tak mungkin dia akan sembunyikan hal seperti itu daripadaku.’ Musliha menyedapkan hati sendiri.

“Setiap orang mengimpikan untuk memiliki anak sendiri. Begitu juga Shamsul. Tapi, mengetahui berita ini pasti akan memberi kejutan luar biasa pada dia. 2 tahun yang lalu, Shamsul terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya yang sangat dashyat. Kemalangan itu telah menyebabkan ia luka teruk dibahagian dalaman badannya. Doktor telah mengesahkan dia tidak dapat menghasilkan zuriat kerana dia mandul.”

Ya Allah…! hanya itu yang keluar dari mulut Musliha. Dia terduduk dan cuba mengawal perasaannya. Kenapa dia tidak tahu akan hal ini? Mengapa Shamsul sembunyikan daripadanya? Tidak…anak ini anak kami berdua. Pasti Allah ingin menduganya dengan ujian seperti ini.

Musliha cuba menarik nafas panjang dan mula bicara, “Tidakkah berita ini dapat menggembirakannya? Keajaiban telah berlaku. Mungkin sekarang kalau Abang Shamsul berjumpa doktor, hasilnya membuktikan dia sebenarnya tidak mandul kan?” Dia senyum memandang mertuanya.

Anak ini benar-benar bermakna buat dirinya. Jika bukan benihnya Shamsul, siapa lagi yang pernah menyentuh dirinya.

“Bukan seorang doktor yang mengatakan demikian. Malah, kami sendiri telah membawa Shamsul berjumpa pelbagai pakar untuk mengubati keadaannya. Tetapi, hasilnya tetap sama. Dia mandul. Dia menjadi malu untuk berdepan dengan hakikat itu. Ibu pasti, Shamsul tidak akan percaya perkara ini”

Musliha cuba menenangkan dirinya sendiri. Walaupun begitu, dia tak mahu ibu mertuanya itu melihat kegusaran yang bersarang dihatinya. “Itu ibu tak perlu risau.” Ringkas dan dia masih mampu tersenyum.

Ketika berita itu disampaikan kepada Shamsul, tiada reaksi daripadanya. Musliha cuba menduga hati Shamsul. “Abang, tak gembira ke tahu Liha dan mengandung?” . Diam.

“Baguslah, kalau Liha gembira. Abang takda apa yang ingin dikatakan. Tahniah!”

Malam itu, Musliha terus bertanya Shamsul mengenai apa yang disampaikan oleh mertuanya. Dia cuba memujuk Shamsul untuk berjumpa doktor agar memeriksa keadaannya. “Liha, nak abang dimalukan lagi. Liha nak orang semua tahu yang abang tak boleh berikan Liha zuriat. abang ni mandul? ” Tengking Shamsul.

“Tidak! Abang tak mahu dimalukan lagi. Cukuplah abang tahu kenyataan itu dan abang tak akan berjumpa doktor lagi”

“Tapi, anak ini anak kita bang. Liha pasti abang tak mandul. Ini buktinya.”  Musliha meraba-raba perutnya dan memandang tepat ke arah Shamsul sambil meminta simpati.

“Itu bukan anak abang. Sekarang abang nak Liha berterus-terang. Anak siapa sebenarnya dalam perut Liha tu? Apa Liha buat masa abang takda? Pergi menyundal?”

Astaga…Musliha mengucap panjang. Tidak pernah dia menduga Shamsul akan menuduhnya seperti itu. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Wanita sepertinya tetap sama dengna yang lain. Dia tidak cukup kuat menghadapi tuduhan itu. Dia begitu sayangkan Shamsul dan berusaha menjadi isteri yang solehah di mata suaminya. Biarpun begitu pedih hatinya dituduh demikian, Musliha berusaha memulihkan ketegangan itu.

“Demi Allah, Liha tidak pernah bersama sesiapa kecuali abang. Abanglah orang pertama yang ada dalam hati Liha, dan abang jugalah yang menikmati semua keindahan milik wanita ini. tiada orang lain! Liha minta ampun, kalau permintaan Liha tadi mengguris hati abang. Kalau abang tak mahu berjumpa doktor, tak mengapa. Liha akan tunggu sehingga anak ini lahir untuk abang. Liha yakin, abang tak akan mensia-siakan Liha”

Shamsul menarik selimut dan baring memalingkan muka dari Musliha. Musliha memandang suaminya dan menarik nafas. ‘Ya Allah, Kau tabahkan lah hati hambaMu ini’

Sudah 9 bulan Musliha bergelar janda. Ketika dia sedang hamil 3 minggu, Shamsul nekad menjatuhkan talak ke atasnya. Dia berharap, kelahiranya bayinya ini akan membuktikan dia tidak bersalah. Musliha redha dengna ketentuan Illahi. Tatkala dia menghadapi masalah ini, keluarganya juga tidak berpihak kepadanya. Musliha tidak memaksa. Keluarganya memang begitu. Pinangan Shamsul dulu pantas diterima keluarganya kerana memandang harta yang dimiliki oleh Shamsul. Tiap-tiap bulan juga Musliha berusaha dan bekerja keras bagi memastikan keluarganya hidup senang hasil titik peluhnya dan bukan dari harta Shamsul.

Sekarang tinggallah Musliha sendirian. Dia bersyukur kerana padanya Allah masih sayangkannya kerana diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan ini. Sehinggalah anak itu dilahirkan, Musliha tidak sabar-sabar menanti keputusan ujian darah. Ternyata, itu memang anak Shamsul. Musliha memanjat kesyukuran.

Apabila perkara itu sampai ke telinga Shamsul, dia segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas dirinya. Memang benar. Itulah keajaiban dari Allah. Shamsul tidak mandul. Dialah ayah kepada anaknya. “Liha, abang minta maaf. Abang sedar kesilapan abang pada Liha. Abang gembira Liha selamat lahirkan anak kita.” Anak kita? ya…anak kita Shamsul.bisik hati Musliha.

…………………………………………………………………………………………………?????????????

***********************************************************************

Maaf…aku tak tahu nak bagi ending apa pada cerita ini. Patut ke Musliha itu memaafkan perbuatan Shamsul yang langsung tak bertimbang rasa ketika mereka di alam perkahwinan dulu? atau Musliha perlu tegas dan tidak menerima Shamsul. Lihat sahaja apabila lelaki bersalah. Lihat sahaja bagaimana sekarang bila suami tahu isterinya mandul? Pasti anda merasakan ini tidak adil buat wanita. Bila si isteri mandul, suami akan berkahwin lain. Kemudian, kalau si isteri sembunyikan hal mandul tu, adakah suami akan terima dengan baik. lagi macam-macam tomahan dilemparkan. “Awak sengaja tak bagitahu sebab kalau tak saya tak akan kahwin dengan awak kan?” … “Ada isteri pun tak guna, sebab tak dapat bagi zuriat”

Penyudahnya mahligai dibina musnah juga. Bagaimana kaum wanita akan menghadapi hal ini? Aku takde jawapan, sebab aku tak tahu apa benda yang orang lelaki ni fikirkan ketika bermasalah. terkadang aku rasa dorang ni pentingkan diri sendiri. (dibaca : Orang lelaki ketika menghadapi masalah dorang akan memendam perasaan, tak kongsi dengan orang perempuan)

Bagaimana dengan anda?

Sekilas : takde apa-apa sebab pun buat post ni. pernah terfikir jer…imaginasi kan tinggi..huhuhu

5 Responses to “Lihat sahaja perbezaan yang mungkin berlaku.”

  1. Citer yg best, just ending je mcm nak cepat sngt habis. Rasanya, boleh kembangkan lagi citer nie.😀

  2. zaim ~ yang penting moral of the story..hehehe…
    citer ni memang takde ending lagik…(baca : takde idea nak habiskan) huhuhuhu….

  3. OoO. takde idea lg eh.😀 Btw Nice Story.

  4. tq for ur compliment…huhuhu…

  5. tinggalkan je lelaki macam tu tak guna di teruskan.sekali dia buruksangka dia akan buat lagi nama pun lelaki.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: