bukan sibuk sangat pun

Aku kembali sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dan saat membuat keputusan untuk menggugurkan subjek Kritikan aku berfikir beberapa kali. Sama ada perlu mengasihani ahli kumpulan aku iaitu Izzman, Yana dan Tort. Atau pun aku perlu memikirkan masa depan untuk hasil assignment aku nanti sekiranya aku meneruskan pembelajaran dengan kumpulan itu. Bukan aku tak percayakan mereka, tetapi pengalaman rakan-rakan lain yang bersama mereka membuatkan aku berfikir 2-3 kali. Yana aku sendiri sedia maklum ketika aku bersama-sama menjayakan Promosi Filem dan dia merangkap sebagai Pengarah Projek…selalu member arahan pada orang lain tetapi sendiri pun selalu lewat dating meeting dan sebagainya. Report dia pun aku baca tak banyak mana kerja yang dia buat. Mungkin kerana dia mempunyai kenderaan jadi dia di lihat Nampak banyak keluar untuk membuat kerja. Tort..?? huhuhuu…menurut rakan-rakan yang berkerjasama dengan dia dulu, screening tk nmpk muka, saimen tak lengkap, banyak yang dibuang dari di gunakan…Susah bila bekerja dengan mereka yang bergelar artis ni. Lagi2 tort…sekarang pun dah banyak promosi untuk filem terbaru dia I’m not single..sah2 banyak tugasan yang akan diserahkan bulat2 pada ahli kumpulan. Apatah lagi dia repeat paper yang sama..itu lagi menakutkan aku.

Banyak lagi kursus2 yang menuntut aku untuk lebih rajin ke library mencari bahan. Tapi, tahu jela PTAR kt puncak ni camne. Bukan semua buku ada. Rajin atau tidak je aku untuk naik bas pergi ke Induk mencari bahan dekat library sana. Itu yang jadi malas tu, nak tunggu bas dan berebut naik bas. Budak2 sekarang plak rajin pergi PAS, PKNS, GIANT nak beli barang2. Dengan mereka ni la kene berebut naik bas.

HONOR SHOWCASE aku perlu present pada Dr. Hatta hari Sabtu ni. Dan aku baru dapat cari satu buku je. Selebihnya aku kena search kat internet. Atau paling tidak esok aku kenela rajin sket gi library. Huhuhuhu….

RUNDINGCARA – aku perlu buat synopsis untuk setiap episode siri anak mami tu. Dan dah pitching tadi time kelas. Erm, prof. Razak mintak aku ubah watak untuk melihat secara logikalnya jalan cerita aku.

DIRECTING – baru kejap nanti kul 1 nak meeting untuk decide jawatan dalam produksi.

SEMINAR – sebagai timbalan pengarah, tak banyak sangat tugas aku..hahahah…selain daripada dating meeting dan bagi penekanan kepada anak2 buah agar alert dengan perkembangan dan permintaan semasa.

KRITIKAL – next week kena submit ulasan filem Flower in the Pocket..aku tgk pun time citer tu dah start separuh. Kene refresh balik ni.dah hamper lupa jalan ceritanya camne. =P

Dan dalam kesibukan tu, aku cuba jug a menyelesaikan masalah peribadi yang tiada lagi sebarang keputusan…semoga ia berakhir dengan baik…