Hari ini

– Kak Umie jadi Kogila

– Lily pentingkan Azim daripada latihan menari dia.

Fazli Faizul sibuk cari duit nak kawen.

– Paan belanja aku kopok lekor.

– Aku tak keluar duit untuk beli makanan.

– Aku sejuk.

– Aku sibuk fotostat sijil tapi mesin fotostat macam cib*i

– hari ni makan kopok lekor ngan roti telor bawa daripada rumahku.

– aku bosan.

– aku malas.

– sila baca lagi sekali dari atas.

sekilas : ape? biarla…

Roda keretapi ‘terbakar’

Betul! ini kejadian yang berlaku baru-baru ini (weekend yang lalu)  ketika aku dan Julie ingin keluar bersiar-siar di Kuala Lumpur bersama kekasihnya, Fazrul. Kalau korang yang memang dah tahu, aku kan tinggal di Bangi. So, Bila tinggal kat Bangi bererti aku tinggal dengan kakak aku. bila tinggal ngan kakak aku itu sekali pakej dengan abang ipar aku dan anak-anak buah aku.

okey stop story bout them. ini kan blog aku! jadi, sebab aku duduk dengan dorang (sambung balik, bongok tul aku ni)…aku terpaksala mintak tolong kakak aku tu untuk antakan aku yang ‘hot’ ni (sila rujuk entry ini) ke stesen KTM yang berdekatan. aku ingat KTM Bangi lagi dekat…rupanya dia kata jauh..so, dia anta aku kat KTM…cuba teka mana??? cepat……

KTM KAJANG. lembab tul korang ni nak pk. aku tak pernah pun berada kat tempat itu seumur hidup aku. Siyes (tapi penah je time akak aku anta laki dia)…so, aku berjalan kaki kira-kira jam ….aku tak ingat…okey pukul 2 petang!. Lepas akak aku blah. aku mula konpius dengan jalan tu. Walaupun aku lalu betul-betul sebelah rel ketapi (dipisahkan dengna pagar hijau berlubang-lubang) aku rasa jauh je nak pi ke tempat / kaunter KTM tu. Sebelah kiri rel, sebelah kanan semak samun yang tinggi…renek, rendah..yang sewaktu denganya. Belakang semak ada rumah setinggan. tak dapat dipastikan sapa penghuninya.

Lebih kurang 5 minit berjalan sambil bermain sms dengan kakak aku nak kompomkan betul ke tempat tu. kalau malam-malam jalan situ, mesti aku kene culik sebab aku terlalu comel. lepas tu aku nampak jejantas berwarna putih. hati aku berbunga riang…aku berlari-lari anak dengan slow motion…diiringi muzik hindustan seperti baru berjumpa kekasih hati setelah 10 tahun berpisah. sampai kat kaunter…ada nota yang ditinggalkan untuk aku..aku rasa itu memang untuk aku. sebab seme orang tak baca nota tu. aku je.

Nota itu tertulis : “REHAT 2.00  – 3.00 Petang.”… Aku seluk beg, amik wallet buruk aku. RM50….muka dah monyok!! Aku gi Machine layan diri tu. “Wang kertas RM10 ke atas untuk pembelian lebih dari satu tiket” ….hahahahaha…aku gelak bodo kat situ. duit aku RM50 la mengom!!

Aku dail no tepon My Cinta…luahkan perasaan yang dia tak berapa nak layan aku. agaknya boring kot…tapi nampaknye dia tetap layan. pe benda aku cite ni…. pastu, aku call Julie…”woit, aku takde duit kecik. aku ade RM1.10 sahaja duit syiling.”….itu antara bait-bait perbualan la..banyak lagi aku sembang…tu yang buat melambung bil tepon aku tuh. padahal kejap lagi nak jumpa dia.

Last-last aku beli tiket ke Serdang Rm1.10. Mujur…aku jumpa Julie kat situ..then dia belikan aku tiket ke KL Sentral.

okey ini baru nak masuk part  Roda ketapi terbakar…huhuhuhu….panjang pulak mukadimah nyer…

Tunggu julie kat Serdang pun dah cukup menyesakkan…ramai giler manusia nak keluar bersiar-siar menaiki pengangkutan awam ni. Dorang ni tak mampu beli kereta ker?? issh…..!! aku pun tak mampu…

Bila Julie sampai…aku bagi warning jangan berada di sebelah lelaki itu….sambil menjeling. bau badannya sangat tidak tertahan oleh hidung aku. Maafkan aku wahai abang..kau sangat mendukacitakan. terus menaiki tren yang sampai. terima kasih ekrana menggunakan perkhidmatan KTM…terlalu ramai orang….

Sampai di Bandar Tasik Selatan. Aku ada bau lagi…tapi ni bau lain. “aku rasa aku bau benda terbakar. macam plastik kot” Julie hanya mengangguk lembut seakan malu dengan aku.

“Kepada semua penumpang, di minta turun sekarang kerana roda terbakar” ……..pengumuman ini setelah aku bersuara dengan Julie okey.

Memang betullah deria bau aku sangat pantas. hahaha….semua berpusu keluar. agaknya dorang ingat kebakaran besar kot. aku tengok ada 2-3 orang staf bawa fire extinguisher (alat pemadam api)…tayar roda terbakar di gerabak no 1…dan aku berada di gerabak 4 ke 5 macam tu la…kira jauh juga bau tu sampai ke hidung aku. Maka ramai lar orang di luar tren tu. Aku dan julie cuba mencari berita sensasi dengan menjenguk-jenguk roda tu.t ak nampak pun. last-last kami bergambar jer kat depan ketapi tu….

Dan di sini juga ada supervisor tak rasmi….

aku rasa dia adalah orang yang memantau stesen ni..dia tengah undercover tu…jangan kaco!

kitorang kene seberang…pastu nek tren dari seberang lar…tu pun tak paham ker? pastu naik tren yang sampai..ader lebih 30 minit jugaklah tunggu…(ko rasa aku tipu tak?) aku ingat bas Metro je ader orang terjerit-jerit..“Masuk dalam lagi–masuk dalam lagi…orang nak masuk ni” ..kat KTM pun ada taw! tapi kali ni memang seksa! berpeluh-peluh jugak la aku ngan julie dalam tu. sampaikan ader wanita di sebelah ku sesak napas dan hampir pitam…aku siap bagi minyak cap kapak aku lagik. maybe dia susah nak bernapas..dia asik minta “plastik..nak plastik” dapat plastik dia benapas guna plastik…macam pelik je ayat aku ni.

Lagi plak..”jemur seharian pun ade bau lagik” merujuk kepada tangan-tangan yang memegang tiang di tengah-tengah..bayangkan depa-depa ni tinggi sah-sah aku berada di bawah haruman ketiak yang belum tentu serasi dengan hidung aku. terpaksa bertahan sehingga sampai KL Sentral.

ok…cerita aku dah abis! korang percaya tak cerita aku, roda keretapi terbakar??? tak percaya sudah..ade aku kesah? END.

sekilas : menunggu Iela uplod gambar! lambat tul.

hey ladies!

Hey ladies by Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Busung 24 bulan

Hai semua pembaca…cewah! macam la korang ternanti2 kan entry aku kan. tak kisah la…tadi aku dok ronda2 blog orang..then, aku termasuk satu blog milik seorang doktor. Dr. Azwan namo eh…hurm..kojo kek mano tak tahu..spital kot! spital mane..tak tahu..huhuhu…aku baca mana yang menarik jer..belum explore lagi blog dia..well, dalam blog dia ader satu entry yang aku rasa nak share ngan korang. Kalu korang rasa ia ada manfaat, maybe kite leh berfikir. kalau takde…lepas baca buat tak tahu jela.

berikut adalah entry dia yang bertajuk Busung 24 bulan’

Salam,
Sebelum ini pun banyak sudah cerita tentang fibroid yang banyak dibuang sehingga berkilo-kilo beratnya. Ia boleh dilakukan dan selamat. Asalkan ia bukan kanser.

Suatu waktu dahulu, ketika perubatan moden tidak tercapai dek tangan kerana masalah infrastruktur, kewangan dan logistik, maka rawatan tradisional dipilih sebagai rawatan utama. Ia merangkumi rawatan herba dan akar kayu, petua, jampi serapah ataupun dengan bantuan jin.

Bomoh, pawang dan dukun menjadi pendukung utama di dalam kampung-kampung. Ada waktunya, pemimpin harus dengar cakap mereka dan pendapat mereka perlu dituruti kerana ilmu dan pengalaman mereka tentang kedukunan dan juga amalan firasat.

Namun kini, peranan mereka sudah semakin kurang. Ini kerana, perkhidmatan kesihatan sudah semakin meluas ke ceruk pendalaman. Jika tidak pun, rakyat boleh keluar mencari perkhidmatan perubatan moden walaupun terpaksa menelusi pelbagai rintangan di dalam perjalanan.

Pada waktu 2009 ini, kita mungkin sangka bahawa mereka yang duduk di kawasan pendalaman sahaja yang menolak rawatan moden dan hanya mahukan rawatan tradisional ini secara total.

Itu tidak benar.

2 minggu lepas, saya terjumpa dengan seorang wanita di dalam usia 40-an. Beliau datang dengan perut yang besar dan badan yang sangat kurus. Wajahnya cekung. Mungkin dia menyangka dengan memakai jubah labuh dan lengan yang panjang itu dapat menutup perutnya yang besar sseperti 9 bulan mengandung itu. Cumanya, perutnya bukan membusung 9 bulan tetapi 24 bulan!

Beliau secara terbuka memberitahu bahawa beliau didiagnosis menghidapi fibroid oleh pakar sakit puan 2 tahun lalu. Tetapi beliau buat tidak endah dan hanya mahu berubat secara tradisional. Sudah bermacam tempat dia telah pergi dan pelbagai rawatan tradisional dia telah terima namun “belum ada rezeki” lagi.

Saya terkejut apabila dia memberitahu bahawa dia bertugas di sebuah hospital universiti yang terkenal di Kuala Lumpur. Malah dia kata dia kenal pakar sakit puan si polan dan si polan (yang saya juga kenal) kerana pernah bekerja dengan mereka.

Saya tanya kenapa beliau tidak mahu menerima rawatan dari pakar sakit puan. Wanita berpendapat bahawa beliau lebih serasi dengan rawatan tradisional. Mungkin sedikit segan dengan pakar di tempat beliau bertugas. Tetapi beliau percaya bahawa rawatan tradisional itu boleh membantunya.

Rupa-rupanya beliau pergi ke hospital ini kerana beliau telah berjumpa dengan seorang “pakar” tradisional yang memberitahu bahawa perutnya penuh air. “Pakar” itu mahukan beliau menjalani ujian CT scan supaya air tersebut dapat dikenal pasti dan dibuang. Bagaimana cara ia akan dibuang saya tidak tahu. Mungkin melalui cara batin.

Saya memberitahunya, kalau ketumbuhan ini adalah fibroid, ia bukan lah sejenis air yang terkumpul tetapi sejenis ketumbuhan dari rahim. Kita tidak boleh buang air begitu sahaja sedangkan masalahnya ialah sejenis ketumbuhan berasal dari tisu. Ia perlu dibedah.

Beliau tetap dengan pendiriannya untuk menerima rawatan tradisional walaupun beliau mengaku bahawa selama 2 tahun beliau menerima rawatan tersebut, tidak ada perubahan yang berlaku malah ketumbuhan semakin membesar. Dan beliau semakin kurus.

Apa yang boleh saya katakan. Saya berasa sedikit kesal tapi saya yakin itu adalah keputusannya dan kita sebagai perawat harus menghormati kehendak pesakit kita. Apatah lagi beliau tidak jahil dan faham akan penyakitnya.

Cuma mungkin saya boleh berkongsi cerita yang saya terbaca di dalam email.

Kisah seorang perempuan tua yang tinggal seorang diri ketika hujan lebat. Hujan tidak berhenti dan air mula semakin naik ke dalam rumah. Semakin lama semakin tinggi banjir itu sehingga beliau terpaksa naik ke atas meja.

Apabila skuad penyelamat tiba, dan mahu membawanya ke dalam bot beliau menolaknya. beliau berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Beliau pun terus berdoa.

Apabila air naik lagi, beliau terpaksa naik ke loteng. Skuad penyelamat pun tiba lagi untuk membawanya pergi. Beliau menolak dan berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Wanita itu terus berdoa dengan lebih kuat lagi.

Apabila air nak lagi, beliau naik ke atas atap. Pasukan penyelamat pun tiba lagi buat kali ketiga. Beliau dengan sikap degilnya berkata, pergilah. Tuhan pasti menyelamatkan aku.

Akhirnya wanita tua itu mati tenggelam.

Apabila dia menemui Tuhannya, Tuhan bertanya kepadanya, kenapa engkau membiarkan dirimu tenggelam?

Wanita itu menjawab, Aku menunggu pertolongan dari Mu Tuhan yang tidak kunjung sampai.

Tuhan menjawab, Bukankah aku telah membantumu dengan menghantar pasukan penyelamat ke rumah mu? Bukan sekali tetapi 3 kali!

(p.s. Cerita ini perlu dianggap sebagai sekadar cerita sahaja)

Kadang-kadang Allah memberi pertolongan melalui pelbagai cara. Ia di hadapan mata kita, tetapi kadangkala kita selalu terlepas pandang.

Perubatan Islam bukan hanya memakan herba-herba dan jampi sahaja. Ia juga merangkumi ilmu-ilmu yang baik, yang dijalankan secara teratur, penelitian melalui sistem empirikal dan macam-macam lagi. Malah, sekiranya terdapat unsur menyerah diri kepada kekuasaan Allah, menggunakan ubat-ubatan yang jelas tidak haram kecuali darurat, menggunakan pendekatan islam seperti adab dan sebagainya, Maka perubatan moden sekarang adalah perubatan Islam yang paling berkesan.

Wallahu A’lam.

Sekilas : kadang-kadang kita memang akan membuat kesilapan!

cuba bersikap tenang tapi dalam hati…

Setelah sebulan aku menunggu jawapan daripada SPA…malah 14 NOV tu terus je aku check online…tapi tak keluar lagi resultnya…

dan pagi ini tetiba tergerak nak check…dah keluar result Penerbit Rancangan B27…

aku berdebar jugak…setelah masuk no. ic aku tu…treeennnnggg…….

“Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini”

Memang la cuba berlagak tenang…tapi dalam hati, tertanya-tanya sendiri…kenapa la aku tak dapat?? then, berfikir sejenak…bukan rezeki aku. mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan jawatan tu…ye..ada orang yang lebih memerlukan, bukan kerana aku tidak layak (walaupun mungkin itu hakikatnya). cuba sedapkan hati sendiri…

Well, kene juga mencuba lagi kali kedua jika diberi peluang untuk temuduga. Lagipun itu pertama kali aku di temuduga kat SPA. takde pengalaman lagi. Mungkin juga tak cukup persediaan. orang lain yang dah lebih 10 kali pun masih tak dapat dan terus mencuba..kenapa tidak aku kan? Sebenarnya aku frust juga. Sebab memang aku menantikan jawatan tu..tetap kan…sape tak nak ye tak?

aku sedih…tapi nak buat camne…redha jela…

sekilas : waaa…….!!!

 

13 perkara! sila jawab…

Kena TAG dengan Kak Ayu. Dah takmo citer panjang….buat jer…sebab ape aku rela hati buat…sebab aku takde keje kat opis ni.boleh la nak buat..huhuhuhu…

1. Adakah anda rasa anda hot?

Hot ker? kat opis ni cejuk ni ha….!! Hot la jugak dari pada My cInta yang selalu pasan dia hot tu…muahahaha

2. Upload gambar kegemaran anda

1_769979610l

3. Takde soalan, rasanya kena cerita pasal gambar kat atas la kot

nak tau…?? heheh..gambar ni ade sentimental value ni….ader cerita disebaliknya. dan dua handphone tu adalah milik aku dan My Cinta. Time ni baru-baru nak dating..muahahaha….

4. Bila kali terakhir makan pizza?

hahahaha..time puasa aritu…first time dapat gaji!!

5. Lagu terakhir yg anda dengar?

lagu situasi – bunkface

6. Apa yg anda baru buat selain dari menyelesaikan tag ni?

melayari laman web Oh! Tidak

7. Selain nama anda sendiri, anda dipanggil nama apa?

Nopa, Fadhilah

8. Tag lagi 6 orang

wajib ke ape??

1. Adney Syafiq

2. TIADA

3. Hasnida

4. Atiela Razmie

5. Julie Dzali

6. Faizul Mokhtar

 

9. Siapakah orang no 1 pada anda?

Orang yang nak ajar aku buat wordpress…baru je kenal 2-3 hari lepas kt blog..muahahhaa

10. Kata sesuatu pada org no 5..

Update la blog tu….!! entry lama tak bergerak2 pun…

11. No 3 ada hubungan dgn sape?

ada hubungan ngan abang beca…ekekeke

12. Bagaimana dengan org no 4?

dia ade hubungan ngan Fazlie Hashim…no. 4 ni kawan baek aku ni.

13. Pesanan kepada org no 6

aha….!! sila la jenguk blog aku selalu yek..

No 2 takde soalan, jadi saya tak masuk nama kat no 2. Harap maklum. lagipun aku tak tau nak tag sape lagi.kebetulan lak takde soklan lagi bagus kan….

 

Sekilas : hehehehe………….

Isu Berkaitan Facebook dan Yahudi. Mari Baca.

Baca artikel asal di SaifulIslam.com tapi artikel ini saya copy dari icewink.

Petikan:
——————–
“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
Image
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu’minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Image
“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq ‘alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.
Image
Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

Quote:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

Quote:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
———————————-

sekilas : camane ni? aku addict men FB..huhuhu