giler sibuk aku hari ni…

siyes…aku sibuk.

lar…korang kena percaya jugak. hari ni memang aku sibuk!

sibuk sangat-sangat la…

sibuk men fesbuk.

sibuk cari kerja kosong.

sibuk baca blog orang.

sibuk tengok movie.

kan? aku dah cakap dah aku sibuk! korang takmo percaya.

oklah..aku sedang menyibukkan diri ni.

sekilas : pening kepala otak aku!

Advertisements

Hari ni masuk kerja rasa tension!

ader 2 sebab utama.

pertama : tak dapat dinyatakan.

kedua : pun tak dapat dinyatakan…

huahuahua…..! tapi aku telah nyatakan pada My Cinta sebab pertama tu. Terima kasih kerana memahami. sebab kedua tu, dia belum tahu lagi. kejap lagi la citer.

dan kesemua sebab itu datangnya dari tempat kerja. sebab tu masuk kerja jadi tension.  huhuhu…

Bukan apa, blog aku ni ada jugak orang kat sini baca. jadi, disebabkan takmo ader mana-mana pihak terasa…maka, tak dapatlah aku nyatakan sebab munasabab tu yer. ampun dan maap dipinta. Bukan berniat nak merosakkan hubungan sesama kita. tapi, aku pun manusia biasa jer.

lalalala….lambatnya nak tunggu berakhirnya minggu ni. ader 2 perkara yang aku nantikan.

pertama :duit gaji aku masuk

kedua : keputusan SPA keluar.

ha…dua-dua tu sama penting tuh….gaji kalau tak masuk, mau giler aku. Klu result tak dapat…adala frust menonggeng dibuatnya. AKu hanya mampu berdoa agar aku lulus temuduga tu. kalau tak dapat, nak buat camne kan. bukan rezeki aku algi al tu. ada orang lain yang berhak mendapatkannya agaknya. bersabar jela ye Norfa.

Okeylah….! aku nak pi pindah tempat gi PC sebelah Fazli. Nak men game…lagipun kat sini ader orang tido kat sebelah. karang mengganggu pulak kan kan kan sayang kan…betul tak sayang….?? tau, sayang tengah baca blog ni…so, i luv u la..hahahaha…

sekilas :  bukan banyak kerja pun, tapi macam tertekan plak! boleh tak?

ada ka patut?

dalam bilik ni aku sorang je bunga yang cantik dan berseri tinggal…patut tak? budak2 ni semua dah cabut balik…giler awal deme ni.nak pi mane la agaknya. Fazli ngan Faizul je tinggal..itu pun dorang gi lunch. aku ni sekarang dalam bilik ni sorang2…vendor2 semua gi lunch…

tak patut…tak patut….

sebenarnya akak aku tu yang tak patut…hahahaha…sebab aku kena tunggu dia balik kul 5.30 petang…memang tak patut la..sebab kenapa aku takleh balik awal….ini tidak adil ni…

aku kene adukan hal ni kepada Jabatan Tenaga Kerja…tingkat 7 atas..eh..tingkat 7 ke 8 eh…ah lantak lar…

sekilas : bosannye!

Jamuan Hari Raya KSM

Hye..semua, disebabkan aku baru sahaja selesai menyiapkan tugasan aku…Lagipun harini memang hari terakhir untuk menyemak SSM dan IDB…pergh..takde ribu riban plak kan..sampaikan aku tidak mempunyai kesempatan untuk menghupdet blog kesayangan aku ni.

Okey..dimulakan dengan jamuan hari raya waktu raya aritu al kan..hehehe..dah nak masuk raya aji dah pun..aku baru nak updet..pedulik la kan..ader aku kisah…mula-mula anjuran Department aku..apstu anjuran KSM kat parking bawah sebelah dengan blok sebelah tu..enjoy gamabr berserta descriptionnye yer….

k.Nurul, Lily, Nida, me

oke..ini gambar tgh mentedarah..tgk lily tu, pantang nampak kamera. toksah pelik tgk mesin fotostat kt blkg tu. nama pun kat office. tapi rasanya, aku dah rasa macam kat cyber cafe jer…..nak tahu knp..tggu gambar seterusnya.

DSCN0801PA120259

seperti yang kalian lihat…di hadapan wanita-wanita ini terdapat PC yang berderet…haa….PC itu sebenarnya mengelilingi meja tersebut….dah mcm kat cyber cafe la kan kan kan….okey kite tgk lagi gambar kami makan-makan yer..

makan

hahaha..saje je gambar makanan ni kasi besor…itu adalah sebahagian daripada makanan kami…ada lagi besor…tang yang pinggan kosong tu abaikan lah..hahaahhaha..tut andanye dah licin…

di hadapan pintu masuk BPMDSCN0807

aha…ini seme PKS macam aku..kuikuikui…ader yg takde dlm gambar ni…tapi mana yang dan jela yer. sape takde tu takyah lar terasa..aku nak updet blog aku, bkn blog korang..hahahahaha….ikut suke aku la kan…

lepas ni…ader lagi gambar jamuan hari raya…..tp..malas la nak updet…aku nak updet benda lain yg lagi besh..ni pun sebab akak aku tuh dah updet kt blog die..mana aci kan kan kan….hehehehe

adiosss……

sekilas : ramai yang dah benti keje…

oh tidak!

aku rasa masalas betul nak bangun pagi tadi.syoknye klu dapat tido lagi. dah ler kat opis ni cejuk..

nak buat apep2 pun rasa malas…nak taip blog ni pun malas…

okla…nnti rajin updet lagi. sejuk ni..tido pun best gak …hahaha…

sekilas : my cinta sudah berlepas ke Sarawak..gonna miss him.

Pening. fotostat sana sini.

Pagi ini, sampai sahaja di office keadaan menjadi agak kelam kabut. terbukti dengan diri aku yang entah berapa kali pergi bilik fotostat tu untuk fotostat la kan..takkan la nak pergi makan plak time bulan-bulan puasa ni.

aku dan sahabat-sahabat yang lain bertungkus lumus membuat salin seberapa banyak yang boleh dalam keadaan haru biru apabila diumumkan oleh Lily “kalau sorang tak hantar, semua orang tak dapat gaji kak”…aduhai!! kasihan kamis emua. yang tak dapat pengesahan lagi beratur pula macam nak minta autograph Mawi untuk sahkan SALINAN INI DISAHKAN BENAR. tahu sangat pulak orang-orang ini dengan kebenaran salinan itu.

sepatutnya, salinan aku juga disahkan oleh abang iparku, Zaire. Tetapi, entah di mana silapnya, mulut aku berat nak bertanya untuk kali kedua di manakah cop dia dan meminta dia menandatangani berhelai-helai salinan tersebut. — Buang masa dia mungkin menghadap benda yang sama. Penyudahnya, sampai sahaja aku di ofis dan membuat beberapa salinan di bilik fotostat tu, aku naik ke tingkat 7 berjumpa dengan Encik Sani untuk dapatkan pengesahan.

Baru nampak muka dia tu ha…padahal duduk satu bangunan…makanya, dia lar yang tolong sahkan salinan yang aku bawa tuh. tapi, punya sengalnya Norfa ni…bila kembali je kat meja. rupanya ada lagi yang belum disahkan. mengom!! Pastu amik beberapa lagi salinan pergi jumpa Puan Kamisah pulak..beratur la kami…

ADa lagi kalau ikutkan nak disahkan…takpela. jumpa Sani jela lagi sekali. lagipun kene jumpa tiap2 bulan sebab punch card aku pun kena buat salinan dan perlukan pengesahan. dia ada jugak tanya “aik, nak kira gaji kena buat semua ni ke?” okey..rupanya dia salah. dia ingat aku ni SPS sedangkan hakikatnya aku adalah PKS yang dianak tirikan di pejabat ini.

hurm, lepas selesai semua tu..kumpulkan kat atas meja. aduh! kelam kabut aku melihat semua orang keluar masuk dan kertas bersepah sedikit (sikit je, pastu Ayong dah susun dengan jayanya). AIn punya pun dah setel, tadi Sepet (panggilan untuk boyfren Ain) datang bagi borang gaji yang telah siap di tandatangani oleh beliau. dan sempat lagi aku bagi kuih raya yang Lily buat kat Sepet, suh sampaikan kat Ain. yela, sepet mesti jumpa Ain punya untuk bagi kuih tuh.

“Ala, Kantoi plak nanti. takde plastik ke?”

dalam hati aku, aik, nak bawa kuih raya pun kena sorok-sorok ke kat office. memang takleh buat kerja lain eh?

“Takdelah ini kan bulan puasa”

oh seakan mengerti suara hatiku..kuang3..takut orang ingat dia tak puasa la plak kan. sorry ye bro…!  last-last bungkus pakai surat khabar jer. ader orang syak tak? lantak lu la Sepet…salahkan Ain sape suh benti keje..hehehehe…

**************************************************

Tadi ada perjumpaan dengan Puan Razita. Tak banyak yang dibincangkan.

Macam mana kerja kamu semua? Setakat kamu kerja kat dalam ada masalah? PC masalah ke orang masalah ke?

Berapa average korang boleh siapkan data satu hari?

Siapa yang belum siapkan data lagi?

Kenapa sikit je ni? siapa lagi yang akan berhenti kerja? oh tinggal 10 orang jela nanti. takpe kerja pun dah tak banyak.

End of disscussion.

Hurm, nampak gayanya PKS ini akan berhenti juga setelah 6 bulan. apa boleh buat..kena berusaha lagi mencari pekerjaan baru sebelum tiba waktunya.

sekilas : hari ini pulang lewat la gamaknya tunggu kakakku pulang dulu.