Kau mau pegi mana Bai?

Seorang lelaki bergerak dengan penuh susah payah…bergesel dengan semua penumpang bas yang berdiri bersesak-sesak tu.  sampai sahaja ke depan., lelaki itu mencari konduktor bas. Lelaki itu cuba bertanya, keadaan di dalam bas yang tidak menentu, suasaa yang bising menyebabkan suaranya kurang didengari. Tapi, bukan itu yang dipedulikkan oleh konduktor tersebut. Dia menolak lelaki itu kebelakang, sebab kat depan ni selalunya wanita yang akan berdiri. Lelaki-lelaki harus berada di belakang. Seorang wanita comel sedang berdiri memegang tiang, memerhatikan insiden yang kurang enak itu. Dah la, soalan tidak dijawab, di tolak pula ke belakang. Pemandu bas yang melihat perkara itu cuba bertanya “Mau ke mana bai?” panggilan ‘Bai’ itu selalu digunakan kepada lelaki-lelaki seperti ini  yang sebenarnya warga asing. Tapi pakaian dia nampak smart okey!

Lelaki tadi menjawab “I don’t know, i just came and want to ask him” Pemandu bas tadi diam. Mungkin sebab lelaki itu speaking kot! Lelaki itu ke belakang kerana di suruh oleh konduktor itu dan dia berdiri di belakang wanita comel tadi. Sebelah wanita comel tadi berdiri seorang lelaki melayu. Kompem punya melayu, selalu tunggu bas kat Minlon dengan wanita comel tadi.

“Where do you want to go?” tanya lelaki Melayu tadi cuba bermesra dengan lelaki yang dipanggil ‘Bai’.

“……..#%&&^&% …………” jawab lelaki itu.

“Oh that is far-far away” balas lelaki Melayu itu tadi. Okey, lelaki Melayu itu tadi telah cuba membantu lelaki ‘Bai‘ tadi. tindakan yang murni walaupun tidak berapa pasti betul atau tidak kata-katanya itu.

Wanita comel itu hanya mendengar dan kemudian memandang konduktor bas tadi. Dia sedang berbual dengan pemandu bas “Ada ka kau tanya mau pegi mana? “ kemudian dia ketawa dan tertoleh ke arah wanita comel tadi. Tawanya terhenti. Wanita comel itu hanya senyum melihat konduktor tersebut.

Sampai ke destinasi….wanita comel itu turun dan tidak menoleh langsung ke arah pemandu bas itu yang memberikan sampul surat miliknya yang di letakkan di depan kerana tak cukup tangan untuk memegangnya sejak menaiki bas tadi. “Terima kasih”

Dia berlalu dan berfikir, Beginikah sikap mereka melayan pelanggan / penumpang sebagai pekerja? Sangat mendukacitakan.

-END-

sekilas : orang akan menghormati kita jika kita menghormati orang lain.

Advertisements

Apabila lelaki memegang beg tangan wanita.

lelaki sebelah kiri tu namanya Azam, perempuan di sebelahnya nama Shira.

ok…aku tipu je tu. dua-dua bukan nama sebenar. Bukan kawan aku. bukan ader kaitan dengan aku.

aku teringat satu note dari kawan aku kat FB. Bencinya tengok bila lelaki pegang beg tangan wanita. Yang gf tu mengada-ngada nak suh bf pegang kenapa. berat sangat ke beg ko tu. Pls la, itu beg wanita. kita seharusnya pegang apa yang menjadi milik kita. Lebih kurang macam tu la pengisian note dia tuh. aku pun ingat-ingat lupa.

then bila aku nampak lelaki ni pegang beg gf dia…aku terus curi-curi snap. aku rasa lelaki cina sebelah aku prasan perbuatan terkutuk aku ni. aku buat bodo jerk!..bf ni memang pegang beg tu since dia ada kat luar tren lagi. sampai dah masuk tren..kena berdiri. dan dapat duduk stil pegang lagi. yang gf berlenggang kangkung dengan memakai dress yang cantik itu. ye ar..cantik dowh dress die. dia patut nek keta..bukan LRT. huhuhu…

takde apa-apa pun dengan gambar ni. cuma teringat apa kata kawan aku tu. dah pegi sambung buat kerja ko tu!

sekilas : My Cinta pun penah pegangkan beg daku..tapi kejap je kan.. kan… kan..

 

Busung 24 bulan

Hai semua pembaca…cewah! macam la korang ternanti2 kan entry aku kan. tak kisah la…tadi aku dok ronda2 blog orang..then, aku termasuk satu blog milik seorang doktor. Dr. Azwan namo eh…hurm..kojo kek mano tak tahu..spital kot! spital mane..tak tahu..huhuhu…aku baca mana yang menarik jer..belum explore lagi blog dia..well, dalam blog dia ader satu entry yang aku rasa nak share ngan korang. Kalu korang rasa ia ada manfaat, maybe kite leh berfikir. kalau takde…lepas baca buat tak tahu jela.

berikut adalah entry dia yang bertajuk Busung 24 bulan’

Salam,
Sebelum ini pun banyak sudah cerita tentang fibroid yang banyak dibuang sehingga berkilo-kilo beratnya. Ia boleh dilakukan dan selamat. Asalkan ia bukan kanser.

Suatu waktu dahulu, ketika perubatan moden tidak tercapai dek tangan kerana masalah infrastruktur, kewangan dan logistik, maka rawatan tradisional dipilih sebagai rawatan utama. Ia merangkumi rawatan herba dan akar kayu, petua, jampi serapah ataupun dengan bantuan jin.

Bomoh, pawang dan dukun menjadi pendukung utama di dalam kampung-kampung. Ada waktunya, pemimpin harus dengar cakap mereka dan pendapat mereka perlu dituruti kerana ilmu dan pengalaman mereka tentang kedukunan dan juga amalan firasat.

Namun kini, peranan mereka sudah semakin kurang. Ini kerana, perkhidmatan kesihatan sudah semakin meluas ke ceruk pendalaman. Jika tidak pun, rakyat boleh keluar mencari perkhidmatan perubatan moden walaupun terpaksa menelusi pelbagai rintangan di dalam perjalanan.

Pada waktu 2009 ini, kita mungkin sangka bahawa mereka yang duduk di kawasan pendalaman sahaja yang menolak rawatan moden dan hanya mahukan rawatan tradisional ini secara total.

Itu tidak benar.

2 minggu lepas, saya terjumpa dengan seorang wanita di dalam usia 40-an. Beliau datang dengan perut yang besar dan badan yang sangat kurus. Wajahnya cekung. Mungkin dia menyangka dengan memakai jubah labuh dan lengan yang panjang itu dapat menutup perutnya yang besar sseperti 9 bulan mengandung itu. Cumanya, perutnya bukan membusung 9 bulan tetapi 24 bulan!

Beliau secara terbuka memberitahu bahawa beliau didiagnosis menghidapi fibroid oleh pakar sakit puan 2 tahun lalu. Tetapi beliau buat tidak endah dan hanya mahu berubat secara tradisional. Sudah bermacam tempat dia telah pergi dan pelbagai rawatan tradisional dia telah terima namun “belum ada rezeki” lagi.

Saya terkejut apabila dia memberitahu bahawa dia bertugas di sebuah hospital universiti yang terkenal di Kuala Lumpur. Malah dia kata dia kenal pakar sakit puan si polan dan si polan (yang saya juga kenal) kerana pernah bekerja dengan mereka.

Saya tanya kenapa beliau tidak mahu menerima rawatan dari pakar sakit puan. Wanita berpendapat bahawa beliau lebih serasi dengan rawatan tradisional. Mungkin sedikit segan dengan pakar di tempat beliau bertugas. Tetapi beliau percaya bahawa rawatan tradisional itu boleh membantunya.

Rupa-rupanya beliau pergi ke hospital ini kerana beliau telah berjumpa dengan seorang “pakar” tradisional yang memberitahu bahawa perutnya penuh air. “Pakar” itu mahukan beliau menjalani ujian CT scan supaya air tersebut dapat dikenal pasti dan dibuang. Bagaimana cara ia akan dibuang saya tidak tahu. Mungkin melalui cara batin.

Saya memberitahunya, kalau ketumbuhan ini adalah fibroid, ia bukan lah sejenis air yang terkumpul tetapi sejenis ketumbuhan dari rahim. Kita tidak boleh buang air begitu sahaja sedangkan masalahnya ialah sejenis ketumbuhan berasal dari tisu. Ia perlu dibedah.

Beliau tetap dengan pendiriannya untuk menerima rawatan tradisional walaupun beliau mengaku bahawa selama 2 tahun beliau menerima rawatan tersebut, tidak ada perubahan yang berlaku malah ketumbuhan semakin membesar. Dan beliau semakin kurus.

Apa yang boleh saya katakan. Saya berasa sedikit kesal tapi saya yakin itu adalah keputusannya dan kita sebagai perawat harus menghormati kehendak pesakit kita. Apatah lagi beliau tidak jahil dan faham akan penyakitnya.

Cuma mungkin saya boleh berkongsi cerita yang saya terbaca di dalam email.

Kisah seorang perempuan tua yang tinggal seorang diri ketika hujan lebat. Hujan tidak berhenti dan air mula semakin naik ke dalam rumah. Semakin lama semakin tinggi banjir itu sehingga beliau terpaksa naik ke atas meja.

Apabila skuad penyelamat tiba, dan mahu membawanya ke dalam bot beliau menolaknya. beliau berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Beliau pun terus berdoa.

Apabila air naik lagi, beliau terpaksa naik ke loteng. Skuad penyelamat pun tiba lagi untuk membawanya pergi. Beliau menolak dan berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Wanita itu terus berdoa dengan lebih kuat lagi.

Apabila air nak lagi, beliau naik ke atas atap. Pasukan penyelamat pun tiba lagi buat kali ketiga. Beliau dengan sikap degilnya berkata, pergilah. Tuhan pasti menyelamatkan aku.

Akhirnya wanita tua itu mati tenggelam.

Apabila dia menemui Tuhannya, Tuhan bertanya kepadanya, kenapa engkau membiarkan dirimu tenggelam?

Wanita itu menjawab, Aku menunggu pertolongan dari Mu Tuhan yang tidak kunjung sampai.

Tuhan menjawab, Bukankah aku telah membantumu dengan menghantar pasukan penyelamat ke rumah mu? Bukan sekali tetapi 3 kali!

(p.s. Cerita ini perlu dianggap sebagai sekadar cerita sahaja)

Kadang-kadang Allah memberi pertolongan melalui pelbagai cara. Ia di hadapan mata kita, tetapi kadangkala kita selalu terlepas pandang.

Perubatan Islam bukan hanya memakan herba-herba dan jampi sahaja. Ia juga merangkumi ilmu-ilmu yang baik, yang dijalankan secara teratur, penelitian melalui sistem empirikal dan macam-macam lagi. Malah, sekiranya terdapat unsur menyerah diri kepada kekuasaan Allah, menggunakan ubat-ubatan yang jelas tidak haram kecuali darurat, menggunakan pendekatan islam seperti adab dan sebagainya, Maka perubatan moden sekarang adalah perubatan Islam yang paling berkesan.

Wallahu A’lam.

Sekilas : kadang-kadang kita memang akan membuat kesilapan!

Isu Berkaitan Facebook dan Yahudi. Mari Baca.

Baca artikel asal di SaifulIslam.com tapi artikel ini saya copy dari icewink.

Petikan:
——————–
“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
Image
“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu’minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Image
“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq ‘alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.
Image
Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

Quote:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

Quote:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
———————————-

sekilas : camane ni? aku addict men FB..huhuhu

kuasa besar lelaki

huhuhu….pagi ini aku telah bangun awal untuk menggoreng nasi…lalalalala

disebabkan gaji ku masih belum masuk2 lagi…aku merasakan aku perlu untuk menjimatkan sistem kewangan ku dengan membawa bekal..huahuahua…maka dengan itu habisla beras di rumah akak aku….sabar jela yer…hehehehe

hari ni takde keje..atas sebab itu lar aku sedang menghupdet blog..haa..nampak tak aku tengah updet ni….nampak tak?

tadi dalam bus, aku terpandang seorang perempuan tengah duduk. muka perempuan tu, telah mengingatkan aku pada seorang ‘perempuan’ lagi yang mempunyai atitude yang kurang baik sikit.

aku takleh lar nak nyatakan siapa ‘perempuan’ tu…tapi dia ni telah meruntuhkan kebahagiaan orang sehingga menyebabkan pasangan lain bercerai disebabkan dia. pastu, kalau aku terserempak dengan dia terus aku cuba membayangkan, macam mana la die tu leh jadi perosak rumah tangga orang.

macam mana pulak kalau dia tu ada kat tempat si isteri…eeiii….tak sanggup aku fikirkan kalau aku lar isteri tu. meraung tak sudah..tapi dalam masa yang sama kena bangkit dan tabah untuk meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi.

muka yang macam orang tak bersalah ‘perempuan’ tu buatkan aku merasakan dia ni seorang yang takde hati dan perasaan….jenis orang yang ingin membuktikan bahawa dia ni boleh bertakhta di hati seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang cantik…so, bila suami sanggup ceraikan isteri demi dia…dia dah menang! kemenangan itu merupakan kepuasan untuk ‘perempuan’ tu.

aku takdelah kenal sangat pun dengan ‘perempuan’ tu…tapi melihat pada perwatakan tu dah boleh buat kita mengetahu peribadi dia…bila dia dah menang….lelaki atau suami itu, dah takde maknanya lagi buat dia..apatah lagi setelah bercerai, lelaki itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa…..sedih kan…time tu baru menyesal..dan cari balik isteri yang telah dilafazkan cerai…

begitu besar kuasa lelaki ini di dalam rumah tangga..tapi lihatlah dengan kuasa yang diberikan itu, sewenang-wenangnya dia melepaskan permata untuk kaca. aku masih tak puas hati dengan ‘perempuan’ tu…bila orang tu dah jadi duda..takmo plak ko mengendeng, berkepit, dating, manja-manja….huh!!

janganlah jadi seperti ‘perempuan’ itu…sebabnya satu hari nanti pasti perkara yang sama berlaku pada kita…silap-silap, lebih teruk lagi dari itu…moral of the story… hargailah pasangan anda sekarang. jangan menyesal di kemudian hari…

picture of the day

minah tudung skirt seksi

dan janganlah kalian jadi seperti perempuan ini…MasyaAllah…

sekilas : lebih sayangkan diri sendiri

Sekotak rokok RM30? biar betul…

ha…jangan terkejut bila kerajaan sedang membuat perancangan untuk mengelakkan rakyat Malaysia kita ni menghisap rokok. tapi dalam pada itu, kerajaan kita ni pun tak dapat nak elakkan hakikatnya bahawa rokok tu memang memberikan pulangan cukai yang berbaloi-baloi..huhuhu….menguntungkan kerajaan kita la…dan juga memendekkan jangka hayat rakyat kita jugak dalam tempoh yang singkat selain daripada sebab-sebab kematian yang lain yer…

rokok

dalam surat khabar yang aku baca semalam, ada satu berita mengatakan harga sekotak rokok mungkin akan dijual dengan harga RM30..hambik ko. ini kalau harga macam ni. memang orang-orang kaya jela mati cepat..huhuhuhu…tapi aku ingat, dengan kenaikan harga rokok yang mendadak macam ni juga akan menyebabkan lebih banyak jenayah berlaku di Malaysia. korang bayangkan kalau orang-orang yang dah sebati ngan rokok ni, orang-orang tak berduit….dalam erti kata, tak banyak duit, miskin, atau kejap berduit, kejap tak…dorang-dorang ni nak sangat beli rokok, tapi takde duit, haa….mula la mencuri, merompak, membunuh disebabkan desakan ingin menghisap rokok. silap-silap banyak pulak peminjam-peminjam ceti haram yakni along…semain bertambah jumlahnya kerana sekotak rokok tu…mula-mula pinjam kengkawan dulu, pow la sebatang dua…lama-lama??? pikir la sendiri….

adakah dengan kenaikkan harga rokok akan mengurangkan jumlah penghisap rokok yang tegar ini? mungkin perkara ini perlu dikaji dengn lebih baik lagi. banyak pro dan cotnranya….ia mungkin mengurangkan jumlah penghisap rokok…MUNGKIN. atau ia mungkin menambahkan kadar jenayah di Malaysia… MUNGKIN.

apa kata anda?

sekilas : mengharapkan yang terbaik!

 

Bahang sudah terasa. Senyum semua, jangan sedih-sedih okey!

Assalammualaikum dan selamat pagi Malaysia.

Alhamdulillah, kita masih menghirup udara segar milik Allah ini. Semoga setiap apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah.

Ehem…hari ini aku lewat sket siap. tak bangun sahur. kemudian bangun plak ketika azan Subuh sudah bergema. tak gosok baju lagi. bangun masuk toilet jap, cuci muka. terus turun bawah, angkat kain baju yang aku sidai semalam. pastu cari baju nak pakai. gosok. mandi…kuar toilet dah 630am…pergh….agak kelam kabut jugak pagi ini. apabila selesai sudah..aku turun bawah dengan tudung pun tak siap pin lagi. hahaha…

ok. abg zaire gi pertonas jap. nak isi gas. tapi, takde orang. still close tmpat gas tu. pastu dia gi Maybank. pastu sudah tentunya pagi itu telah menampakkan cerahnya sang mentari. huhuhu…selalu kalau gi keje tu, gelap-gelap lagi la.

Tiada masalah sepanjang perjalanan. sempat dengar panggilan hangit ulangan. kemudia, jalan tak banyak kereta. menakjubkan, bukan? sampai kat KTM Serdang, aku turun dan bergerak pantas sebab jam dah kul 7.16am. biasanya, time-time ni bas dah penuh. dan kalau aku lewat skit lagi, bas tu pun jalan.

memang lepas aku lintas jejantas tu, bas dah bergerak skit. aku tengah on call ngan Kak Ida…hold on jap..lari-lari anak gi kejar bas. Berjaya! dapat duduk pulak tu. Sekali lagi ia menakjubkan. hahaha….Takde orang berdiri langsung. Konduktor bas siap leh bagi tiket sambil membEtul-betulkan topi dia. kemudia tarik tiket dengan lemah gemalainya. Al maklumlah, takde orang.

DSC04289

cuba tengok konduktor ni, rilek je dia buat keje. tu tengah bersih-bersihkan tiket la tu. cait!

Itu menunjukkan bahawa ramai orang yang naik bas pagi-pagi sekali ngan aku tiap-tiap hari tu dah bercuti untuk menyambut lebaran. aku harap dorang cuti la hari-hari..leh aku dapat duduk selalu. wakakaka….Dengar radio tadi pun, takde kesesakkan lalu lintas kat bandar-bandar. kecuali jalan-jalan nak ke lebuhraya tu..orang dah start balik kampung dah. Pandu berhati-hati la yer…

Apa-apa pun, dikesempatan ini aku inign mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali diriku…maaf salah silap aku yer.. halal lah makan minum mane terlebih terkurang tu…minta maap sangat-sangat. aku ni insan biasa…selalu sangat buat silap (ntah bila tak buat silap tatau)…

semoga raya kali ini dapat memberikan sinar baru kepada kita..Amin.

sekilas : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, IKHLAS DARI NORFADHILAH MAHDI.