giler sibuk aku hari ni…

siyes…aku sibuk.

lar…korang kena percaya jugak. hari ni memang aku sibuk!

sibuk sangat-sangat la…

sibuk men fesbuk.

sibuk cari kerja kosong.

sibuk baca blog orang.

sibuk tengok movie.

kan? aku dah cakap dah aku sibuk! korang takmo percaya.

oklah..aku sedang menyibukkan diri ni.

sekilas : pening kepala otak aku!

Hari ini

– Kak Umie jadi Kogila

– Lily pentingkan Azim daripada latihan menari dia.

Fazli Faizul sibuk cari duit nak kawen.

– Paan belanja aku kopok lekor.

– Aku tak keluar duit untuk beli makanan.

– Aku sejuk.

– Aku sibuk fotostat sijil tapi mesin fotostat macam cib*i

– hari ni makan kopok lekor ngan roti telor bawa daripada rumahku.

– aku bosan.

– aku malas.

– sila baca lagi sekali dari atas.

sekilas : ape? biarla…

13 perkara! sila jawab…

Kena TAG dengan Kak Ayu. Dah takmo citer panjang….buat jer…sebab ape aku rela hati buat…sebab aku takde keje kat opis ni.boleh la nak buat..huhuhuhu…

1. Adakah anda rasa anda hot?

Hot ker? kat opis ni cejuk ni ha….!! Hot la jugak dari pada My cInta yang selalu pasan dia hot tu…muahahaha

2. Upload gambar kegemaran anda

1_769979610l

3. Takde soalan, rasanya kena cerita pasal gambar kat atas la kot

nak tau…?? heheh..gambar ni ade sentimental value ni….ader cerita disebaliknya. dan dua handphone tu adalah milik aku dan My Cinta. Time ni baru-baru nak dating..muahahaha….

4. Bila kali terakhir makan pizza?

hahahaha..time puasa aritu…first time dapat gaji!!

5. Lagu terakhir yg anda dengar?

lagu situasi – bunkface

6. Apa yg anda baru buat selain dari menyelesaikan tag ni?

melayari laman web Oh! Tidak

7. Selain nama anda sendiri, anda dipanggil nama apa?

Nopa, Fadhilah

8. Tag lagi 6 orang

wajib ke ape??

1. Adney Syafiq

2. TIADA

3. Hasnida

4. Atiela Razmie

5. Julie Dzali

6. Faizul Mokhtar

 

9. Siapakah orang no 1 pada anda?

Orang yang nak ajar aku buat wordpress…baru je kenal 2-3 hari lepas kt blog..muahahhaa

10. Kata sesuatu pada org no 5..

Update la blog tu….!! entry lama tak bergerak2 pun…

11. No 3 ada hubungan dgn sape?

ada hubungan ngan abang beca…ekekeke

12. Bagaimana dengan org no 4?

dia ade hubungan ngan Fazlie Hashim…no. 4 ni kawan baek aku ni.

13. Pesanan kepada org no 6

aha….!! sila la jenguk blog aku selalu yek..

No 2 takde soalan, jadi saya tak masuk nama kat no 2. Harap maklum. lagipun aku tak tau nak tag sape lagi.kebetulan lak takde soklan lagi bagus kan….

 

Sekilas : hehehehe………….

Ni seme Nida punye pasal.

Kenal Nida? mesti la korang tak kenal…sebab dia ni officemate aku. Korang mesti nak tau kenapa aku sebut2 nama dia kat sini. mesti nak tau sangat ape minah ni dah  buat kan?

sbenarnya takde apa pun. Dia minta tolong aku download kan lagu. memandangkan kat sini seme url download lagu kene block…dia minta tolong aku. sebab dia tengok aku dengan jayanya berjaya memecah masuk url tanpa disekat. hahahaha…macam mana…? itu adalah rahsia kerajaan. tu pun ade orang dengki aku leh buka. siap nak salin ip address aku lagi. ade aku kisah? bukan satu keperluan pun aku nak download lagu ni. kadang-kadang jer.

well, ni seme Nida punya pasal. dia suh aku download lagu fevret dia…last-last lagu yang aku donlod tu seme aku dengar hari-hari kat opis ni. hehehe…kann aku dah layan lagu-lagu ko Nida.

kat sini aku nak share kat korang yang tak tahu la….mintak perhatian yer…yang tak tahu…kalau dah tahu…atau ader laman web yang lagi bagus untuk korang download lagu…tak diberi perhatian yer…sebab aku selalu guna laman ni je untuk donlod lagu. klau korang ader laman lagi bagus..leh jugak war2 kan kat sini. korang leh gi ke http://www.4shared.com untuk donlod lagu kesukaan korang. akceli, memang ada laman web lain untuk donlod lagu. macam-macam lar…

tapi ini aku…aku selalu donlod kat sini. so…up to u la nak donlod sini ke tak? takut la nanti ader orang kate…’eleh, banyak lagi laman web yang bagus untuk donlod, ini yang dia bagi’…atau maybe orang kate ‘ala, dah alma dah orang tak guna laman web ni’ so…? ade aku kisah…korang-korang la…

nama pun memberi maklumat…kalau tak nak, toksah ikut…ye tak..? macam yang pernah aku cakap kat entry sebelum ni…takyah ler percaya aku 100%…huhuhu…

ok…mau sambung donlod lagu…pastu nak men game…ngeeee…………!! sorry ar bos, dah u tak bagi kerja kat i..i men game lar…

sekilas : ader orang sibuk study untuk intebiu kat RISDA. Good luck!! nasib aku tak tahu lagi 😦

Sarapan pagi yang ditaja!

hoye…hoye…dah lah gi keje di hantar oleh My sis sampai depan office….lepas tu sarapan pagi hari ini pula di taja sepenuhnya oleh beliau…hahahah….

terima kasih ler kerana memahami adikmu ini masih belum gaji!! tapi rasanya….makan malam pun tiap-tiap hari semuanya di taja…muahahahaha…apa leh baut..itu lah untungnye menjadi adik kan…lagi pulak seorang adik yang masih single mingle lagik ni.

itu pun sebab hari kakak aku tak gi keje…kerana Zulfadhli kurang sihat…@ dlm erti kata lain dia pun macam malas-malas je nak gi keje.huhuhu….sabo jela kan.

Danial

Danial yang lengkap berbaju skolah. orang suh letak beg  dalam kete takmo.

Lepas anta aku, akak aku anta dia gi skola lak.

Iskandar

Tengok Iskandar, sibuk je nak pakai kopiah. mengikut je apa abang dier buat…

Milo ais

Milo Ais sudah sampai. ok, gambar roti canai tak sempat snap.

DSC04579

ini lah dia wajah orang yang belanja aku tu..

huhuhu…tu tengah pikir la tu, abis la duit aku ari-ari bayar tuk budak nopa ni…ade aku kisah? hahahaha…

sekilas : ari ni bosan weyh! men game lagi ler jawabnye.

Hari ni masuk kerja rasa tension!

ader 2 sebab utama.

pertama : tak dapat dinyatakan.

kedua : pun tak dapat dinyatakan…

huahuahua…..! tapi aku telah nyatakan pada My Cinta sebab pertama tu. Terima kasih kerana memahami. sebab kedua tu, dia belum tahu lagi. kejap lagi la citer.

dan kesemua sebab itu datangnya dari tempat kerja. sebab tu masuk kerja jadi tension.  huhuhu…

Bukan apa, blog aku ni ada jugak orang kat sini baca. jadi, disebabkan takmo ader mana-mana pihak terasa…maka, tak dapatlah aku nyatakan sebab munasabab tu yer. ampun dan maap dipinta. Bukan berniat nak merosakkan hubungan sesama kita. tapi, aku pun manusia biasa jer.

lalalala….lambatnya nak tunggu berakhirnya minggu ni. ader 2 perkara yang aku nantikan.

pertama :duit gaji aku masuk

kedua : keputusan SPA keluar.

ha…dua-dua tu sama penting tuh….gaji kalau tak masuk, mau giler aku. Klu result tak dapat…adala frust menonggeng dibuatnya. AKu hanya mampu berdoa agar aku lulus temuduga tu. kalau tak dapat, nak buat camne kan. bukan rezeki aku algi al tu. ada orang lain yang berhak mendapatkannya agaknya. bersabar jela ye Norfa.

Okeylah….! aku nak pi pindah tempat gi PC sebelah Fazli. Nak men game…lagipun kat sini ader orang tido kat sebelah. karang mengganggu pulak kan kan kan sayang kan…betul tak sayang….?? tau, sayang tengah baca blog ni…so, i luv u la..hahahaha…

sekilas :  bukan banyak kerja pun, tapi macam tertekan plak! boleh tak?

Berjalan cuci mata…

julie tengah makan peace!

 

Now aku ada di central market…sedang bersama sahabatku bernama Siti Julizah…baru lepas lepak ngan linda tadi..lupa nak amik gambar ngan dia..pastu elpak ngan julie…tunggu dia abis makan….dan sekarang sedang menggunakan khidmat wifi yang ada di sini. diluar hujan sangat lebat….satilah dah ajak kitorang bergerak ke KLCC. ada ke patut ajak pi tengok wayang…patut tak?? hahahaha….

yang tak patutnya sebab nak tengok pisau cukur…huhuhu…yela…satilah support filem-filem melayu…go go…

hari ni juga ada perlawanan akhir Kelantan VS Negeri Sembilan. Abang iparku sanggup datang dari Kuala Lipis untuk emnyaksikan negeri kelahirannya menang!! gomo kelate gomo..hehehe…aku tanye a.zaidi apa maksudnya..”belasah” hahahaha…belasah jgn tak belasah…bagi kalah N9…padahal aku patutnya sokong N9 tuh..huhuhu…kampung aku kan…

Okla….nanti julie bising plak guna laptop dia ni…nak cau gi KLCC..nak ikot?? jom…jumpa di sana….

tata titi tutu…..

sekilas : berjalan..tapi duit takde!! takpe kawan2 ada…lalalala.