sekilas
a simply life

Agenda!

korang kalau baca blog ni mesti ada agenda tersendiri kan kan? sebelum tadi mesti korang tengah search sesuatu contohnya macam apakah itu maksud agenda..hahahaha….ngarut tul aku ni.

ok…berbalik kepada tajuk aku agenda. aku yakin tiap-tiap orang dari kita pasti ada agenda/rancangan/sebab tersendiri setiap hari dalam melakukan sesuatu. paling-paling tidak pun satu agenda la. Jangan kata takde…

contohnya : haaa…..apa contohnya ape ek? macam…kenapa korang memilih memakai baju berwarna biru hari ni?? haa…korang sebenarnya ada agenda tersendiri di mana korang memang dah tahu si dia selalu memakai baju biru pada hari ni….atau pun, hari ni di wajibkan semua staff untuk memakai baju biru ataupun agenda korang adalah untuk memikat hati si dia yang sememangnya minat warna biru. banyak betul agenda yang aku canangkan ni.

lagi apa? kenapa bila time turun bas, korang memilih untuk turun ikut pintu depan (bagi bas yang ada 2 pintu la belakang dan depan) sedangkan korang lebih dekat dengan pintu belakang? haa….korang mempunyai agenda tersendiri di mana korang saja je nak ushar brade konduktor bus tu…atau nak ucap terima kasih kat pakcik yang pandu bas tu..huhuhu…tapi, mostly aku memang selalu tengok dan dengar ada oang turun dan ucap, “terima kasih pakcik”. itu maknanya dia dah selalu borak dan dah biasa ngan pemandu bas tu la kan.

apa agenda korang hari ni? apa yang korang pakai, yang korang buat, yang korang tengok? apa dia yang boleh menjadi satu agenda dia atas sebab-sebab korang melakukan perkara itu. dan agenda aku hari ini ialah………….berbuat baik dengan rakan sekerja agar dorang dengan baik hati dapat pinjamkan tepon dorang kat aku bila aku emergency nak guna di atas sebab tepon aku dah kena BARRED!! waaa…………….

dan itu jela agenda aku tulis blog ini…nak korang tahu bahawasanya aku takleh nak call out, sebab line maxis aku dan kene BARRED! Aku la ni…guna tepon tak agak-agak…lebih credit limit dah…tahu dek My Cinta…mampus aku!! err….agenda aku : memang nak kasi dia tahu pun sebab dia kan baca blog ni…hahahahaha…

ok sekian saja agenda di pagi hari ini…terima kasih.

sekilas : perlu lebih banyak belajar berjimat cermat dari si dia.

No Responses to “Agenda!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: