sekilas
a simply life

Alhamdulillah, selamat kita menunaikan ibadah berpuasa.

Selamat hari raya semua….

macam mane sambutan raya kali ini? meriah atau suram? pada yang menyambut dalam kemeriahan tu, alhamdulillah..bersyukur lar kita selalu…sebabnya, jangan terlalu gembiran dengan kemeriahan itu. takut-takut sekejap sangat kita merasainya…terduduk kita nanti. aku rasa korang macam paham lar maksud aku aper. pada yang menyambut dalam kesuraman tu, banyak-banyakkanlah bersabar dan berdoa kepadaNya. mungkin kalian kehilangan insan tersayang, atau mungkin tempat tinggal sudah tiada, barang-barang tiada, serba kekurangan dan sebagainya. itupun kita tetap perlu bersyukur kerana Allah telah menguji kita dengan dugaan seperti itu.

Okey..apakah cerita raya korang? hurm…aku takdelah cerita sangat. hari jumaat aku dah balik rumah mak. Sabtu tu konon-konon tolong mak lar kemas-kemas rumah. tapi hakikatnya, aku cuma tolong pasang langsir jer dan tolong memasak untuk waktu berbuka lepas tu. Lepas buka puasa tu, tunggu my cinta datang sebab kitorang nak gi jalan TAR nak shopping raya untuk kali terakhir. (shopping la sangat).  Sampai jalan TAR, seramai manusia yang berpusu-pusu melangkah kaki kat situ. ingat aku je nak hsopping last minute. lagi plak, kenapa dorang ni tak balik kampung. sibuk jer nak sesakkan KL tu.

Dari jam 9 malam…sampai 1 pagi baru dapat apa yang diinginkan. itu pun aku dah penat gile. My cinta dah berpeluh-peluh. tapi tetap sabar melayan karenah aku ni..huhuhu.. mekasih ye syg.  kaki dah lenguh-lenguh. dapat je apa yang itorg nak beli terus cari jalan keluar. itu pun terpusing-pusing gak pi tanya orang mana SOGO. dah tak nampak jalan aku dah. sampai dalam kereta..seribu kelegaan..

okey. smpai rumah dah tata titi tutu dengan my cinta….gayut-gayut jap. pastu dia kata nak gi pump minyak. so..letak fon. lepas dia isi minyak dia call balik“yang, wallet tertinggal dalam handbag awak” wawawa…..harus dia berusaha patah balik datang rumah aku. time tu dia dah sampai midvalley kot. huhu jenuh pusing balik. nasib baik tak banyak kete pada jam 3 pagi itu. huhuhu….

kasihan dia..nak wat camne. lenkali jangan letak dalam beg saya lagi okey.

pagi raya itu, Kak Ida yang telah bertapa di rumah seawal hari jumaat telah menyediakan hidangan di ruang tamu. Mak ayah gi smayang raya. Pastu angah datang, Abang datang..kak shila datang. al kisahnya, kami tak sempat bergambar satu family seperti raya-raya sbelumnya. sebab ada yg pi raya rumah jiran lar…ada yang sampai lambat lar..ada yang nak gerak cepat2 la..dan sebagainya. sabar jela. agak frust jugak la…

takpe…pastu kami beraya rumah sedara 2-3 buah rumah sampai la ke rembau. last destinasi, semua berpecah, angah balik melaka, abang balik pahang, kak shila balik……BANGI. hahahaha…… dia sibuk balik rumah sendiri. oh yer! anak dia Zulfadhli demam dan meragam. muntah-muntah. so kesian dengan si kecik itu, sampai muntah kat baju raya aku. sabar jela fadhli oiii….dia balik la nak bawa gi klinik. risau kan budak kecik bawa jalan jauh2. dan sepanjang balik tuh, aku sempat call HotFM buat ucapan raya untuk adik beradik aku. aku call tu dalam kul 4 petang. korang tahu kul bape die ke udara kan?? kul 8.30 mlm baru aku dengar ucapan raya tuh..sabar jela…

aku mak ayah dan kak ida sekeluarga teruskan perjalanan 2 buah rumah lagi…dan sampai rumah dalam jam 9 mlm kot…hurm…aku dah buka-buka baju pakai tuala nak gi mandi (sila jangan berimaginasi)..terus tertido di atas tilam dan memeluk bantal ku yang empuk itu..bestnyerr….terjaga dalam kul 10 mlm..pi mandi…huhuhu…. pastu sambung tido balik..lalala….

okey, just for now my story about 1st day raya aku…..korang ader cerita..leh share ngan aku…kalau nak lar..kalau taknak takpe…lalalala

Sekilas : Seronok! akan updet gambar kemudian. TQ.

One Response to “Alhamdulillah, selamat kita menunaikan ibadah berpuasa.”

  1. ish3..excited nya cter smpai bukak baju n pakai towel pon nk gtau..huhu..ape daa.. mana gmbar braya ngan saya..??xipload pon..huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: