sekilas
a simply life

Bahang sudah terasa. Senyum semua, jangan sedih-sedih okey!

Assalammualaikum dan selamat pagi Malaysia.

Alhamdulillah, kita masih menghirup udara segar milik Allah ini. Semoga setiap apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah.

Ehem…hari ini aku lewat sket siap. tak bangun sahur. kemudian bangun plak ketika azan Subuh sudah bergema. tak gosok baju lagi. bangun masuk toilet jap, cuci muka. terus turun bawah, angkat kain baju yang aku sidai semalam. pastu cari baju nak pakai. gosok. mandi…kuar toilet dah 630am…pergh….agak kelam kabut jugak pagi ini. apabila selesai sudah..aku turun bawah dengan tudung pun tak siap pin lagi. hahaha…

ok. abg zaire gi pertonas jap. nak isi gas. tapi, takde orang. still close tmpat gas tu. pastu dia gi Maybank. pastu sudah tentunya pagi itu telah menampakkan cerahnya sang mentari. huhuhu…selalu kalau gi keje tu, gelap-gelap lagi la.

Tiada masalah sepanjang perjalanan. sempat dengar panggilan hangit ulangan. kemudia, jalan tak banyak kereta. menakjubkan, bukan? sampai kat KTM Serdang, aku turun dan bergerak pantas sebab jam dah kul 7.16am. biasanya, time-time ni bas dah penuh. dan kalau aku lewat skit lagi, bas tu pun jalan.

memang lepas aku lintas jejantas tu, bas dah bergerak skit. aku tengah on call ngan Kak Ida…hold on jap..lari-lari anak gi kejar bas. Berjaya! dapat duduk pulak tu. Sekali lagi ia menakjubkan. hahaha….Takde orang berdiri langsung. Konduktor bas siap leh bagi tiket sambil membEtul-betulkan topi dia. kemudia tarik tiket dengan lemah gemalainya. Al maklumlah, takde orang.

DSC04289

cuba tengok konduktor ni, rilek je dia buat keje. tu tengah bersih-bersihkan tiket la tu. cait!

Itu menunjukkan bahawa ramai orang yang naik bas pagi-pagi sekali ngan aku tiap-tiap hari tu dah bercuti untuk menyambut lebaran. aku harap dorang cuti la hari-hari..leh aku dapat duduk selalu. wakakaka….Dengar radio tadi pun, takde kesesakkan lalu lintas kat bandar-bandar. kecuali jalan-jalan nak ke lebuhraya tu..orang dah start balik kampung dah. Pandu berhati-hati la yer…

Apa-apa pun, dikesempatan ini aku inign mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali diriku…maaf salah silap aku yer.. halal lah makan minum mane terlebih terkurang tu…minta maap sangat-sangat. aku ni insan biasa…selalu sangat buat silap (ntah bila tak buat silap tatau)…

semoga raya kali ini dapat memberikan sinar baru kepada kita..Amin.

sekilas : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, IKHLAS DARI NORFADHILAH MAHDI. 

3 Responses to “Bahang sudah terasa. Senyum semua, jangan sedih-sedih okey!”

  1. selamat hari raya ciknorfa.
    maaf zahir batin walaupun baru kenal.

    slamat bgembira di hari lebaran nnti.

  2. hahaha..tu kira okey la sbb bulan pose..ni makin lambat lak bila da raya kan..hahaha..selamat ari raya..

  3. meza :selamat hari raya ciknorfa.maaf zahir batin walaupun baru kenal.
    slamat bgembira di hari lebaran nnti.

    slmt hari raya meza…

    akii ahmad :hahaha..tu kira okey la sbb bulan pose..ni makin lambat lak bila da raya kan..hahaha..selamat ari raya..

    slmt hari raye jgk..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: