sekilas
a simply life

Al-fatihah

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Hari ini seperti hari-hari yang berlalu. Tapi, semalam tak sama macam selalu. huhu..apa da aku cakap ni. Semalam ibu tersayang kepada ayah aku merangkap nenek aku di Seremban telah kembali ke rahmatullah pada jam 6 petang bersamaan 19 Ramadhan 1430 H. (8 sept 2009). Sebenarnya hari Isnin tu mak call bagitahu wan(panggilan aku pada nenek aku) dah tenat dan sedang menggunakan bantuan pernafasan. Malah kedua-dua buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Mak dan ayah dah ke sana dahulu. Dan doktor kata tunggu  2 hari baru nak cabut alat sokongan tu (dunno wut the reason to wait for 2 days). Mak dan ayah berulang KL-Seremban semalam…dan shinggalah wan akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital Seremban. Aku dan kak shila time tu baru je sampai rumah pulang dari kerja. Angah dan keluarga dah sampai sana lebih awal sebelum wan menghembuskan nafas terakhirnya.

Lepas berbuka kami terus berangkat ke Seremban untuk melihat jenazah buat kali terakhir. Aku, Kak Shila dan Kak Ayu (sepupu) bersama 3 orang budak kecik meredah malam ke sana. Boleh tak sesat nak balik kampung sendiri. huhuhu…ingat kitorang je sesat. rupanya Kak Ida sekeluarga pun sesat dari Kuala Lipis. sabo jela.

Sampai di perkarangan rumah wan, ramai sanak saudara telah berada di situ. Aku bersalaman dengna hadirin muslimah di situ dan termenung kejap…duduk di hujung kaki jenazah…dan dengar dulu orang-orang ni membaca Yasin. Tak lama lepas tu, aku gi toilet amik wuduk dan duduk balik untuk baca Yasin. disusuli dengan Kak Ayu pastu mak skali yang baru datang balik dari KL. hmm…mak bawa baju sebab nak bermalam kat situ.

Lepas baca Yasin ingat nak tunggu kak Ida. tapi sebab dia sesat jadi perjalanan die lewat sampai. Kami pulang dulu sebab kak Shila keletihan. Sebelum tu kami tengok balik wajah wan kali terakhir. Seperti selalunya wajah itu..tenang je. Sampai Bangi dalam jam 1230. Sebelum tu sempat singgah drive thru McD. lapar…terus ku jadikan itu santapan sahur. mak kata awalnye sahur.huhuhu…lapar la mak.

Balik bersihkan diri smyang Isyak..pastu……..ZzzzZzZzZ…Krooohh…..tido ler dengan niat puasa dan niat tak nak bangun sahur..tapi bangun jugak sebelum imsak tu nak minum air.🙂

okeyla…

Al-fatihah buat arwah nenek aku. semoga rohnya dicucuri rahmat.

sekilas : insaf. kematian itu tetap datang.

2 Responses to “Al-fatihah”

  1. Al-Faatuhah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah… Aamiiiiiin…

  2. subhanAllah.. tersilap.. *Al-Faatihah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: