sekilas
a simply life

Mengandung??

suspen je entri ku ini. Pagi ini sebenarnya aku dan kakak aku telah keluar awal. tapi dia menyembang kat taska lar…pastu singgah kat petronas lar…huhuhu. so..aku lewat skit je…sikit sgt lar lewat…aku naik bas je, aku sorang je yang berdiri. membuktikan aku lewat sikit kan kan?? huhuhu…siap leh dengar panggilan hangit kat dalam bas. ngeh…ngeh..ngeh…tapi, pemandu bas tu buka perlahan sangat…sayup-sayup di pagi hari je aku dengar.

aku berdiri. time aku naik tuh..tetiba aku terperasan Mat semalam yang bagi aku duduk tu. aku tengok dia toleh belakang. Mesti dalam hati dia kata ‘Takkan aku nak bagi budak ni duduk lagi’ hahaha…takpe ler. aku takdela mati kalau berdiri sampai putrajaya tu.

Tapi, ader cerita yang buat aku nak menaip-naip ni. tak lama lepas aku naik, bas itu pun dipenuhi dengan manusia-manusia lain. Kalau yang perempuan tu majoritinya Melayu dan India la. Tapi kalau lelakinya pula..penuh dengan warga asing. Telinga aku naik bingit dengar dorang borak-borak ngan bahasa dorang tu. Cakap jela perlahan-lahan. Bas tu dah cukup sunyi kalau dorang cakap perlahan dengar la…

Tapi, dalam berdiri dan bersesak dalam bas tu….selepas aku membayar tambang bas RM2.00 untuk ke Putrajaya. Konduktor bas tu suh orang yang kat depan tu, bergerak ke belakang. Seorang brader tu di suruh ke belakang tapi dia macam tak nak sebab depan dia ader seorang perempuan yang aku yakin isterinya yang sedang mengandung. Aku perhatikan balik perut dia betul-betul..sah mengandung dan perut dia ketara nampak besar lar. kalau lelaki-lelaki yang duduk ni memang lar takde hati perut tengok kakak tu berdiri samping dijaga baik oleh suaminya itu. Perempuan-perempuan yang ader naluri sama pun buat bodo jer dengan kakak tuh. Paling best, kakak tu berdiri betul-betul depan Mat yang bagi aku duduk semalam. Aku ushar-ushar jugak, ‘Mat ni takmo bagi ke kakak tu duduk?’. Semalam aku yang sihat walafiat ni elok je dia bagi duduk. berdekatan dengan aku ader sorang auntie yang memang selalu turun selepas KTM Serdang tu. so aku amat pasti akan ada seat kosong. perempuan sebelah auntie tu dah bagi hint suh aku duduk sebelah dia sebab ada seorang lelaki warga asing yang berdiri betul-betul depan auntie tu. so, kalau bley dia takmo ler orang tu duduk. Lepas auntie tu bangun, lelaki warga asing tu offer kat aku suh duduk. tapi aku geleng, lantas jariku terus menunjuk ke arah kakak yang mengandung tuh. “Duduklah kak.” kakak tu pun duduk. legalah hati si suami. Kakak tu turun kat Hospital Serdang. So seat tu kembali kosong…lelaki warga asing tadi yang konon tunjuk hero nak kasi aku duduk awalnya tadi, terus duduk tanpa menoleh kiri kanan. Member dia siap tegur sambil menjeling-jeling ke arah aku yang sememangnya lebih layak untuk duduk (hahaha…layak ker?) Tapi, dia buat bodo dan duduk dengan bongkaknya kat situ. sorry la ye kakak..tak pat duduk sebelah akak. dan aku prasan, akak tu pun mengandung jugak.huhuhu…

Waktu akak tu turun dia macam senyum je kat aku. aku pun balas la balik. sebab sebenarnya aku tak nampak pun senyuman dia, dia pakai mask.huahuahua….

Dalam hati aku berkata kepada warga asing tak sedar diri tu, aku tak kempunan lar seat tu. huhuhu…marah ke aku? takdelah marah…tapi lu pikirlah sendiri…

sekian, edisi mengandung pada hari ini. Terima kasih!.

sekilas : Bestnya mengandung…hihihi..bila la nak kahwin ni?

11 Responses to “Mengandung??”

  1. quote: aku tak nampak pun senyuman dia, dia pakai mask.huahuahua….

    haha. Part tu yg best.😀

  2. hakhak…
    tak bley blah betul…

  3. norfa!i link ur blog tau.btw,nice meeting u hari tu. eh kita sama umur ke?ke u adik?hahah confius.

  4. tq le link kan blog sy yg tak seberapa ni.
    err…sy 1985…tak tahu sape adik. hahahaha….
    lagipun sy mmg adik….

  5. kesian norfa kene hari2 naik bas, smpai pk nk mengandung baru boleh duduk kui kui..
    sebenarna dari mana ke mana norfa kene naik bas, dari pukul berape naik dan mesti sampai ke mana pada pukul berape, nila rase pengorbanan diri norfa lagi baik utk di dgr, sekurang2nya kita tahu ader org yg lebih byk berkorban pada diri utk hidup!
    ceritalah akak nak dgr..

    p/s : Hidup Norfa! Hidup Norfa! (mcm tengah berpolitiklah pulak..)

  6. hahaha..tak abik tau akak nila ni.
    kena naik bas dar ktm serdang pegi ke putrajaya. kene smp be4 830 pagi lar..tp dah kakak kuar awal….slalunye smp ofis be4 7 pagi.

    err…pngorbanan diri norfa?? tang mane plak norfa ni berkorban..huhuhu…

    ya..smoga norfa terus hidup selagi diizinkan olehNya..

  7. ape kaitan kakak dgn ktm atau bas tu? kakak bwk keretapi @ bas kew?

  8. ade plak. kakak drop norfa kat ktm serdang..dia otw gi keje kat pwtc tu, satu jalan la..sbb dr bangi takde bas ke putrajaya terus..

  9. salam,

    nak tanya bas ke putrajaya tu no. berapa / bas apa ?

  10. salam….kalau naik dari KL, bas metro no 68…
    bas tu lalu..kg.malaysia tambahan -ktm serdang – minlon – putrajaya

  11. hai..akak nak tumpang tanya..bas no berapa pegi ke hospital serdang ek..bas dr putrajaya sentral ada ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: