sekilas
a simply life

Inilah Cinta

Para penumpang bas memandang dengan penuh simpati ke arah seorang wanita muda yang berpenampilan kemas dan bertongkat putih menaiki bas dengan penuh berhati-hati. Dia membayar tambang bas kepada pemandu kemudian dengan tangan dia meraba-raba kerusi. Wanita itu terus berjalan di dalam bas itu sehingga dia mendapat sebuah kerusi yang diaktakan kosong oleh pemandu bas tadi. Kemudian, wanita itu duduk dan meletakkan beg tangannya dipangkuan dan menyandarkan tongkatnya.

Setahun yang lalu sejak Sarah 34, telah menjadi buta. Gara-gara salah diagnosis dia telah kehilangan penglihatannya dan terlempar ke dunia yang gelap gelita, penuh amarah, tekanan dan rasa kasihan pada diri sendiri.

Sebagai wanita yang berdikari Sarah merasa hina dengan nasibnya yang begitu kerana ia telah membuatnya kehilangan kemampuan, merasa tidak berdaya dan menjadi beban kepada semua orang disekelilingnya. “Kenapa ini mesti terjadi kepada aku?” dia bertanya sendirian. Di dalam hatinya penuh dengan rasa marah. Tetapi, walaubagaimanapun dia menangis, memberontak atau berdoa, dia terpaksa menerima kenyataan yang menyakitkan itu bahawa penglihatannya takkan pernah dapat dipulihkan lagi.

Tekanan itu mematahkan lagi semangat SArah yang selalunya optimis. Dia sering mengisi waktunya dengan satu perjuangan berat untuk mengerah tenaganya dan membuatkannya begitu kecewa. Dia begitu bergantung kepada Megat, suaminya. Megat seorang Tentera Angkatan Udara. Dia mencintai Sarah sepenuh hatinya.

Ketika isterinya baru kehilangan penglihatan, dia melihat Sarah tenggelam dalam putus asa. Megat bertekad untuk membantu Sarah dalam mendapatkan kembali kekuatan dan rasa percaya kepada diri yang diperlukan Sarah untuk berdikari lagi. Latar belakang latihan tentera Megat membuatkan Megat terlatih untuk menghadapi pelbagai situasi darurat tetapi dia tahu ini adalah pentempuran yang paling sulit yang pernah dihadapinya.

Akhirnya Sarah merasakan dirinya sudah bersedia untuk  kembali bekerja. Tetapi, bagaimana dia dapat pergi ke pejabat? Dulu, Sarah biasa menaiki bas tetapi sekarang dia terlalu takut untuk ke bandar seorang diri. Megat menawarkan untuk menghantar Sarah setiap hari, walaupun tempat kerja mereka terletak dipinggir kota yang bertentangan.

Pada permulaannya, rancangan itu membuat Sarah rasa selesa dan MEgat berpuas hati kerana dapat melindungi isterinya yang buta serta tidak yakin akan dapat melakukan hal-hal paling sederhana sekalipun. Tetapi, Megat segera sedar, bahawa keadaan itu membuatkannya dalam keadaan kelam kabut setiap pagi dan perbelanjaannya menjadi bertambah mahal. Sarah perlu belajar menaiki bas semula, Megat membuat kesimpulan di dalam hati. Tetapi, baru sahaja dia berfikir untuk menyampaikan rancangan itu kepada Sarah, hatinya kurang senang.

Sarah masih dalam keadaan marah, masih dalam keadaan yang sangat rapuh. Bagaimana reaksinya nanti? Benar seperti yang Megat jangkakan, Sarah begitu takut mendengar bahawa dia perlu menaiki bas lagi. “Aku buta!” tegasnya dengan pahit. “Bagaimana aku boleh tahu kemana aku pergi? Aku dapat rasakan kau akan meninggalkan aku”. Megat sedih mendengar kata-kata itu, tetapi dia tahu apa yang harus dia lakukan. Dia berjanji akan menemani Sarah menaiki bas setiap pagi dan petang selama masih diperlukan, sehinggalah Sarah sudah menghafal dan boleh pergi sendiri. Dan itulah yang terjadi. Selama 2 minggu penuh, Megat menggunakan pakaian seragam tenteranya lengkap, mengawal Sarah pergi dan balik dari tempat kerja, setiap hari. Dia mengajar Sarah bagaimana untuk menggunakan pancainderanya yang lain terutama pendengarannya untuk mengetahui di mana dia berada dan bagaimana untuk berdepan dengan kawasan yang baru.

Dia menolong Sarah berkenalan dan berkawan dengan pemandu-pemandu bas dan mengharapkan satu kerusi kosong disediakan untuk Sarah. Megat membuatkan Sarah gembira walaupun pada hari-hari yang sukar seperti ketika Sarah tersandung dari bas atau beg tangannya terjatuh di dalam bas. Setiap pagi mereka akan bertolak bersama-sama setelah itu Megat akan menaiki teksi ke pejabatnya.

Walaupun rancangan itu dilihat lebih mahal dan memenatkan berbanding yang pertama, Megat yakin bahawa hanya soal waktu sahaja yang dapat memberikan ruang untuk Sarah mampu menaiki bas tanpa perlu diawasi lagi. Megat percaya kepadanya, percaya kepada SArah yang dulu dikenalinya sebelum wanita itu kehilangan penglihatannya, wanita yang tidak pernah takut untuk menghadapi rintangan apapun dan tidak akan pernah menyerah.

Akhirnya, Sarah memutuskan bahawa dia telah bersedia untuk melakukan perjalanan itu seorang diri. Tibalah hari Isnin. Sebelum bertolak, Sarah memeluk Megat yang pernah menjadi kawannya satu bas dan sahabatnya yang terbaik. Matanya berkaca-kaca, penuh air mata syukur kerana kesetiaan, kesabaran dan cinta Megat terhadapnya. Dia mengucapkan selamat berpisah kepada Megat sambil menyalam dan mencium tangan suaminya itu. Untuk pertama kalinya mereka pergi ke arah yang berlawanan. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis…setiap hari dijalaninya dengan sempurna.

Belum pernah Sarah merasa sepuas itu. Dia berjaya! Dia mampu untuk bergerak ke tempat kerja tanpa perlu pengawasan. Pada pagi hari Jumaat, seperti biasa Sarah naik bas ke tempat kerja. Ketika dia ingin turun di destinasinya, pemandu bas itu berkata “Cemburunya aku melihat kamu”. Sarah tidak yakin adakah pemandu itu berbicara kepadanya atau tidak. Lagipun, siapalah yang ingin cemburu kepada seorang wanita buta yang sepanjang tahun lalu berusaha mencari kekuatan dan keberanian dalam hidup?

Dengan penuh tanda tanya, dia bersuara kepada pemandu itu, “Kenapa kamu kata kamu cemburu kepada aku?” Pemandu itu menjawab, “Kamu pasti senang selalu dilindungi dan dijagai seperti itu”. Sarah tidak memahami maksud pemandu itu. Sekali lagi dia bertanya, “apa maksudmu itu?” “Kamu tahu sepanjang minggu ini sahaja, setiap pagi ada seorang lelaki tampan memakai pakaian tentera berdiri di sudut jalan dan mengawasimu waktu kamu turun dari bas. Dia memastikan bahawa kamu dapat menyeberand dengan selamat dan dia mengawasimu terus sampai kamu masuk ke pejabat. Setelah itu, dia meniupkan ciuman, memberi hormat ala tentera, kemudian pergi. Kamu wanita yang beruntung”, kata pemandu itu.

Airmata bahagia membasahi pipi Sarah. Walaupun dia tidak dapat melihat secara fizikalnya, tetapi dia selalu dapat merasakan kehadiran Megat disisinya. Dia beruntung dan sangat beruntung kerana Megat memberikan hadiah yang jauh lebih berharga daripada penglihatan, hadian yang tak perlu dilihatnya dengan mata untuk meyakinkan diri, hadiah cinta yang dapat menjadi penerang di manapun ada kegelepan.

sumber  motivasi

Sekilas : Bahagia bukan?

No Responses to “Inilah Cinta”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: