sekilas
a simply life

Pening. fotostat sana sini.

Pagi ini, sampai sahaja di office keadaan menjadi agak kelam kabut. terbukti dengan diri aku yang entah berapa kali pergi bilik fotostat tu untuk fotostat la kan..takkan la nak pergi makan plak time bulan-bulan puasa ni.

aku dan sahabat-sahabat yang lain bertungkus lumus membuat salin seberapa banyak yang boleh dalam keadaan haru biru apabila diumumkan oleh Lily “kalau sorang tak hantar, semua orang tak dapat gaji kak”…aduhai!! kasihan kamis emua. yang tak dapat pengesahan lagi beratur pula macam nak minta autograph Mawi untuk sahkan SALINAN INI DISAHKAN BENAR. tahu sangat pulak orang-orang ini dengan kebenaran salinan itu.

sepatutnya, salinan aku juga disahkan oleh abang iparku, Zaire. Tetapi, entah di mana silapnya, mulut aku berat nak bertanya untuk kali kedua di manakah cop dia dan meminta dia menandatangani berhelai-helai salinan tersebut. — Buang masa dia mungkin menghadap benda yang sama. Penyudahnya, sampai sahaja aku di ofis dan membuat beberapa salinan di bilik fotostat tu, aku naik ke tingkat 7 berjumpa dengan Encik Sani untuk dapatkan pengesahan.

Baru nampak muka dia tu ha…padahal duduk satu bangunan…makanya, dia lar yang tolong sahkan salinan yang aku bawa tuh. tapi, punya sengalnya Norfa ni…bila kembali je kat meja. rupanya ada lagi yang belum disahkan. mengom!! Pastu amik beberapa lagi salinan pergi jumpa Puan Kamisah pulak..beratur la kami…

ADa lagi kalau ikutkan nak disahkan…takpela. jumpa Sani jela lagi sekali. lagipun kene jumpa tiap2 bulan sebab punch card aku pun kena buat salinan dan perlukan pengesahan. dia ada jugak tanya “aik, nak kira gaji kena buat semua ni ke?” okey..rupanya dia salah. dia ingat aku ni SPS sedangkan hakikatnya aku adalah PKS yang dianak tirikan di pejabat ini.

hurm, lepas selesai semua tu..kumpulkan kat atas meja. aduh! kelam kabut aku melihat semua orang keluar masuk dan kertas bersepah sedikit (sikit je, pastu Ayong dah susun dengan jayanya). AIn punya pun dah setel, tadi Sepet (panggilan untuk boyfren Ain) datang bagi borang gaji yang telah siap di tandatangani oleh beliau. dan sempat lagi aku bagi kuih raya yang Lily buat kat Sepet, suh sampaikan kat Ain. yela, sepet mesti jumpa Ain punya untuk bagi kuih tuh.

“Ala, Kantoi plak nanti. takde plastik ke?”

dalam hati aku, aik, nak bawa kuih raya pun kena sorok-sorok ke kat office. memang takleh buat kerja lain eh?

“Takdelah ini kan bulan puasa”

oh seakan mengerti suara hatiku..kuang3..takut orang ingat dia tak puasa la plak kan. sorry ye bro…!  last-last bungkus pakai surat khabar jer. ader orang syak tak? lantak lu la Sepet…salahkan Ain sape suh benti keje..hehehehe…

**************************************************

Tadi ada perjumpaan dengan Puan Razita. Tak banyak yang dibincangkan.

Macam mana kerja kamu semua? Setakat kamu kerja kat dalam ada masalah? PC masalah ke orang masalah ke?

Berapa average korang boleh siapkan data satu hari?

Siapa yang belum siapkan data lagi?

Kenapa sikit je ni? siapa lagi yang akan berhenti kerja? oh tinggal 10 orang jela nanti. takpe kerja pun dah tak banyak.

End of disscussion.

Hurm, nampak gayanya PKS ini akan berhenti juga setelah 6 bulan. apa boleh buat..kena berusaha lagi mencari pekerjaan baru sebelum tiba waktunya.

sekilas : hari ini pulang lewat la gamaknya tunggu kakakku pulang dulu.

No Responses to “Pening. fotostat sana sini.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: