sekilas
a simply life

Salam Satu Malaysia di bulan Ramadhan yang mulia ini. Salam kemerdekaan…

Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia…dan kepada umat Islam seluruh dunia, kita masih lagi di dalam kehangatan bulan Ramadhan, bulan kemuliaan di mana segala ibadah kita pada bulan ini berlipat ganda ganjarannya.

Hari ini 31 Ogos 2009 merupakan hari kemerdekaan ke-52 buat seluruh rakyat Malaysia yang meraikan hari kebebasan Negara kita daripada penjajah satu ketika dahulu. Bagi rakyat Malaysia yang lahir selepas tahun kemerdekaan tahun 1957, pastinya kita tidak dapat merasai apa yang pernah dirasai oleh generasi lalu yang benar-benar menghargai erti kemerdekaan ini.

Tidak banyak yang ingin aku perkatakan mengenai hari kemerdekaan ini. Bukanlah ia tidak membawa apa-apa makna buat aku. Sebagai rakyat Malaysia aku cukup berbangga kerana dilahirkan dan dibesarkan di sini. Ia cukup membuat aku bersyukur kerana penderitaan rakyat-rakyat di Negara lain cukup memberikan aku keinsafan apatah lagi Negara-negara Islam seperti Palestin dan lain-lain yang terpaksa berjuang untuk meneruskan hidup berbanding aku di sini yang dapat merasa kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT. Sesungguhnya aku bersyukur dengan keadaan aku ketika ini.

Kemerdekaan pada aku terlalu besar maknanya untuk diperkatakan. Bagi generasi alalu, mereka rasa bebas daripada penjajah yang dahulunya membuatkan rakyat Negara ini terseksa. Bagi kami generasi baru, kami cuba membebaskan pengaruh Negara luar dari terus mencemari budaya dan adat Negara ini. Pastinya, kemerdekaan buat kami maish belum tercapai. Malah lebih banyak anasir-anasir luar yang masuk ke Negara ini dan cuba menjajah pemikiran-pemikiran anak muda ketika ini.

Aku tidak mahu komen lanjut hal ini, kerana siapa tahu aku juga mungkin terpengaruh akan hal ini tanpa disedari. Tetapi, secara jujurnya aku sendiri masih belum dapat merasai kemerdeaan di dalam diri aku. Banyak perkara yang belum lagi bebas di dalam diri dan pemikiran aku. Entah kenapa ia masih berkurung dan terkurung di dalam minda ini. Nyatanya, aku inginkan semua ini keluar dari kotak fikiran ku secepat mungkin. Aku ingin jiwa dan mindaku bebas dan merdeka daripada segala perkara yang menyeksakan.

Apa yang menyeksakan? Biar sahajalah Allah yang mengetahuinya. Terkadang melihat tiadanya luka, tiadanya cacat cela,tiada yang menyeksakan seseorang insan itu. Terkadang kerana kehilangan ahli keluarganya, tiada yang menyeksakan seseorang itu…benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…terkadang bagi insan lain, ia bukan satu masalah buat dirinya…tetapi, bagi seseorang itu….itulah masalah yang terkadang pada pemikirannya tiada penyelesaian. Sedangkan segalanya ada di hadapan mata. Yang penting, aku perlu berusaha dan tawakal kepadanya.

Cewah, mentang-mentang lar bulan puasa sekarang ni…ayat nak berunsur dakwah jerk..huhuhu…okeyla…dikesempatan ini ku ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Berpuasa dan salam kemerdekaan..salam satu Malaysia buat semua rakyat Malaysia…

MERDEKA!!! MERDEA!!! MERDEKA!!!

No Responses to “Salam Satu Malaysia di bulan Ramadhan yang mulia ini. Salam kemerdekaan…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: