sekilas
a simply life

Yeahh..dapat duduk sambil tido di dalam bas.

Assalammualaikum…dan selamat pagi!!

Alhamdulillah…pagi ini dapat aku bernafas seperti biasa dengan nikmat kurniaan Allah Taala. pagi ini masih sejuk seperti semalam dan semalamnya. Aku jugak datang ke stesen bas lebih awal daripada biasa. dapat duduk, malah banyak lagi seat-seat kosong.

semalam, pulang awal tetapi tidak begitu sedar dengan masa yang berlalu. jam 3 petang sudah punch card keluar. hurm, seperti biasa juga, menumpan Cik Ain kite. Mekasih ye Ain. Sampai sahaja di rumah, terus naik bilik, tukar baju…kemudian, bawa baju-baju kotor untuk dibasuh. teringat pulak pesan kak shila suh basuh baju anak-anak dia. sumbat je semua dalam mesin basuh. apa susah…bukan pakai tangan pun. Kemudian, duduk kat ruang tamu amik fon call mak. Macam dah lama je tak borak-borak ngan mak.

pastu, kemas-kemas rumah, sidai baju. Dah selesai je keje pastu Asar dulu, dalam kul 5 petang aku pi jemput anak kesayangan Suhaila dan Zaire kat Taska. huhuhu… suka betul Danial ngan Iskandar kalau aku datang amik dorang. pastu soalan cepumas dari Danial selalunya ni ” Mana kereta?” muahahaha…banyak duit mak bapak dia nak bagi aku kereta. jalan kaki jela…bukan jauh pun.

dari Taska lagi aku dah ader bau macam orang berak. sampai rumah, rupanya Iskandar yang berak. tak senonoh betul…Pi cuci berak dia, pastu terus mandikan dia. Lepas tu, Danial mandi sdn bhd. aku mengambil kesempatan untuk rilek2 chit chat dengan MyCinta di talian YM sambil ber’webcam’ hehehe…anak buah aku toksah citer lar..mesti mengacau. Danial siap cakap “Maksu kedekut” sebab aku tak bagi dia usik laptop aku. kalau reti main game tu takpela jugak. ini tak reti main…nanti menjahanamkan laptop aku jerk….

dalam kul 645pm kak shila pun balik….dan makanan berbuka puasa aku ialah Nasi Ayam. seingat-ingat aku lar, sepanjang aku duk rumah kak Shila ni..asik makan ayam jerk…..nasib lar ader keropok ikan..dapat jugak rasa makanan perasa ikan..huhuhu….

okey lar ciau….nanti aku updet lagik yer..

Sekilas : pagi tadi sahur telur goreng, roti ngan keropok ikan jer. boleh?

One Response to “Yeahh..dapat duduk sambil tido di dalam bas.”

  1. mkn ayam je eh..ok la tu,sdp ape..nak mkn lain tgu dapat gaji pastu beli ikan ke sotong ke udang ke..hehe..esk da bley lunch ngan kengkawan la kan??suke la tu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: