sekilas
a simply life

Cuba menaip dengan penuh rasa bosan…

mengantuk rasanya. Seperti semalam, aku bangun lebih awal daripada biasa demi menyuapkan makanan ke dalam mulut dan masuk dalam perut. Tapi sebenarnya tak lalu makan walaupun nasi ada, dan ayam yang menarik perhatian nafsu manusia-manusia yang kelaparan.

 

Boleh aku buat sesuatu?? Pastinya boleh, aku yang taip benda alah ni. Takkan nak Tanya orang plak boleh ke tidak aku nak menaip. Aku punye suke lar nak taip ape pun. Huhuhu…

 

 

Malam sunyi ku sendiri

Duduk sepi di atas pohon

Kubiarkan rambutku terurai

 

Tanpa kaki kelawangan

Anjing dan bulan purnama

Ku Menanti kekasihku yang belum mati

 

Kapan mati kekasihku

Ku menanti kau di sini

Ayuh mati bunuh diri

Biar kita jumpa lagi seperti dulu

 

Mana mungkin ku kembali

Hidup lagi seperti dulu

Kecuali engkau mati

Mohon mengerti

 

Ini bukan aku taip..hahahaha….takut tak??

Ini lagu Alda – Menanti kekasih, orang kata…orang kata la…orang yang kata tu pun Masayu Salleh. So pi Tanya die eh. Dia kata, Alda ni mati eksiden..agaknya sebelum dia mati dia buat lagu ni kot….kot la…

Kang orang kata aku buat fitnah lak kan…

 

Hari ni rakan-rakan sekerja tengah buat aktiviti kewanitaan (yang wanita jela kan) buat make over pulak…kakak2 di depan sedang menghadap computer..tak tahu lar apa yang dibuatnya. Kamarul Ariffin dah tutup computer, dia tak tahu nak tafsir gambar kat desktop tu…main game pun die asik kalah jerk….

 

Fazlie sedang membaca buku. Kajian telah mendapati orang yang suka membaca buku ini adalah orang yang begitu tekun dalam membuat kerja sebabnya dia asyik membaca sampaikan tidak memperdulikan orang lain…tapi aku walaupun suka baca buku, aku bukanlah seorang yang tekun seperti dalam kajian tersebut. Aku jaranglah dapat menekunkan diri aku ketika membuat kerja, mesti kena ada gangguan…gangguan makanan ke, gangguan perbualan ke, observation ker, termenung ker? Itu semua gangguan la..gangguan yang dibenarkan oleh minda aku ni la.

 

Jam menunjukkan 945am…lagi 15 minit menuju jam 10 pagi. Kejap lagi kami akan pergi mane ntah…nak amik thumbprint kami…agaknya mereka dah merasakan kami ni menyusahkan bila takde pas keluar masuk. Oh aku telah mendapat sebuah buku pemberian Faizul…hahaha…Faizul ke yang bagi…?? Dia tolong bagikan jer…Kak Ena suh dia bagi kat kitorang sorang satu..tapi ada lebih, so, aku amik dua..hik!

 

Sedang aku leka menaip, ader plak orang kat sebelah ni pun nak main taip2…tapi menaip apa pun aku tak tahu…Tadi Kak Ena ada bagitahu gak, 2 orang daripada kami akan bergerak ke bahagian operasi iaitu Diyana dan Kamarul Ariffin…oh, nampak gayanya tak dapatlah aku memanggil nama tersebut di dalam bilik ini. Kena keluar ke depan la kalau nak menyebut nama Kamarul Ariffin tuh..hahaha..sengal “~!

 

Sambil mendengar lagu2 tahap jiwang dalam henpon aku ni, aku teruskan lagi aktiviti menaip..bosan sangat kan minah nama Norfa ni. Ayong tengah men Solitaire..Lily sambung baca novel yang aku bawa semalam. Faizul (mamat nila yang tgh sibuk menaik tu..)

 

Oh nmpknye lagu-lagu tersebut tu kena di padamkan kerana mungkin ia mengganggu ketenteraman orang-orang yang bekerja di sini…maaf!! daripada slow kan baik padam terus. Paham paham..hik hik!!

 

Kajian telah mendapati font times new roman ini mempunyai persamaan apabila kita menaip huruf ‘L’ dalam huruf kecil dan nombor ‘1’…cuba aku taip sekarang ‘l’ dan ‘1’..hahaha mesti korang tak caya…ingt aku taip benda yang sama la tu…Sengal lagik“!!

 

Orait almost 10 am…got to go…c u for the next post…tata!

 

 

 

2 Responses to “Cuba menaip dengan penuh rasa bosan…”

  1. giler la ko ni…

  2. ntah pape tah..huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: