sekilas
a simply life

Ada jugak seorang perempuan yang bekerja di pejabat berhawa dingin ternak lipas…

bukanlah nak kata apa…tadi aku tolong mak kemas office bos dia kat Jalan Jelatek tu…itu sudah mesti..dari zaman akak aku sumijelly tu tak kahwin..sampai dah anak 3…mak aku masih gagah lagi bekerja di situ..err….itu cerita lain la plak kan…

tapi yang aku nak cakap ni kan. pasal budak kat office tu la. nak kata lelaki tapi perempuan. masalahnya, dia tu tak reti nak jaga kebersihan kat tempat dia bekerja. orang lain pun makan dan minum juga. orang lain pun mungkin sibuk macam dia jugak. tapi dia ni mengalahkan orang yang mempunyai urusan seri paduka baginda.

pelik betul aku. kalau sekali jer aku tengok takpe. tapi makin menjadi. mula-mula aku tolong mak, tempat dia tu kat dalam tong sampah tu penuh ngan sampah makanan. kalau kering takpe. berair tau tak..minuman yang tak abis tu terus je dia buang dalam tong sampah dia tu. dia ingat kat pasar malam ke apa. pejabat la wei..bukan takde tandas dan sinki kat ofis tu..beberapa langkah je kot kalau nak buang air lebih tu. ini sampai basah la tong sampah dia tu. takpe lagi la…

lepas tu, dengan cawan atas meja dia…makan agaknye bersepah kot. padahal ader je ruangan untuk mentedarah kat ofis tu. Ustaz (bos) siap sediakan meja bulat, ader cerek, tempat cawan pinggan mangkuk lagi kat situ. apa kehalnya dia dengan selekehnya makan kat tempat dia tu.

itu hari pertamanya la aku tolong mak…hari seterusnya plak..(biasanya mak akan datang semula untuk kemas selepas 2-3 hari)… aku tengok tong sampah orang lain takdelah macam dia….kejap je dah penuh. orang lain tu sampaikan takde langsung sampah. sampah yang buat penuh tu pulak, sampah makanan. ape dia ni takt ahu ke nak buang sampah makanan kat tong sampah yang besar kat dapur tu…orang lain pun takde teruk macam dia. kalau kering, takpe!! macam biasalah basah….lepas tu, bukan tong sampah tu je yang basah. dengan karpet-karpet tu pun basah. pelik betul aku.

aku cakap ngan mak…”ape orang ni buat sampai basah karpet bawah meja ni.” mak kata, mak dah tegur staf tu, tapi..dengan keadaan yang berlaku ni..memang tak makan saman la kan. dah besar panjang kot!! mak aku pun bukan kuli dia ikut suka-suka hati dia nak buat busuk kat office tu.

sedang kau mengambil sampah dalam tong sampah dia tu..tetiba keluar anak-anak lipas dari dalam plastik tu. korang bayangkanlah…dia ni jaga jebersihan camner…kat tempat orang lain takde pun aku jumpa lipas. sebab dia letak makanan dalam tu..makanan tak abis licin..dengan air tak habis…sampai berair-air la tong sampah tu…aku ingat lipas pun suka duduk tempat dia. meja macam biasa kotor….macam budak tadika makan kat ats meja…paham jela kan keadaan dia.

dan malam tadi…tadi lepas Maghrib aku pergi lagi dengan mak…memang masih begitula bakul sampah dia. sampai aku terpaksa bawa bakul sampah dia tu gi toilet untuk bersihkan sebab ada air teh dalam tu…anak lipas pun ader okey!! aku ingat memang dia baru belajar ternak lipas la. itu anak lipas dah berekor-ekor…kalau dibiarkan sikit sampai sebulan..terus jadi mak bapak lipas…

aku tengok meja dia pun bersepah…mak mestilah tak berani nak usik, takutlah nanti kerja-kerja ofis dia tu prblem pulak kan. tapi, dengan pensil pen bawah meja…dengan tempat CD bawah meja…sudu-sudu di atas meja…botol kosong di atas meja…speaker bersama cawan-cawan di bawah meja….orang utan ke aper dia ni???

aku tengok meja orang lain pun bersepah jugak dengan kertas-kertas atas meja..tapi takdelah selekeh macam dia. even ader bekas makanan dalam bakul sampah tu pun, sampah kering..takde la plax sampai lipas nak datang kerumun kat bakul sampah tu…meja orang lain…2 kali datang, kadang-kadang baru aku tukar plastik sampah. sebab sampah dorang kering..boleh amik jer pakai tangan..macam kertas-kertas tak guna dsb…

tapi kalau tempat dia..aku ingat hari-hari kena tukar plastik sampah..sengal!!

DSC03970

DSC03971

DSC03972

itu jela…kang tunjuk yang lain-lain kang, banyak lagi yang aku komen! untuk pengetahuan korang, meja di apaling depan..kalau nak masuk ofis ni..memang jumpa dia dulu la…!! huhu…teruk minah ni (padahal tak pernah jumpa pun)

 

sekilas : Tahniah kepada rakan-rakanku yang sudah bergelar graduan pada 1 Jun 2009 yang lalu…

5 Responses to “Ada jugak seorang perempuan yang bekerja di pejabat berhawa dingin ternak lipas…”

  1. ikhlaskan diri dan biasakn buat sesuatu kerana ALLAH, insyaALLAH semua akan tenang.. setiap pekerjaan yg dibuat ada risiko tersendiri mengikut bidang dan skop kerja yg diceburi..sabar adalah jalan terbaik yang diajar oleh agama kita..semoga dgn berkat kesabaran dan keikhlasan kita tu dapat menjamin kehidupan dikemdian hari..
    `tahniah kepada saudari kerana menjadi anak yang prihatin dan bertanggungjawab, bkn sng nk cari org muda yang sanggup buat cam saudari’..

  2. yela……ape plax kaitannye ni…..
    bukan nye nk pertikaikan keje tlg mak, ikhlas atau tak….!!
    en.fakhri…terima kasih yer…

  3. apatutla tersedak2… rupanya namaku disebut2..
    anak dah tiga ko… cuba bilang dh baper tahun mak kerja kat citu?? lama kan??
    huhuhu…..siap leh g bercuti dan wat umrah lagi…

  4. ye ye…lama tuh…”mak tolong benti keje!!!”

  5. hehehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: