sekilas
a simply life

Hari ini sangat sedih =(

Maafkan saya…mungkin saya bersalah. tapi, saya telah mencuba yang terbaik.

Kepada blogku yang setia…

Hari ini aku bertemu dengan Encik itu, dalam keadaan hati yang berdebar2, aku tiba seawal jam 9 pagi di depan biliknya. Membawa satu harapan agar Encik itu menerima kerjaku ini dan mengambil kira progress aku. Sebenarnya sejak semalam apabila aku dapat tahu tarikh akhir melihat progress itu adalah semalam jugak. aku terus sedih..dan sedih..dan sedih…

aku telah meletakkan harapan tinggi terhadap perkara ini. tapi, sayangnye kemusnahan itu terjadi jugak. Mungkin ada hikmahnya. Encik itu kata, aku tak tunjuk satu progress pun. oh blog ku yang setia…adalah salah kata-kata dia itu….sedangkan aku telah tunjukkan storyboard…dan aku telah tunjukkan model karakter aku pada dia. adakah dia lupa wahai blog??

Aku tergamam…tatkala itu aku membalas. aku telah menunjukkan storyboard tersebut. tapi time tu, kau tahu jela blog…aku terlupa cakap aku dah tunjuk model karakter yang aku bawa dalam kotak speaker milik Julie. Dan last Friday, aku jadi sangat bengang apabila, rakan-rakan tidak memberitahu aku kelas itu batal…(dan aku juga tidak mengambil iktibar akan perangai budak2 kelas itu) ..akhirnya, ini yang terjadi. aku lewat menghantar progress.

Aku tak terdaya nak melawan kata-kata Encik itu. Maklumlah..dia pensyarah..siapalah aku? aku berusaha jugak untuk medapatkan markah progress ku itu. dengan memberi kata-kata yang kebiasaannya buat orang yang terlewat hantar…huhuhu..tapi katanya, daripada 4 progress, hanya 2 sahaja akan diambil kira. lagi 2 sah2 burn…20 markah untuk progress ini. tapi aku gagal untuk mendapatkannya.

Wahai blogku yang setia,

ketika aku melangkah kaki keluar dari bilik Encik itu, air mata aku terus jatuh menitis. oh sedihnya…sedih kerana aku gagal mendapatkan yang terbaik untuk diri aku. (kesilapan aku kerana tidak terus peka dan tidak rajin) ..aku sedar…kerana itu, aku tidak berdaya melawan kata-kata Encik itu. walaupun hati aku sangat sedih, aku terpaksa redha..My Cinta kata, “takpela, dah lepas dah pun” yee….tapi, aku sedih..waaaaa…=(

Oh blogku,

aku berharap, untuk final ini aku mendapat markah yang sewajarnya (kalau bagus, bagi banyak la markah, kalau tak, takpela bg sikit) aku pasrah….

sekilas : padan dengan muka aku!!

7 Responses to “Hari ini sangat sedih =(”

  1. sabor je laa.ada hikmah disebaliknyer…
    mungkin lain ari good luck yang melimpah ruah..🙂
    try ur best more

  2. huh? menitiskan air mata? iskkk… jgn la….

  3. aku kenal encik itu… dia memang perangai babi. penah dia failkan semua kwn2 aku. laknak. dah la bapuk lembut aku rasa nak pijak2 yo…

  4. hehehe…aik..ko masih marah membara ngan die yek…

    harap2 dia tak gagalkan aku plax…huaaa =(

  5. thank you…
    tu la..mungkin ader hikmahnye…tp nk tggu apakah hikmahnye tu la yg jd pusing..huhu

    dah lepas presentation dah pun, harap semuanya okey… =)

  6. My Cinta kata, “takpela, dah lepas dah pun”
    tu dia kata…

    ni akak ko kata….
    “lain kali tumpukan perhatian kat Universiti tu…bukan g ngedat jer”.

    muahahaaaaaaaaaaaaaaa

  7. kakak yang kejam.. hahahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: