sekilas
a simply life

Sekitar tayangan perdana 3BM

 

jam 825pm, aku dan Satilah bersiap-siap untuk ke fakulti bagi menyertai tayangan perdana 3 Budak Melayu…Kebetulan Anira baru balik, kitorg ajak die pegi sekali.

tayangan tersebut lambat start sebab masalah ‘teknikal’ yang dinyatakan oleh seorang perempuan yang ‘prasan’ bagus. masalah teknikal tersebut tiada masalah dengan aku. tapi, minah tersebut yang bermasalah….setahu aku, minah ni merupakan salah seorang daripada kumpulan yang terlibat dengan 3BM ni..kirenya dia pun amik jugakla kursus yang sama…masalahnya minah ni bersuara seolah-olah dia tu takde kaitan dengan kumpulan tersebut setelah orang ramai ‘boo’ kat sebab tayangan lambat bermula.

apa yang jadi masalah sangat minah ni cakap “maaflah saya cuma emcee je, saya tak tahu apa2”

hello cik kak!! ko dah la duk depan tu mewakili group ko…tapi ko cakap seolah-olah nak lepas tangan dari masalah yang berlaku…group la group….ko tak kesian ke kat kawan-kawan yang resah gelisah kat luar tu memikirkan kedatangan 2 orang penting untuk filem ko ni….ko kat dalam ckp tak tahu apa2…dan buat statement “sy cuma emcee je” ….boleh blah laaaa…..

satu lagi masalah aku dengan minah ni….salah ke kalau aku cakap “ala, korang krew takyah la bergambar kat sini” ….dan ko balas balik “sepatutnya penonton yang tak perlu bergambar kat sini” …ini aku memang nak cakap ko ni bongok!!…ape guna ko buat stage comel tu siap tampal poster..kalau bukan nak bagi orang bergambar kat situ..??? korang yang sebagai krew tu, waktu benda alah tu dibina pun boleh bergambar kot…aku takde msalah pun dengan orang lain…tapi minah ni yang bermasalah agaknye…krew lain ilek je!!

aku pun takde masalah untuk hal bergambar tu..just mulut minah ni cakap macam tak berfikir dulu….arini memang ramai la orang yang kene bongok ngan aku…dengan budak-budak kelas pagi tadi yang macam p***t…pentingkan diri tahap bongok….huhuhu…sorry yer semua!!

sementara menunggu tayangan bermula…aku dan rakan-rakan just snap2 gambar jer untuk isi masa terluang..huhuhu…

stage ni la yang minah tu kata "sepatutnya penonton yang tak payah bergambar" -- wekk!! ade aku kisah.
stage ni la yang minah tu kata “sepatutnya penonton yang tak payah bergambar” — wekk!! ade aku kisah.
antara krew 3 BM -- kesian kat dorang..penat ni!
antara krew 3 BM — kesian kat dorang..penat ni!
my friends...
my friends…
oh kawan lagi..huhuhu
oh kawan lagi..huhuhu
Bersama Ridset n Cici
Bersama Ridset n Cici

Tayangan bermula sekitar jam 11 malam…dan berakhir lebih kurang jam 12 ….

sedikit cakap kosong dari aku huhuhu :

1. filem ni mempunyai banyak unsur sindiran terhadap sesetengah individu seperti Razak Mohaideen, Rushdi Kubon, Farid Kamil…. —- ini pada pandangan aku la….kalau korang tak setuju…ade aku kisah?

2. disebabkan penulis skrip (maybe) terlalu ingin menyampaikan semua perkara, jadi dialog Sarukhan tu terasa agak membosankan untuk bercerita tentang filem apa patut dihasilkan…mungkin pengarah tak mahu masukkan scene ni kot..tapi dah ader dalam skrip…kenela ikut kan…(nama pun under subject)

3. Voice over terlalu …… apa patut aku cakap eh…erm, maybe aku rasa tak sesuai sangat dengan nada suara Epol yang tinggi…patut dia perlu bercerita dengan lebih bersahaja. ia kelihatan seperti sengaja untuk ditekankan untuk memberi mood pada VO tersebut..sorry, ia nampak tak menjadi.

4. filem ni best sebab pengarah dia Mamu..hehehe…dia ader style pengarahan tersendiri. Maybe Hassan Muthalib rasa gaya pengarahan itu tak sampai pada tahap-tahapnya. ada la 2-3 perkara yang pengarah terlepas pandang…tapi, dia dah buat apa yang dia mampu dengan masa yang sangat suntuk…

5. Aku suke usaha 3 orang sahabat ni untuk mendapatkan duit supaya dapat buat filem. bila mamat dadah tu datang nak pau Epol rasa best sebab ia buat aku rasa suspen…mamat dadah ni macam tahu-tahu je Epol tu baru dapat duit..aku suke bila tiap kali Mamat dadah ni muncul tak kira masa dan tempat..nampak klaka plak…

6. Watak Radhi Khalid tu kalau takde pun takpe kot time Epol ngan Zuren gi minta derma kat rumah aunty tu. aku just tak nampak ape kepentingan dia…tapi kalau Radhi Khalid bawa watak Sarukhan tu..aku rasa lagi okey kot..

7. aku harap pensyarah dapat bagi yang terbaik untuk apa yang dorang dah bersusah payah dan berpenat lelah menghasilkan benda alah ni…terutama pada mereka yan terpenting sampai tak tidur malam dan terabai perkara-perkara yang lain..

Good luck for you all yang terlibat….peace!

sekilas : isi yang atas2 tu memang tuju terus kat minah tu…terima jela yer…itu yang berlaku, aku cakap. yang lain sekadar pendapat….TQ

4 Responses to “Sekitar tayangan perdana 3BM”

  1. betul betul betul!!!

    pendapat no 6 – strongly agree.

    yang lain pun agree jugak!

  2. no 6 tu ader 2 hala tuju pendapat sama ada setuju Radhi Khalid takde atau setuju Radhi Khalid jd Sarukhan…huhuhu

  3. oi gua minah tu. jom wrestling dengan gua!

  4. Puas aku baca dari atas smpai bawah….takde plax aku ajak orang wrestling….!

    pelik ni!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: