sekilas
a simply life

Kehidupan yang tidak sihat

semalam aku ngan iela, jijan melepak di kandang kedai Pak Halim. Erm, aku punya idea untuk ke sana sebabnya terasa busan duduk di rumah tanpa aktiviti yang berfaedah. (sangat la). ingat nak lepak minum jer lantas aku dan Iela order ns goreng kampung sebagai menu untuk malam itu.

kalau tidak ke kandang aku hanya duduk memerapkan diri di rumah sampai aku jadi seorang yang sangat pemalas. entah bagaimanalah mak mertua aku membuat penilaian ke atas aku kelak dengan sikap aku ini. harapnya aku akan terus membuat perubahan. tapi, aktiviti masakan di rumah ini berjalan dengan rancaknya. kalau bab makan siapa yang di antara kami terasa lapar sangat pasti tanpa segan silu terus ke dapur untuk memasak nasi dan lauk pauk. huhuhu….kadang-kadang aku jadi orang yang paling malas untuk memasak sebab Iela selalunya lapar dulu..hahaha…ada ka patut? tapi aku ader juga memperjuangkan menu-menu aku untuk santapan mereka. sedap tak sedap tu tak tahu ler aku.

semalam mengingatkan aku pada aktiviti membuat karipap bersama Julie dan Satilah. Lipan asik perli je kata pasal aktiviti tersebut siap Tomok pun tahu kitorang buat karipap. apahal ni?? eeiii nak kena Lipan ni. aku rasa aku masih belum layak untuk dilepaskan oleh keluarga untuk menjadi surirumah sepenuh masa bersama seorang suami.huhuu…bab-bab memasak ni memang hampeh!

karipap yang aku hasilkan membentuk pelbagai bentuk sehinggakan aku rasa ia patut dijual dengan harga RM1 untuk 10 biji…hahahaha..maknanye teruk la kan. Inti karipap tersebut dibuat oleh Satilah, tepung tersebut dibuat oleh Julie, dan rekabentuk dibuat oleh kami bertiga. secara jujurnya, aku punye paling teruk…

Lipan dengan lagaknya memberitahu tentang kehebatannya menghasilkan karipap. eleh..bawa datang tengok..nanti aku beli bahan semua ko buat tau Lipan.!! huhuhu…

Nak tengok rupa karipap yang elok…hehehe..yang elok jela yer…

dsc03574

Tahniah kepada rakan-rakan ku..hehehe..lepas jugakla buat makan petang and pagi utk 2 hari…sebab buat lebih kan.senang terus goreng. Lepas tu, aku juga telah cuba memasak ayam masak lemak cili api..hahaha…aku sebenarnya memang tak pandai masak sangat gulai-gulai ni. tapi try-try jela…maaf gulai itu tidak sempat untuk diabadikan sebagai kenangan…

Aku sebenarnya tidak begitu sihat ni. ini masuk hari ke-5 aku batuk2 dan mula selsema. semenjak hari aku tidak tidur seharian mengerjakan tesis, aku telah dilanda sakit ini…ia berterusan walaupun telah dicadangkan oleh seorang rakan untuk membeli dequadin supaya tekak merasa lega kembali. (TQ tu Mr. Sani).

malam-malam memamng rasa hidung berair dan macam nak tersumbat jela…sebab sejuk..!! aku akan jumpa doc untuk rawatan lanjut. semoga aku lekas sembuh…Amin.

okeyla..ciao!

  sekilas : nak belajar memasak dengan betul lepas ni..boleh?

No Responses to “Kehidupan yang tidak sihat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: