sekilas
a simply life

Hey, Ape ni?

Ape ni Encik? saya telah bertungkus lumus menyiapkan segalanya dalam masa yang terhad untuk Encik semak. Tetapi, jawapannya “terlalu” seronok untuk saya dengar…saya perlukan tunjuk ajar. Adalah mustahil saya tidak membuat sebarang kesalahan…

Aku telah membuat kesimpulan, Encik ini tidak membaca tesis aku dengan sepenuh hati. sekadar menyelak-nyelak helaian demi helaian muka surat kerana jawapan yang diberikan kepada aku ialah “menarik”  dan “betullah ni apa yang kamu buat”

kenapa seperti itu. ia memang jawapan yang menggebirakan tetapi tidakkah ia kelihatan macam sangat pelik sebab tiada pembetulan perlu dilakukan. adoiyai….pening! Semoga segala-galanya berakhir dengan gembira juga seperti mendapat keputusan yang bagus..huhuhu

dahlah aku datang pukul 1pm, lepas tu bila kau mesej dia kate “1.45pm pls. Sorry” . aku tunggu 45 minit kat depan bilik dia di atas tangga sambil posing pelbagai aksi..huhuhu…

aksiku

Lepas tu pukul 1.50pm aku mesej lagi “boleh jumpa sekarang tak?” terus aku nampak di abuka pintu bilik dia…maknanya selama 45 minit aku di situ, Encik ini telah berada di dalam bilik. Dan katanya dia tertidur kerana tidak cukup tido akhir-akhir ini. Ye…saya faham encik…

penantian selama 50 minit itu berakhir dalam masa 10 minit sahaja??? bayangkan apa sangat yang dibincangkan..lagi pulak apabila sebenarnya Encik ini tidak membaca tesis aku!! oh tidak…macam mane aku tahu dia tak baca…dia tanya semua soalan yang aku dah jawab di dalam kajian aku itu. maknanya dia tak baca….kalau dia baca, dia tahu aku ada menulis tentang apa yang ditanyanye itu…

dan rupanya jam 2 pm encik ini ada kuliah bersama pelajar lain..oh tidak sekali lagik!!..

mengapa lah dia tidak mengaturkan temujanji di waktu masanya terluang…petang-petang pun takpe…janji ada perbincangan ilmiah dilakukan..

maafkan saya encik, saya agak kecewa!!

sedangkan pensyarah lain yang duduk beribu batu jauh dengan saya sudi menjawab segala pertanyaan saya dengan jayanya dan memberi pandangan ilmiahnya…tapi apa yang berlaku ni? ape ni?

Kalau benar kajian itu menarik, terima kasih saya ucapkan. tapi sekiranya ia adalah kajian yang teruk!! saya tak dapat maafkan diri saya…

sekilas : kecewa!

No Responses to “Hey, Ape ni?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: