sekilas
a simply life

boleh aku senyum?

minggu aku pada hari Sabtu lepas diisi dengan kehadiran aku ke FINAs bersama rakan-rakan lain seperti Jijan, Lipan, By, Jaja, WakDol dan ramai lagi…

Kami di sana kerana adanya Riri Riza yang mungkin menjadi pujaan hati para peminatnya seperti Cici..hehehe…

Aku sememangnya tidak pernah bertemu secara dekat dengan Riri Riza. pertama kali diperkenalkan dengan nama ini ketika tayangan Gie di fakulti. Walhal filem Ada Apa Dengan Cinta pun aku tak tahu bahawa Riri Riza terlibat sama. Namun nama dia memang agak glamer di cuping telinga aku. apatah lagi kalau korang ada kawan yang memang suka filem Indonesia macam Cici..memang korang akan dengar la nama ni selalu.

Aku keluar rumah jam 750 pagi untuk pegi ke “ofis” by..huhuhu..dia yg suh panggil ofis..aku ikut jela..wakakaka…untuk bantu By bawa stand and papan poster Riri Riza. Kononnya bas jam 8 pagi…aku ingat mungkin sudah lewat..tapi rupanya lambat lagi bas sampai. dalam pukul 9 kot baru sampai. bertolak terus….

sampai FINAS, bertemu lagi dengan rakan-rakan lain dan terus menonton filem Gie dan Eliana Eliana. Best!

selepas tayangan ada diskusi pendek bersama Dr. Wan, Amir Muhammad, Cik Mazalida dan Riri sendiri berkenaan filem-filemnya..Satu wacana la katakan…

Apa pun Syabas buat Azmir kerana berjaya menghasilkan siri wacana sebaik ini…kau buat aku kagum..ekekeke..

balik dari FINAS aku minta kakak aku jemput aku sebab aku nak balik Pandan terus. yeah!! aku sudah sampai Pandan hujung minggu lepas bersama anak-anak buah aku yang gembira dan semakin membesar dan juga membawa penyakit baru iaitu kudis buta..wakakaka…

aku memang bermanja abis-abisan la dengan Anis Suffiyah..anak buah aku, Aisyah siap kata “Maksu ni, dalam hp gambar Anis, kat laptop pun gambar Anis.” yela…Cet!! takpe pasni letak gambar Aki plak..hehe okay tak sayang?

Hari Ahad itu aku bangun pagi la..bangun pagi yang tak tidur lagi sebab melayan karenah anak-anak itu…Dalam jam 11 pagi, aku dan kak Ida nak bertolak pergi kenduri kawen anak Dato’ la kononnye ni..jauhnye sampai ke Rawang..sampai boleh singgah Puncak la kirenya ni..huhuhu…tapi Dato’ punye pasal la kan…nasib baek ler ader aku leh gak tolong tunjuk2 jalan..huhuhu (walhal aku tanye orang jugak).

Lepas makan balik…. then selepas Maghrib ari itu pergi ke Tesco..kak Ida beli barang dapur sket..! Malam itu pergi ke rumah Kak Shila dengan mak ayah yang baru pulang dari Penang…pastu singgah rumah abang kat Cheras Perdana..pastu singgah rumah Paksu sebelah rumah abang..dekat je.

tengok anak-anak Paksu semakin membesar….Khairi rupenya dah abis SPM dah pun…lama tak berjumpa dengan sepupu-sepupu aku ni ha…

lepas tu balik tido la..hahaha…Isnin itu..sekejap je dah Isnin. aku teman mak gi Klinik Kg. Pandan..memandangkan kak Ida ader rumah so dia take over tugas mak jaga anak-anak kat rumah. dari jam 1030 pagi aku sampai situ bayangkanlah orang sikit punye ramai..jam 1 tgh hari baru kelaur..huhuhu..maklumla klinik kerajaan..itu yg ramai datang.

aku pegi bawa Anis sekali. nasib baik budak kecik ni tak banyak ragam. mak duk dalam..aku ngan Anis duk luar kat kerusi. erm..macam-macam orang la aku tengok kuar masuk. aku tahu giliran mak lama lagi. tapi bila kau tengok orang yang keluar dari klinik tu macam tak sakit jer..macam kat dalam klinik tu kedai makan or tmpat yang menarik..

sebabnya :

1. ader 2-3 orang budak India (mungkin usia 20an) keluar lepas tu gelak-gelak…macm baru lepas jumpa awek je kat dalam tu kan…

2. ader seorang lelaki (kategori abang buat aku la…takdela nampak pacik sangat) bersama anak dia kot (anak dia cam dalam ting 5 gitula)…., tanya-tanye kat luar..amik no kat maner eh? tanye kat macik yang dah tua..tak terjawab la orang tua tu..aku nyampuk cakap kat dalam. lepas tu dia keluar anak dia cakap..maam mane ni, kite gi kat klini bayar jela…dorang jalan dengan keadaan laju..pelik2 jer…sakit nak jumpa doktor ke aper benda dorang ni.

tapi memang macam-macam orang la aku tengok..yang ader keluar tu bawa anak comel giler…putih mlepak..tapi mak dia macam bukan mak dia jer..huhuhu kata mak “ko perasan tak mak budak tu? mesti dia kawen ngan omputih ni” huhuhu…cepat jer buat persepsi..

Ader satu family orang India jugak…tk tahu la anak dia sakit aper..dia mintak isterinya beli ais batu dia letak ais batu tu kat badan anak dia..demam panas la kot. aku tengok Isteri dia pastu aku tengok aku..cam takde beza jer.. datang klinik pakai selipar buruk, aku lipat seluar dah macam banjir…isteri dia lagi sempoi…pakai baju tidur…hahaha…

apa la aku ni….dah macam orang sakai..!maaf tiada gambar untuk dipaparkan..ekekeke…

memang lama dan ramai orang…jam 1 tgh hari keluar..gi kedai beli 100 plus utk kak Ida sebabnya dia kata cirit birit..sama la aku..makan kat rumah DAto punye pasal seme org cirit birit…

Malam itu, baru pulang ke Puncak..mak ayah ngn Kak Ida antakan…dan ini dia..baru ingin memulakan aktiviti membuat tesis kembali..duduk rumah memang tak berusik la…sebab aku ingin seronok bersama keluarga..boleh tak macam tu..

jadi boleh kah aku senyum untuk kegembiraan pulang ke rumah?

2 Responses to “boleh aku senyum?”

  1. sibuk nya dia.. isk isk isk…

  2. takdela sibuk sgt kan..huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: