sekilas
a simply life

Talentime & Yasmin

3337540330_f2f289fbca

 

 

 

 

3337561192_fd958a6f1d_o

Atas pujukan rayu Siti Julizah aku telah terpedaya untuk bersama-samanya pergi ke DSB, UiTM untuk menonton promosi filem anjuran pelajar semester 5, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik…

Filem Talentime arahan Yasmin Ahmad merupakan antara filem yang dinanti-nantikan oleh para peminat setia pengarah ini. Seperti biasa Yasmin mengekalkan beberapa pelakon kegemarannya di dalam filem ini seperti Harith Iskandar, Ida Nerina, Adibah Noor dan seorang lagi aku lupa namanya. Dan Yasmin juga memperkenalkan barisan pelakon lain iaitu Jacklyn Victor, Shafie, Mislina dan ramai lagi.

 Aku sangat kagum melihat lakonan pelakon baru iaitu Mahesh yang aku boleh katakan sebagai pelakon utama yang menggerakkan cerita ini. Dalam filem ini Mahesh tetap memegang nama wataknya sebagai Mahesh seorang pelajar yang bisu dan jatuh hari kepada gadis Melayu…oh ye..satu lagi kegemaran Yasmin adalah menggabungkan cinta berlainan bangsa. Kali ini, gadis Melayu (kacukan) dan lelaki India.

apa yang aku banggakan dengan Mahesh sebab :

1. Dia hensem (tetiba aku teringat watak lelaki dalam filem Slumdog Millionaire + aku teringat kawan sekolah India aku)

2. Dia pandai menggunakan bahasa isyarat

3. Dia tidak kelihatan seperti baru pertama kali berlakon

4. Dia sangat bagus menghayati watak (aku siap touching la tengok gaya dia berbicara dengan mak dia lepas mak dia pukul-pukul dia)

 

Yasmin memang sangat kreatif dalam memberikan naratif yang baik dan dekat dengan hati penonton (mungkin hati aku je kot..tak tahu la korang). dan kali ini aku macam menonton filem Tamil/Hindustan plak..sebab ader lagu Hindustan…hehehe…kisah yang dibawa cinta dan kasih sayang…antara keluarga, ibu dan anak, lelaki dan perempuan, kawan dan kawan….erm….itu ke isunya? hahahahha…Kisah persahabatan dan kekeluargaan di antara berbilang kaum…Cina, India dan Melayu. Menarik bukan? itu dah memang kegemaran Yasmin..adoyai!!

Unsur komedi tetap ada…aku memang paling paling suka babak Jit Murad masuk bertemu dengan Azean…lawak la dialog dia. bikin aku gelak…Lebih kurang gitu la dialog dia.

“Awak  tak boleh jalan ke?”

“jalan tu jarang la, tapi selalunya terbang”

 

Aku Juga sangat suka sangat  dengan muzik yang ada di dalam filem ini. Aku suka semua lagu-lagunya, kata-kata puitis nya termasuk lagu hindustan itu okay!

Kalau dah anmanya filem Yasmin, tahu jela camera work dia camne kan…aku takyah citer..korang leh tengok filem-filem dia yang sebelum ini. opening dan closing citer ni berkaitan la dengan shot pertama yang ditunjukkan pada awal filem ini. itula trademark Yasmin…walaupun sebenarnya cara itu bukan dia seorang sahaja yang buat kan kan kan..huhuhu…

 

Sinopsis:

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur (Pamela Chong), seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India bernama Mahesh (Mahesh Jugal Kishor). Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah (Adibah Noor).

Begitu juga Hafiz (Mohammad Syafie Naswip), memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu (Azean Irdawaty) yang dirawat di hospital kerana menghidap barah otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itulah yang mengubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

 

antara mereka yang terlibat di dalam Talentime

antara mereka yang terlibat di dalam Talentime

 

3 Responses to “Talentime & Yasmin”

  1. Dijemput hadir ke majlis Retrospektif Sutradara Indonesia; RIRI RIZA yang terkenal dengan filem Laskar Pelangi, Gie, Eliana Eliana etc anjuran Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM.

    Di Pawagam Mini P.Ramlee pada 14 & 15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 6.30petang.

    Antara acara adalah tayangan 3 buah filem beliau, sessi apresiasi dan bengkel untuk pelajar perfileman.

    Jadual acara boleh dirujuk di skrinfilem.blogspot.com

    Jadi, moh le ke sana… =) datang, jangan tak datang… =)

    Mintak tolong hebahkan sekali pada keluarga, saudara mara, ibu bapa, anak anak, kawan2 etc… =)

  2. geng, apa tajuk lagi 2 lagu yang si Syafie and si Pamela tu nyanyi..sedap seh lagu tuh…i was understand lagu tu nyanyian asal Aizat n Atilia..pls inform aku apa tajuk lagu tuh…aku dh tgk Talantime smlm..kt alamanda putrajaya..superb!!!aku bg 9 bintang dr 5 bintang..hahaha….tapi sayangnya 4 row seats blkg je penuh..mybe kurang promotion kot..ke org2 kita kurang layan filem yasmin ahmad??

  3. tak sure la lagu aper…
    tapi dua2 lagu tu mmg best. aku pun suke dengar.
    amboi 9 bintang..dasat tuh…
    tak tahu la promosi kurang ke aper…tapi maybe sejak filem-filem yasmin dulu timbul kontroversi ramai yang tak suke tgk kot citer die…
    harap2 bukan sbb tu la..sbb yasmin ader pengikut sendiri…atau maybe time ko tgk tu salah time kot!! sbb tu takr amai orang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: