sekilas
a simply life

Pertemuan demi satu perjanjian

hye…ade 2-3 hari kot aku tak updet blog…yeke..huhuh tak krie dengan tepat la plak..agak lama jgk ler..

Sekarang aku yang bernama Norfadhilah ini sedang sibuk mengusahakan kajian ilmiah yang semakin hari semakin dekat dateline bab demi bab berserta dengan tarikh presentation kelak. kepala aku jadi pusing sejak akhir-akhir ini. banyak plak benda nak kena buat. tapi , kalau dah pelajar itu bernama Norfadhilah, makanya budak ini selalu buat kerja last minute…(kecuali hari ni, dia telah berusaha menyiapkan animasi nya—-tak seperti selalu, esok nak hantar ini malam terkocoh-koch nak usahakan) tapi tunggu dan lihat jela, mungkin hal itu akan berlaku lagi (walaupun dah start buat kerja animasi tu sket).

nak cerita kisah aku menuju ke aswara demi satu perjanjian yang telah dibuat bersama seorang pensyarah yang terkenal di sana dan pernah mengajar di fakulti TEKA juga iaitu Dr. Anuar Nor Arai. pertemuan itu demi mendapatkan maklumat dan ilmu demi menyiapkan tugasan kajian ilmiah milik Norfadhilah ini.

hari itu adalah, hari Khamis bersamaan 5 Mac 2009. Pagi itu ada kelas En. Norman, dan pagi itu juga memang tak best kelas Kritikan tersebut sebabnya En. Norman telah memberikan kata-kata dalaman…dalam erti kata “marah” kerana ramai pelajar tidak hadir dan macam-macam hal yang bersangkut paut. penyudahnya presentation hari itu tidak dapat dijalankan kerana En. Norman seakan-akan merajuk dengan pelajar-pelajar di fakulti (mungkin ia termasuk aku, mungkin tidak..kena tanya En. Norman).

Jadinya kelas bersurai jam 1 tgh hari ..dan boleh diaktakan selama  2 jam 1/2 tu…1 jam en. Norman membebel…huhuhu…. kasihan kami en. Norman… waktu take 5aku gi kandang nak tengok ader keta untuk disewa ke tidak. tapi usaha aku itu sia-sia kerana semua sudah habis disewa. kepulangan aku setelah kelas tamat, aku ke kedai ibu. jawapan hampa juga aku terima. sehari sebelum itu, aku telah ebrtanya pada Syam BP untuk pinjam kereta dia…tapi dia nak guna kereta dalam pukul 7 untuk samapi ke destinasinya selepas maghrib. aku risaukan ketidaksempatan kereta itu sampai ke tangan Syam…

Aku cuba call Tomok…call Parpu…tapi jawapan itu tetap sama…dan aku call Azmir…jawapan Azmir pun macam Syam BP. tapi, aku prefer untuk memilih Azmir sebagai penyelamat aku dan rakan-rakan yang lain..huhu… kerana Azmir masih mampu untuk bertoleransi dengan aku..Terima kasih kerana memahami sahabatku.

selepas mendapat persetujuan, aku dan jijan menuju ke fakulti untuk amik kereta azmir..dan aku juga telah cancel dengan Syam..tak nak pulak dia ternanti-nanti aku. Aku, jijan, Satilah adalah pelajar-pelajar yang ingin menyiapkan kajian ilmiah ini…Tetapai Julie..merupakan tourist guide berjaya di kalangan sahabat yang ada..hehehe..mekasih Julie ikut kitorg sebagai penunjuk jalan..ko takde memang tak sampai la..hahaha..

kami bertolak jam 3 petang..memikirkan ingin sampai awal sebabnya takut jalan jem..nak cari bilik Dr. lagi..dan lain-lain. kami samapi di Aswara jam 4 petang..alhamdulillah..selamat sampai AWAL..hahhaa…itu kan bagus….biar kita tunggu pensyarah..jangan pensyarah tunggu kita.

Mula-mula tak nak call sebab awal sangat sampai. kang kena sound plak ngan Dr. “aku cakap kul 5..kul 5 la..” hahaha…

jadinya kami berjalan-jalan di sekitar Aswara..(padahal tempat yang sama gak pusing)..hampir jam 4.40 petang kami berada di depan ofis Hal Ehwal Akademik..sebab bilik dia kat dalam tu. Tunggu dengan penuh kesabaran…

aku membawa kamera video..(terima kasih kepada Mr. Sani) dan julie kebetulan ada bawa kamera D40  (terima kasih kepada Sue)…maka, aktiviti kami sebelum jumpa Dr. (untuk hilangkan bosan) bergamabr tanpa henti2..(sampai dah tak tahu nak pose camne dah)

Video plak..sikit2 je aku amik sebab takut bateri or tape tak cukup bile tiba masa nak temubual Dr. huhuhu…

dsc_0746  dsc_0818 

kami menunggu….

dsc_0773 dsc_0753

dan menunggu…

dsc_0826 dsc_0722

bukan saja-saja tunggu…tapi bila jam dah pukul 6 petang…kami bua tkeputusan…6.30 petang kalau takde kita gi Kg. Pandan makan pecel lele…hahahaha….setidak-tidaknya dapat makan ikan keli..Satilah sampai kan nak pergi tugu negara la amik gambar..tapi dah tutup dah tempat tu..

Akhirnya bila dah pukul 6.30 petang baru la Dr. kuar…dia ader meeting sebelum tu…kami pun masuk jumpa dia…pertemuan itu tidak sampai satu jam…dalam 45 minit jela…memang agak hampeh!… kasihan pulak paa Satilah pergi dengna keadaan hampa kerana Dr. tak mau jawab soalan dia time tu..kena bagi dia prepare dan jumpa lain kali (yeke nak pegi lagik…tak kan satilah..email jela)

ini lah Dr. Anuar Nor arai

ini lah Dr. Anuar Nor arai

kami balik….sampai puncak kau terus ke Pancha Delima untuk screening. memandangkan En. Norman sudah bising-bising itu pagi…makanya wajib untuk mengambil hatinya.

begitulah kesudahan cerita di Aswara….memandangkan itu pertama kali aku menjejak kaki ke sana..aku tak rasa hampa…aku teruja dan berbangga melihatnya..huhuhu…(malah rasa jauh ke belakang bila Dr. bercerita tentang student Aswara) syabas kepada seluruh warga Aswara..(macam takde kena mengena jerkkk)

Terima kasih sekali lagi pada Azmir, Julie, Sue (walaupun dia tak tahu), Sani, dan terutamanya Dr. Anuar sendiri.. =)

sekilas : Apa agaknya yang kurang dengan TEKA ni? Pelajar yang bermasalah atau…?

8 Responses to “Pertemuan demi satu perjanjian”

  1. ngeh ngeh ngeh… bateri tu tahan lama.. jgn risau.. tape pon ada back-up kan? guna je la… mmg sy beli utk awak…

  2. perjumpaan itu memang menghaampaakan aku dan masa ku..:(

    wah..baikkknyee..en sani ni..ahaks..:p

  3. huhuhu…arigato!

  4. takpe..kita masih boleh mencuba..itulah dugaan bergelar pelajar..huhuhu

  5. :p

  6. slama ni kau xpnh bual ng dr ni ke nopa?

  7. issk…ko ni jgnla malukan aku..
    bukan tak pernah berbual dengan dia…
    tapi ini pertemuan ilmiah…huhuhu kononla..

    kata-kata dia satu quatation tu.. =P

  8. Al Fatihah Dr Anwar Nor Arai


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: