sekilas
a simply life

Boleh ku pegang tanganmu?

taken from Encik Abdul Halim  (Mr Branch)

“Maafkan I… I mahu pegang tangan you! Err… boleh?”

 

Entah mengapa kumulakan kata dengan maaf. Sekadar berbahasa atau menunjukkan diriku ini gentlemen. Aini hanya diam. Diam bermakna membenarkan. Tetapi Aini bukan gadis zaman 50-an, atau 60-an, atau dulu-dulu. Aini gadis alaf baru yang ada ijazah kepujian. Aini bukan gadis sebarangan.

 

Masihkah Aini berpegang pada sifat malu dan cara berkomunikasi yang sinonim dikaitkan dengan wanita Melayu? Diam tandanya mahu. Malu tetapi mahu. Aku tidak pasti tetapi nafsuku begitu membuak-buak ingin menyentuh tangan halusnya yang runcing.

 

Mana kau tahu tangan Aini halus, tanya hati gelapku? Itu anggapanku saja. Seringkali aku menjeling-jeling tangan bogelnya. Rasanya tangan itu mesti lembut. Ohh… sebab itu aku teringin sekali menyentuhnya. Adakah dia rela tangannya kuusap?

 

Aini masih diam. Tubuhnya bergerak ke belakang, sedikit saja tetapi seperti dia mahu menjauhi aku.

luruskan-hatiku

 

“Kenapa you nak pegang tangan I?” Tanyanya lembut. Suara halusnya cukup jelas kudengar. Tetapi aku pura-pura tidak perasan membuatkan Aini mengulang pertanyaannya tadi. Kali ini lebih kuat dan jelas.

 

Perlukah aku memberitahu tentang mimpi dan fikiranku yang berserabut. Tentang ingatanku kepada Aini. Di kepalaku hanya ada Aini. Ini memang cinta tetapi sebagai lelaki, nafsuku membara sama. Mahu dekat selalu dengan Aini dan mahu lebih intim lagi. Paling sedikit, aku teringin memegang tangannya, sekejap pun jadilah.

 

“Mana mahu jadi sekejap,” itu kata temannya Osman. “Kau memang rasa hendak pegang kejap saja tetapi kau gerenti tak mahu lepaskan. Kena pula dia pun suka, sepanjang hari pun boleh tu…” Berdekah-dekah gelak Osman. Katanya itu realiti. Namun aku tidak pasti jika hanya teringin atau mahu terus memiliki Aini.

Minggu lalu ketika menghantar Aini pulang ke rumahnya, jari jemari kami tersentuh sewaktu aku dan dia sama-sama ingin mencari siaran radio. Berderau darahku. Aini cepat-cepat menarik tangannya. Sejak hari itu Aini selalu mencari alasan untuk menolak ajakanku daripada menghantarnya pulang. Selalu sangat dia pulang lebih awal atau menumpang temannya yang lain.

 

“Sudah empat tahun kita berkawan… Memang lama. Apa salahnya I pegang tangan you…”

“You rasa sudah tiba masanya kita boleh berpegang tangan?”

“Tak mengapalah kalau tak boleh. I hormat pendirian you.”

“Kenapa pendirian i pula? Pendirian you sendiri bagaimana? Tak sama?” Aku terkedu dengan pertanyaan Aini. Sudah lama kami berkawan, sejak di universiti lagi. Kami sering berterus-terang dalam apa perkara sekali pun. Cara Aini menjaga diri dan pendiriannya antara penyebab aku meletak minat yang tinggi padanya. Aini umpama mawar berduri yang ramai lelaki ingin miliki. Tetapi dia memilih aku menjadi buah hatinya.

“Lagipun kita akan berkahwin juga nanti ‘kan.”

 

Cara kami berpacaran mungkin tidak sama dengan remaja lain. Semuanya kerana pendirian Aini itulah. Walau ada rindu-rinduan tetapi kami tidak pernah bersentuhan. Sehinggalah baru-baru ini aku mula merasakan ingin menyentuh Aini, sekadar menyentuh tangannya pun jadilah.

 

“Ini bukan pendirian saja tetapi pegangan. Di mana pegangan you? Macam mana you boleh terfikir tiba-tiba hendak memegang tangan I?”

“Sebab I lelaki… jadi I rasa, perasaan teringin tu memang biasa dan semula jadi.”

“Teringin bukan bermakna mesti buat. I teringin banyak perkara, I teringin nak pakai baju cantik-cantik tetapi semuanya jarang, jadi I tahu I tak boleh pakai pun. I teringin yang bersolek cantik, bergincu merah menyala ke tempat kerja, tetapi I tahu berdosa, jadi I tak buat…”

 akhwat

Peluh sejuk mengalir tiba-tiba. Aini tidak marah pun. Suaranya pun tidak tinggi. Dia bukannya melenting tetapi kenapa aku tiba-tiba kecut perut.

 

“Kita sudah biasa berterus-terang Amran, biarkan kita berterus-terang hari ini. I pun teringin hendak memegang tangan you. Teringin hendak berdakap dengan you dan ada kala teringin merasa diri dibelai… Sebab you lelaki yang I cintai…”

“Aini…”

“Tetapi teringin sajalah… You ingat hanya lelaki yang ada nafsu?”

 

Hujung minggu aku pulang ke kampung. Mungkin sudah tiba masanya aku dan Aini diijabkabulkan. Semuanya kerana keteringinan kami berdua. Emak bersetuju, ayah pun gembira. Eloklah masuk meminang kata mereka.

 

“Meminang?” Tanya Aini. Dia tiba-tiba terkejut. Wajahnya merah. Tidak pernah Aini terkejut begitu. “Bila?”

“Bila-bila, asal saja you setuju.” Aini memandangku tepat. “I rasa sudah tiba masanya kita hidup berumahtangga. I mahu pegang tangan you selama-lamanya, biar halal caranya.”

“Amran, I minta maaf. You pilih I kerana you rasa I menepati sebagai wanita untuk you peristeri. I tahu you bangga dengan pendirian I. Tetapi Amran, you sendiri tidak menepati lelaki yang sepatutnya menjadi suami I. I rasa pendirian kita kita tidak sama. Maafkan I…

mencintai-allah-swt

4 Responses to “Boleh ku pegang tanganmu?”

  1. syukran..
    sbb meluaskan post ana..
    moga remaja di sana amik iktibar..

  2. welcome…
    entri ini sangat menarik walaupun isu nya dianggap kecil oleh orang lain termasuk aku.. =)

  3. Isu yg menarik. Teruskan…

  4. insyAllah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: