sekilas
a simply life

Lihat dan nilailah sendiri…

Aku dapat email ini dari member aku. maybe korang ade sebarang komen tentang perkara ini…nilai lah sendiri…

 

Monday, January 12, 2009
Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis,

merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN,

pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh

9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.


Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik

kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran

tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja

mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya,

memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan

berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7

aripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas

Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang

kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar

menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya

diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang

sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak

penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu,

Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan

filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian

penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

* dari blog Ustaz Suhaimi Saad – jazakallah.

 

sekilas : tak faham…(sambil menggelengkan kepala) =(

No Responses to “Lihat dan nilailah sendiri…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: