sekilas
a simply life

takyah banyak tanye..baca dan tengok!

neway, aku baru pulang dari screening. hari ni bukanlah hari wajib screening untuk aku. tapi petang tadi Julie kata ada tayangan tentang filem budak belasan tahun jadi jutawan menang pertandingan “who wants to be a millionaire”. then memandangkan filem tersebut bagus, aku just nak suggest kat orang ini movie jela.
En. Norman pun kata, esok filem ini akan ditayangkan di International Screening di GSC yang berdekatan. so korang boleh menontonnya. filem ni dah lama dah orang lain tengok..aku je kot baru nak tengok..huhuhu…so, sorry le klu review aku ni diaktakan ketinggalan zaman..cet!

Sinopsis: (diceritakan secara ringkas)
mengisahkan tentang kehidupan 2 orang adik beradik iaitu Salim Malik (abang) dan Jamal Malik (adik) yang hidup di jalanan setelah kehilangan ibunya. Mereka survive hidup dengan sendirinya bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan, Lathika. mereka telah bertemu dengan seorang lelaki, Manan yang kononnya dah selamatkan dorang daripada hidup merempat. Tetapi, rupanya kehadiran Manan tu just nak jadikan dorang ni pengemis bersama dengan beberapa orang lagi kanak-kanak. Salim dan Malik berjaya melarikan diri setelah mengetahui akibatnya jika terus bersama Manan. tetapi, Lathika tidak sempat melarikan diri bersama mereka.
Kehidupan mereka diteruskan berdua sehinggalah mereka kembali bertemu Lathika. Kemudiannya, Jamal kehilangan Lathika kali kedua di sebabkan Salim telah bekerjasama dengan Javed. sehinggalah Jamal bertemu kali ketiga dengan Lathika dan ingin lari bersamanya, tetapi Salim telah menghalang Lathika. Atas sebab itu, Jamal memasuki rancangan “Who wants to be a millionaire” dengan alasan yang mudah, Lathika akan menontonnya.

korang mesti tertanya-tanya apa yang menarik dalam filem ini. jawapan aku ialah BANYAK. lagi pulak filem ini penuh dengan kontroversinya di India khususnya. Filem ini menampilkan pelbagai isu yang telah menyentuh hati pelbagai pihak sehinggakan panggung wayang di India di kawal rapi oleh pegawai polis sebelum ia di banned oleh kerajaan India. menarik bukan? tapi apa yang aku nyatakan ialah pendapat peribadi aku mengenai filem ini..kalau korang rasa ader lebih banyak yang menarik..sila komen okay!

slumdog_millionaire_poster
apa yang menarik :
filem ni bukan filem hindustan yang macam Bollywood tu. tapi bak kata En. Norman (my Lecturer) filem ini filem British. jadi aku research pun memang betullah. dialog semua dalam bahasa Inggeris. ini lah kelainan utamanya.tapi yang menarik bagi aku ialah –

1. perwatakan Jamal yang penuh dengan perasaan tidak bersalah, jujur, mempunyai keinginan di dalam cintanya dan sentiasa mengejar apa yang diperlukannya. aku suka watak Jamal yang dicipta penuh dengan keinginan yang tak pernah menyebabkan dia putus asa iaitu mendapatkan cintanya.
2. realiti kehidupan India…tengok rumah dorang bersusun aku dah kata pergh!! macam setinggan kat Malaysia la tapi bila shot di ambil dari atas…dah macam ape dah. pastu kisah anak-anak jalanan yang takde kelaurga ni mengemis kat tepi-tepi jalan.
3. naratif cerita ni sangat menarik.ade unsur flashback yang mana filem ni dimulakan dengan pertengahan cerita dan kemudian Jamal bercerita kembali apa yang boleh menyebabkan dia menjawab setiap soalan. secara kebetulannya, soalan-soalan dalam rancangan tu ader kaitan dengan kehidupan dia. aku tertarik melihat susunan plot cerita ni. Malah ia menceritakan kehidupan Jamal itu sendiri sebenarnya dari kecil hingga dewasa. dan apa yang diceritakan sebenarnya oleh Jamal ialah SEMANGAT yang telah menyebabkan dirinya ada di dalam rancangan tersebut.
4. Memperlihatkan keindahan India jugak. Mercu tanda di India iaitu Taj Mahal sebagai satu simbolik kepada masyarakat India sehinggakan kita tengok ramai mat salleh yang kononnya datang melawat negara India ni. satu penghargaan juga tu walaupun filem ini diarahkan oleh mat saleh. hehehe…
5. pro dan kontranya kehidupan Jamal dan Salim yang mana Salim bergerak ke kiri dan Jamal ke kanan. walaupun kita tahu Salim mengejar duit tetapi akhirnya Salim melepaskan kesemuanya hanya untuk melihat Jamal bahagia bersama Lathika. Pengorbanan terakhir Salim dan dihujung nyawanya dia menyebut “God is great”
6. respest atau tidak, ini filem nak tunjukkan walaupun Salim nak buat jahat, dia still sembahyang dan memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosanya. aku tak nak komen sangat, tapi sekurang-kurangnya ia memberi kesedaran terhadap orang Islam sendiri. kene fikir tu…
7. banyak memperlihatkan isu-isu yang berlaku di India seperti penindasan terhadap orang Islam, kehidupan masyarakat India yang miskin, sikap kurang ajar orang India (scene mat saleh tu kononnya baik bagi duit kat Jamal), Amitabh Bachan yang dijadikan ‘role model’ Jamal, dan banyak lagi.
8. love all the kids in diz filem terutamanya watak kecil Jamal…so cute time scene memegang gambar Amitabh Bachan dan terjun dalam lubang najis..hahahha…funny siut!

Apa yang macam pelik:
1. macam mane time kecik dorang berbahasa India, pastu dah besar leh speaking habis-habisan. siap jadi tourist guide lagik. memang best kan??
2. semuanya terlalu kebetulan dengan soalan-soalan yang diajukan dalam who wants to be a millionaire sehinggakan ia berkaitan dengan kehidupan lampau Jamal.
3. kenapa geng-geng Manan yang muke ganas-ganas tu takleh nak kejar dorang lepas Salim bunuh Manan? sedangkan tempat tu kan orang dia ramai.

dev_game

Slumdog Millionaire sememangnya sebuah filem kecil yang ada pincangnya. Tetapi dengan perubahan semangat Boyle berkiblatkan India (Boyle sebenarnya merupakan antara pengarah British yang cuba sedaya upaya meruntuhkan beberapa genre, seperti yang dibuatnya dalam genre dadah, zombi dan jenayah), dan kupasan jujur filem ini tentang kehidupan realiti golongan miskin Mumbai serta rasa fantasi-romantisme ala hindustan yang terjaga, ia antara filem terbaik tahun 2008.

tapi tadi kena perli plak ngan Jijan..hampeh tul. dia kata “aku bukan blogger”..haha nak perli aku kan cakap aku selalu online and updet blog. dengki la tu. bukan blog die pun, blog aku. then, aku tulis blog pun bukan semata-mata untuk diri aku. nak jugak share benda bagus n tidak dengan orang lain…susahkan idup die ke ape? (ter’emo’ plak)

padahal takde ape pun, takat nak perli2 gitu..tak makan ati la…bukan dapat untung sesen pun.

4 Responses to “takyah banyak tanye..baca dan tengok!”

  1. ye..gjan memanng emoo~!! huhu

  2. x yah banyak citer..
    bakmai VCD meh aku tgk….
    huhuhu………

  3. nanti la..orang copy kat member…
    dia ader dvd citer ni…

  4. eh…ko ingat umah aku nie x leh pasang DVD ker??
    aku nyer kan DVD jer leh tgk…
    gambar jpg pun leh tgk tau…
    huhuhu………….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: