sekilas
a simply life

kisah aku pada 8 Januari 2009

semalam aku dah keluar ngan si dia dalam pukul 11 pagi sebab rasa banyak sangat tempat nak pegi untuk edar questionaire aku. 1st tmpt yg kitorg tuju adalah Midvalley Megamall. mula-mula sampai tu tak ramai lagi manusia di situ. tapi mengenangkan hari itu adalah hari Ahad, aku sedar tempat itu akan dipenuhi oleh manusia-manusia yang ingin berjimba-jimba bersama rakan-rakan ataupun family ataupun kekasih hati.

aku teringin jugak berjimba-jimba kat situ…tapi, sebanyak 30 set soalan kat tangan membataskan keinginan aku. aku mulakan pencaria umat yang boleh ku jadikan mangsa menjawab soalan aku ini. manakala si dia pula melilau sekitar kedai-kedai kasut sebab nak mencari kasut baru.

aku sekadar pusing-pusing di area depan GSC cinema tu untuk mencri manusia yang bertuah itu. alhamdulillah, aku dapat bagi 20 soalan. kemudian terpaksa gerak cepat, pewot sudah lapar. nanti si dia merajuk plak. sebab time tu si dia dah penat cari kasut..(tp tak jumpa lagi pun). dah la aku tidak menemani si dia.

keluar dari Midvalley parking kene bayar RM3.00..even weekend pun die cas per hour jugak..giler!! so, si dia kate kalau pegi Times Square nanti kite parking luar jer..aku pun memang dah merancang begitu la kan.

kami makan dulu di sekitar Kerinchi. tak best asam pedas dier.! pastu bergerak menuju ke Pandan Indah. singgah di rumahku syurgaku nak ambil cabel internet. dapat la tengok komputer baru milik ayah aku. jumpa mak ayah kejap jer..pastu terpaksa gerak lagik nak kejar masa ke times square.

sampai kat belakang Times Square (ingat nak parking kat tepi2 jalan tu jela) nampak plak encik polis trafik nek moto besau..huhuhu telah menyaman semua kereta yang parking kat tepi jalan tu. si dia dah telan liur..tak mahu sebarang perkara yang lebih memburukkan ekonomi berlaku, kami park kat dalam basement jugak.

mencari orang di sini agak sukar sedikit. semua memang takde masa nak melepak depan cinema tu..beratur dah le panjang. memang hari mnggu ni ramai gile..kemudian baru aku teringat, esoknye kan cuti perayaan Thaipusam..mungkin mereka mengambil kesempatan berpenat lelah dan berpeleseran pada hari Ahad. si dia seperti biasa melilau cari kedai kasut…

satu ketika aku dah penat berjalan bertanya dan memberi questionaire aku. aku call si dia…berehat kejap..dan kami buat keputusan untuk ke cineleisure terus..boleh tengok wayang sekali.time nak keluar parking, bayar kat machine tu, kene RM7..huhuhu..kami agak terkejut jugak sebab baru 2 jam lebih kat situ. erm, tapi tetap bersyukur..daripada duit kami melayang lebih banyak akibat parking luar dan di saman oleh encik polis tu..baik lah RM7 yang nilainya mungkin besar tapi ia lebih sedikit daripada ratusan ringgit kerana di saman.

bergerak..dan meneruskan perjalanan kami yang belum tamat..sampai cineleisure..masuk kedai kasut lagik. cari dan cari…pas jenguk2 2 kedai kat situ, kami bergerak untuk tengok tiket wayang. beli tiket movie Ong Bak 2. si dia yang nak tengok sangat.aku ikut boss..hehehe

kemudian ingat nak berpecah aku gi edar soalan, si dia gi tengok kasut lagik. tiba-tiba kami nampak encik Imuda (pelawak n pelakon tula). dia berehat di kedai makan. si dia suh pi tanye encik Imuda itu. aku pun pegi dengan niat mintak dia isi questionaire aku. tapi dia terus suh aku duduk then dia cakap “aku cakap je, ko tulis”

dia terus order air untuk aku..maknanye ape? aku kene melepak lama lagi ngan die. aku msg si dia bgtau hal yang tidak dirancang itu. dalam pertemuan tidak sengaja tu, aku terus tanya pendapat dia tentang industri perfileman malaysia. jawapan dia “hampeh!” lagi-lagi apabila aku bertanya tentang filem melayu. macam-macam dia bercerita. katanya, filem dia sendiri pun die tak tangok kat panggung. (dalam hati aku, mungkin dalam VCD dia tengok kot).

encik Imuda kata, die suke tengok citer Jepun. bila aku tanya apa istimewanya cerita tu. dia jawab “sukati aku la aku suke tengok. kalau ko nampak tak best, aku nampak best..aku punye suke la”

dia kata filem melayu terakhir yang dia tonton Perempuan, isteri dan … erm…tak tahula die berkata benar atau tidak. tapi mungkin itu yg terakhir dia tonton kat panggung. dia kata filem itu ader realiti kehidupan orang melayu. bukan macam citer Sifu & Tongga .”ko ingat ader ke orang macam Tongga tu betul2″ aku diam…sebab pada aku, itu cerita, yang mana pengarah berimaginasi atau mungkin penulis skrip memang sengaja mencipta kelainan pada watak-watak die. soal Tongga itu wujud atau tidak, banyak lagi watak-watak yang dicipta dalam filem Inggeris yang memang tak pernah wujud pun dalam kamus kehidupan kita. jadi, cara dia membuat penilaian terhadap realiti hidup orang melayu atau wuteva yang kononnye tiada dalam filem melayu itu tidak tepat. itu pandangan aku la kot!

kemudian aku membalas, “dah tu, orang lain suke tengok citer tu, sukati dorang la nak tengok kan. pengarah pun takkan buat citer kalau orang tak suke nak tengok”. dia balas lagik, “orang tengok pun ada 2 sebab jer, pelakon atau jalan cerita”

maknanye kat sini, kalau citer tu tak best, tapi org tengok jgk adalah sebab pelakon. begitu jugaklah sebaliknye. selepas beri beberapa komen tentang filem Malaysia ni, dia kate “mesti ko nak cakap, aku ni reti bercakap je tapi tak buat movie sendiri pun. aku tahu ko mesti nak cakap tapi tak terkeluarkan”  aku nafikan. sebab tak terfikir pun benda alah tu. pada aku dia sekadar meluahkan pendapat die sahaja. dan sebagai seorang pengkaji ..hehehe..aku setia mendengar. dia kate filem melayu takde yang boleh di angkat menjulang. aku cuba bertanay tentang  filem-filem Yasmin yang dapat banyak pengiktirafan. jawab dia ” Yasmin dari bidang commercial kemudian buat filem. laian..commercial mampu emnyampaikan mesej dalam amsa 30 saat. ” aku rasa dia nak cakap, Yasmin dapat sampaikan mesej dia dalam filem la..agaknye kot!

dia pesan kat aku “kalau ko terlibat dengan industri ni, nak buat filem ke ape ke..jangan syok sendiri!” perkara ini dah memang selalu aku dengar. tapi aku terima nasihat encik Imuda ini.

dia belanja aku air teh ais tersebut. katanye dah die yang order, takkan aku lak yang bayar. logik..logik..sebab aku tak minta pun.hahaha…

aku bergerak cari si dia…sampai 3-4 buah cari..keputusan untuk membeli masih samar-samar. kami terus ke panggung wayang, sebab movie dah nak start…kami layan movie sampai jam 1130 mlm. keluar dari situ, dan pergi uptown plak. dari pusing2 kat 3-4 buah tempat kat KL, penyudahnye segala barang-barang yang dia nak beli tu, ader kat uptown. kasut sport, kasut boot utk keje die and seluar jeans. semua beli kat situ.

itupun dah penat sangat berjalan. kaki dah rasa lemah, mata dah malap-malap. pinggang dah sakit. kami melepak minum kejap kat uptown damansara tu sambil mendengar suara-suara manusia yang berkaraoke kat situ. yang boleh layan sedap jugaklah telinga mendengar. yang hampeh tu, mungkin sekadar nak hiburkan hati kami yang bosan ni.

dalam 1.30 pagi kami balik..dan balik jer rumah, aku memang penat terus tido! jadinya selamat malam untuk semalam..huhuhu…

4 Responses to “kisah aku pada 8 Januari 2009”

  1. nape dia garang sgt?

  2. erm…norfa pun terkejut jugak.
    cara dia bercakap mungkin agak kasar.atau sebenarnya, dia merasakan norfa telah mengganggu masa dia …hahaha sebab tu dia cakap macam garang2..tapi cuak jugakla kan…

  3. dia memang camtu lah, kan dia org kedah, org kedah mmg camtu ape, tp nmpak cam dia ni cetek la bab2 filem ni, nak kata org lama, mmg lama pun,maybe dia xpert bab art2 (lukisan2) ni kot..patut2 kalau norfa jumpe dia buatlah trademark sikit masa dia blakon pi mai pi mai tang tu dulu kat dia “dagang pak malau dagang berlipat..” pastu tak pasal2 kene lempang dgn dia pastu kene byr air sendiri pastu satu hapah tak dpt, hahaha~!

  4. hahaha..betul tu…
    dapat penampar…dapat plak teh ais yg kene byr sendiri…
    dapat malu pun ader kot!!

    tak pasal je kang…tapi dia tak sombong..mungkin dah mmg style die cenggitu kot..klu org yg rasa2 tak biasa berdepan mungkin dorg telan liur je kot smpai tak reti nak bersembang aper..huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: