sekilas
a simply life

susah nak cakap

satu malam selepas screening yang lepas, aku dan rakan-rakan kami mengambil keputusan untuk melepaks kat pak halim. biasala, macam aktiviti separa wajib plak untuk berada di situ setelah tamat screening. kalau tak makan pun, minum dan borak-borak.

aku dan julie memang dah kekenyangan sebelum keluar rumah kami dah melantak. jadi aku cuma order teh o air limau..(tapi sebenarnya aku nak order air lain, lain yang kuar kat mulut)

tak sampai5-10 minit kat situ, en.norman datang join kami se’table’ huhuhu…dalam melepak ngan dia, dia bercerita tentang masalah pelajar itu ini dan bercerita lagi tentang hala tuju kursus kami ini. di oversea dan di sini berbeza tahap pembelajaran dan penerimaan pelajar-pelajarnya. aku hanya mendengar dan sesekali menyokong atau dalam erti kata lain menyampuk..hahaha…

tiba-tiba dia tanye, “kamu abis study nanti kerja di mana?” aku terus jawab “production house” sebabnya dalam kepala otak aku ni dok pikir company en rudi jer. lain-lain tempat belum la aku rasa nak menerima kehadiran aku. yela, belum cuba belum tahu.

tapi sebenarnya memang susah nak cakap tentang kerjaya kami kelak. ramai juga senior-senior yang berkesudahan di dalam bidang yang tiada kene mengena dengan industri. tapi, kelayakan mereka mampu mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik. takpe lagi kalau ke arah lebih baik, tapi kalau ke arah menjahanamkan..tak ke haru?

klau ader yang hidup dalam industri ini pun, lihatlah kehidupan mereka, tak menentu kerja (kalau kerja production hse la) shooting…tak kira waktu dan tempat…kalau ader job, masyuk..klau takde job, melepak dan tercari-cari job di kalangan rakan2. itu mereka yang kebanyakannya bergelar lelaki.

tapi kalau perempuan, mungkin berada dalam bilik editing, jadi production manager,atau sebenarnya bekerja di bank rakyat, buat kira-kira (akauntan), freelance script writer etc.

tapi macam mana plak kalau dengan aku? kerja kat the store jadi cashier or kerja kat pam minyak? buat masa ni ader sinar sikit kat production hse en rudi. kalau sudi terima aku lagi, aku pergi jela. aku sendiri dah apply SPA dan dah pergi 2 ujian yang dikendalikannya. tggal nak panggil aku temuduga kalau ader jawatan kosong jer..tapi, senyap smpai sekarang.

atau mungkin aku pun nanti bekerja kat bidang lain..pusing memikirkannya. sedangkan en.norman sendiri susah nak cakap mengenai bidang kerja kami kelak.

susah la nak cakap…

sekilas : harap-harap aku tetap bekerja dari duduk melepak je kat rumah

4 Responses to “susah nak cakap”

  1. kejelah kat tv3 ke rtm ke, situ lagi ok ape, gaji byk, keje ikut schadule gak kan? lagi2 RTM, kerajaan lagi, sebut rtm, tiba2 teringat kat ‘abg’ lama norfa tu, keje obesi kata, dpt byk award, gaji sah2 lebat, lagi2 dah bertahun2, agaknya kalau norfa ke tempat2 camtu boleh lah jadi manusia kot,dari production house tu, jgnkan tengok, dgr pun dah takut.. hik hik~

  2. ohoo…abang kegemaran nila tu ke??
    nape…nak try ngn dier…gi la msg2 die lagi..ahaks!
    erm…tapi, kalau rezeki tak kemana..asal ada duit masuk terima je dulu kan.

  3. eleh kegemaran akak la plak di tuduhnye, huhu~
    dah ilang la no dia, bagi lah balik kalau tak malu, jgn kat sini, nanti semua org copy hik hik..
    rezeki mmg tak kemana, soalnya nak cari rezeki tu kat mana~!

  4. lar dah betul la tu kan…ur fevret tu…
    ader hati jugak nk no dier lagik…
    huhuhu norfa pun dh tak simpan agi..sorry seems to be..
    carila rezki di mana-mana yang mampu kita melangkah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: