sekilas
a simply life

pendaftaran online atau pengurusan yang bermasalah?

hari ini kaki aku penat melangkah ke sana ke mari menguruskan pendaftaran kursus yang tergendala. sepatutnya tarik tutup pendaftaran telah berakhir waktu cuti lepas. tapi ketika aku ingin membuat validasi satu kursus aku takde. aku cuak…sebabnya ia berpunca daripada aku juga yang lalai tidak men’update’kan pendaftaran tersebut. bukan ape..masalah yang timbul bertimpa-timpa.

mula2 waktu nak daftar tak boleh..semangat tgh tinggi menjulang. maklumlah semester akhir. tapi tiba-tiba tengok takleh daftar sebab credit limit dah cukup. time tu credit limit yg dibenarkan 0.0 credit hour..agak pelik la kan..isi borang manual..dapatkan cop KP (ketua program). bersesak nak tggu en.norman. yela, bukan sorang dua nak jumpa. nak tggu en.norman free lagi. bila dah anta….kira lepas la konon.

sampai masa nak update group, problem lagik. group dah penuh. kene isi borang manual lagi dan dapatkan cop Kp. erm..tensen2…2-3 kali keje…penyudahnye …aku terlupa terus. nak tggu en.norman pun satu hal jugak. bila dah validasi ini la masalahnye. hanya 2 kursus didaftarkan. satu lagi yg aku tak update group ilek.

hari ni, dari pagi aku gi ofis. dapat borang manual..isi nak dapatkan cop Kp dan buat surat rasmi.erm…En. Norman plak ader kelas 1030am ngan aku…so kene abis kelas…die nak lunch plak..tggu kul 2 ader kelas plak. tggu kul 4…aku ingat aku sorang je mengalami masalah ni, rupenya ramai lagi..jijan,julie, lipan,wanie,faliq dan lain-lain.

teringat zaman kat stadium. buat manual juga memudahkan pelajar..isi borang…mintak cop sekali dan terus hantar tanpa perlu risau apa2 lagik.takde masalah server busy…takde mslh takde group..mslh credit hour…mslh bertindih jadual dan sebagainya. sekarang bila dah guna online mcm ni…ader je tak kena dan emnyusahkan pelajar. kalau pelajar tu sorang dua takpe. ini kalau dah berpuluh orang yang mengalami masalah..pening jgk pihak pengurusan nak selesaikan. kata jijan, dorang malas nak fikir masalah pelajar…pendaftaran online ni kalau ader prblem dorang terpaksa buat manual. erm…dulu takde online, manual jugak yang korang kene uruskan. sama jer…ini bila dah jadi macam ni, pelajar pulak yang kene marah sebab tk buat pendaftaran dan sebagainya. sedangkan masalah itu timbul dengan pendaftaran online…bila kita ni datang mengadu, pengurusan marah pulak pelajar.

sepatutnya explain apa yang perlu buat dan buat je kerja yang sepatutnya. tak perlula amik masa nak membebel dan salahkan pelajar. pengurusan sendiri yang malas nak layan karenah pelajar. terima jela kehadiran kami ni kalau ader masalah.. tak paham aku…

sebenarnya aku perhatikan kes ni dari sudut jijan. tak tahula mungkin kerana jijan seorang lelaki maka dia kena marah dengan orang ofis tu. aku sendiri dengar perbualan mereka. erm..tak semena-mena kene marah dan dibebel. sedangkan waktu aku adu masalah aku, takde marah-marah pun. (tapi aku minta pada orang lain).

dorang dah dibayar untuk lakukan kerja pengurusan akademik pelajar, jadi lakukan jela tugas mereka. tahula anda-anda semua tu tertekan dengan kehadiran pelajar yang bukan seorang dua…tapi kalau dah tahu masalah seperti itu satu perkara biasa, hadapilah dengan tenang…dah biasa kot!!! huhuhu….atau mungkin pulihkan teknologi yang ada segera atau mungkin kembali la kepada cara yang lama….lebih selamat..

aku kepenatan menguruskan pendaftaran tadi. kejap lagi ader screening kat pancha delima. group aku handle..so, mau pergi mandi dan uruskan diri plak….

terima kasih kerana membaca..sila lah komen yek!

 

sekilas : sekadar melepaskan kepenatan

2 Responses to “pendaftaran online atau pengurusan yang bermasalah?”

  1. kesiannya dia..huhu sabor ajela..

  2. huhu…dah lepas dah…smeoga aku graduate dengan cemerlang..
    malas nyer nak pikir lagik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: