sekilas
a simply life

kisah lama

erm…lama rasanye tidak menjenguk blog sendiri. waktu cuti raya cina tu aku tak online beberapa hari sebab dah takde internet kat rumah. angah dah pindah. oleh itu tinggal mak dan ayah berdua jer.

pasti bosan apabila menjelang sabtu ahad dan juga malam…takde orang, sunyi, sepi…=( so sorry..

terasa banyak perihal yang ingin di ketengah kan di sini. tapi blog ini bukanlah tempat untuk aku luahkan segala-gala bentuk peribadi, perasaan dan sebagainya. tapi, kalau aku dah mula menaip, bermakna pedulikkan lah apa yang aku nyatakan sekiranya berkaitan dengan anda sekalian. kebiasaan tagline untuk blog seluruh alam ialah “blog aku, aku punye suka la nak tulis apa” =) jangan marah arr…

waktu ini hanya tinggal bersama julie dan anak-anak buahnya. dan dan tu rindu kat anak-anak buah aku…semuanya….!!! umairah, ajwad, aisyah, ain, anis, athirah, danial, iskandar, diyana, dan sarah. lama jugak tak bertemu dengan dorang.erm…

lambat pulak rasanya pengajian aku ni berakhir. malas dah nak duduk sini mengenangkan segala yang mengecewakan hati dan perasaan. terutama apabila terlintas seorang sahabat di kepala. terasa dia tu macam takde perasaan je. (pasti kisah ahli sihir yang aku nak citer ni) pedulikkan die…

kat sini terlalu banyak kenangan. sewaktu diploma sampaila sekarang. yang indah mahupun yang pahit. ada beberapa perkara yang kalau boleh aku tak nak ingat langsung. dan ada perkara yang akan aku ingat sampai senyum aku ke telinga. hehehe…

dan sebenarnya aku rindu pada saat2 aku mula menjejaki ke uitm. ketika itu pelbagai azam yang aku pegang dan banyak perkara yang ingin aku laksanakan. adala beberapa perkara tercapai. tapi agenda utama terkubur macam tu je. cakap senang…tapi bila sampai waktu nak buat…banyak hal pula yang hendak di fikirkan.

hari ini ada banyak yang berubah tentang diri aku. tak perlu aku nyatakan..kerana peribadinya aku sahaja yang mengenali diri aku. tapi kalau anda yang membaca kenal aku dulu dan sekarang, pasti nampak perbezaannya.

waktu cuti yang lepas, aku melawat kawan aku aida shazana…tengok baby dia yang baru lahir. terasa lengkap sudah ekluarga itu apabila si anak ada di depan mata. seronok melihat rakan-rakan bahagia…dan…ehem ehem…

hahaha…yang ini funny. aku dan 4 orang lagi rakan pergi naik satu kereta. Chemy (akma), tajud (jufiza), Fiza, dan bf chemy …..surprise. waktu chemy sms aku “kejap lagi aku sampai, aku amik Jufiza dulu. Bf aku drive, aku ‘sengugut’ “… terus aku membalas “tak bujangla bawa boyfriend” dan tersenyum sebab aku tak pernah bertemu dengan bf chemy.

masuk tajud dah tggu dlm keta, sementara tggu fiza siap. dr belakang aku macam dah kenal mamat sebelah chemy ni…bila masa dia menegur aku…kompom Azwan. hahahaha..memang aku senyum dan senyum..ekekeke

camne chemy leh berkasih dengna dia. kata chemy baru lagi…macam mana aku tak senyum kambing..time aku keje cashier kat mobil mamat tu nak ngurat aku…kitorg punye kamcing leh tahan jugaklah..tapi sebab jarum dia tak masuk macam senyap camtu jerk..tahu2 jumpa dengan chemy..hehhee..

tak boleh kenang…sebab ader 1-2 perkara time kitorg melepak harus dirahsiakan kejadiannya..hahahha..jangan buat taik wan…aku sorry byk2 kat chemy takut dier terasa bila aku cakap “best woo naik moto ngan dia” ekekeke..walhal wan hanya anta aku balik rumah jer dari mobil tu…kalau chemy baca, sorry again…

kitorg melepak agak lama kat situ. jumpa awin (serius aku lama giler tak jumpa dia since 2002) dan terasa ader jurang jer atr kitorg (dulu akrab)..lagi plak minah ni asik speaking jer keje dier..ye, aku tahu english kau bagus! dari dulu aku salute kat ko geng. dia dtg ngn bf dier. bila intan sampai dia pun blah. banyak story yang kitrang kuarkan…dan macam-macam kenangan manis waktu sekolah. bila pulak aida buka citer pasal azin kene bully ngan aku. memang gelak besar la…

dan bila melangkah kaki pulang…aku berfikir.

sampaikah saat itu untuk aku?

 

sekilas : miss all the things

4 Responses to “kisah lama”

  1. hmm..byk yg perlu dikatakan, nantilah~

  2. apa benda tu ye nila…

  3. ader la, ia lebih berbentuk pengalaman dan pengajaran yg berguna, moga2 ia dijadikan sekadar memori pada kita berdua, sekali pun kita tak pernah bersua dan tak kenal rupa bentuk juga sebagainya, nila takut diri ini tidak di terima, walaupun sekadar kawan, setelah peristiwa yg berlaku kepada nila, dan kepada norfa seakan2 sama, nila harap norfa terimalah nila seadanya..

    hal ini akan di beritahu pada 2hb mei 2009 ni, secara besar2an, haha cam gepak je. nantikan~

  4. 2 mei 2009?? mmg mcm gempak la tu kan..
    sbb 1 mei tu hari pekerja..hahaha..
    semoga ia bermanfaat utk kite… =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: