sekilas
a simply life

adakah keputusan itu satu kemestian

Suatu Kemestian Bukan Hanya Suatu Harapan

DIkirim oleh smartz di Disember 30, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

 

Ikuti kesah kejayaan ini dan semuga ia boleh dijadikan panduan dan dorongan untuk kita mengejar cita-cita yang belum kesampaian.

 

‘Bila saya bercadang untuk menulis buku saya yang pertama, saya sedar tentang kemungkinan yang saya mungkin tidak akan dapat menyiapkan buku tersebut dan berhenti separuh jalan. Jadi sebelum saya memulakan menulis buku tersebut, saya telah berjumpa dengan setiap penerbit yang terkenal dan menyatakan kepada mereka bahawa saya akan menghantar kepada mereka manuskrip saya dalam tempoh 6 bulan.

 

Saya juga telah mengumumkan kepada kawan-kawan saya supaya mencari buku tulisan saya di kedai buku beberapa bulan akan datang. Sebaik sahaja saya membuat pengumuman tersebut saya tahu yang saya tidak boleh berpatah balik. Reputasi saya terletak ditangan saya. Saya telah meletakan diri saya ke satu keadaan dimana saya mesti menyiapkan buku saya dan keadaan itulah yang telah mendorong saya untuk menyiapkan buku saya tersebut sedangkan waktu itu saya masih lagi sedang belajar di universiti.

 

Satu-satunya sebab kenapa saya boleh menyiapkan buku itu adalah kerana telah meletakkannya ke keadaan yang mesti disiapkan. Pada tahun sebelumnya saya telah set matlamat saya untuk menulis buku dan saya fikirkan untuk menyiapkan buku itu dalam tempoh setahun. Jadual saya sangat sibuk, saya memberitahu diri saya jika saya ada masa saya akan menulis dan menyiapkan satu bab. Malangnya saya selalu menangguhkan kerja penulisan bila sesuatu yang lebih penting berlaku.

 

Dalam tempoh setahun saya hanya dapat menyiapkan satu bab dari dua belas bab yang sepatutnya. Kemudian seorang dari kawan saya datang dan mengingatkan saya. Salah satu sebab kenapa anda tidak dapat menyiapkan buku itu adalah kerana anda telah tidak menjadikannya satu kemestian. Melainkan anda menjadikannya satu kemestian anda tidak akan dapat menyiapkannya. Saya tahu kawan saya betul. Saya mesti menggunakan formula ini.’

 

dipetik dari http://smartz.wordpress.com/ 

aku sebenarnya memerlukan motivasi pada ketika ini. antara sebabnya ialah aku terasa malas, aku takde mood untuk siapkan tesis, aku tak berjumpa dengan penyelia aku untuk membuat perkembangan positif. aku hanya bercakap je tapi tak buat-buat.

aku bukanlah stress, tapi keadaan aku ni menggambarkan aku tidak bersedia untuk masuk semester yang baru ini..

oh semangat..kemanakah kau menghilang. percayalah pada diri bahawa aku mampu melakukannya…

bergerak….bangun…cergas!! (isss…camne nak bagi motivasi diri ni.

 

sekilas : kadang-kadang cara ini memang berhasil…tapi kalau jenis ‘boh’ je, lantaklah orang nak marah pun..tetap tak buat.huhuhuhu

No Responses to “adakah keputusan itu satu kemestian”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: