sekilas
a simply life

Bukti~~!!

Kuala Lumpur : Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuan dipejabat pelakon norman hakim 30 oct lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi disamping pasangannya di aras 1 pejabat pelakon itu.

Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat norman hakin & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau memey dibicarakan dimah kama h.

Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yg menyertai serbuan ke pejabat norman itu berkata, serbuan ke pejabat pelakon itu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.

Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapan pejabat.

Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat

Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada memey yang memaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati memey dalam keadaan terpinga-pinga.

Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tlam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.

Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua.

Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh; katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar “BOXER” (seluar lelaki).
Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua s eda ngkan memey di aras satu ” Kami tinggal berasingan ”

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya di bawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi.

2 Responses to “Bukti~~!!”

  1. yg jantan bodoh senang kene goda dgn budak mentah…yang betina tu garik sgt..smpai laki org pun nk dikebas..tak tau malu ke..ko tu berlakon pun xseberapa..tp sbb bnk naik cpt,sanggup gadai diri dan goda laki org utk dpt publisiti…yg jantan,peraya sgt yg knnye si betina lah yg memahami sewaktu ade mslh…tp jantan ni xpk ke yg betina tu blm kawin lg..bkn tau mslh org dh kawin..camne plak bole kata si betina ni memahami…si jantan dh kene kangkang dgn betina ni..tu yg jd bodoh je…

  2. sdarla norman..ank da rmai..de isteri cantik pon mseh nk tunjok yg ko 2bute lg????..klo xmampu jlnkn tnggongjwb bek ko jgn berkawen..maen2kn ank org xpatot btol!!!..cian kak abby,mengharapkan suami yg bleh jaga die n ank2 tp akhirnye???xpela kak,maybe de hkmah d sebalek sume ni..mungkn Tuhan nak tunjok pada akak yg sbnanye,norman is not a good man..perempuan yg bek adlh untok lelaki yg bek…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: