sekilas
a simply life

anak?? ramai sey…

Berada di kuala lipis sekarang…menjadi seorang adik yang kononnya cuba membantu kakak kesayangan di sini…huhuhu.itu hanya sekadar luaran, tapi sebenarnya banyak perkara yang dipelajari satu demi satu selari dengan peredaran waktu di sini. (macam lama sangat kat sini!)
Hari ke-5 berada di sini melihat telatah anak-anak buah yang disayangi. Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan mereka dan kehadiran aku di sini mungkin membantu meringankan beban si emak yang sibuk bangat aku tengok.
Tak tahu ler aku ni membantu ke tidak, sebabnya bila aku rasa tak tahu nak buat aper..aku tido..huhuhu.
Hari pertama aku kat sini adalah hari Sabtu..sebab-sebab utama aku berada awal kat sini kerana hari Ahad, kak Ida minta aku jadi pengadil untuk pertandingan yang dianjurkan di sekolah tadika Ain di mana pada hari tersebut juga hari penyampaian sijil persekolahan mereka yang tamat tadika untuk kanak2 berusia 6 tahun.
Seronok melihat anak2 memberikan persembahan nyanyian dan pakaian beragam. Ini kerana tadika ini bukan untuk bangsa Melayu sahaja, makanya aku daapt melihat aksi-aksi kanak2 berbangsa India, dan Cina. Memang menghiburkan dan menggelikan hati aku. Maklumlah kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun ini sekadar menunjukkan bakat2 yang ada. Tahniah pada kanak2 yang Berjaya dalam acara itu..dan tahniah juga buat anak buah aku TUAN NUR AINAA B. TUAN MOHAMMAD ZAIDI kerana Berjaya menamatkan pembelajarannya di tadika tersebut. Tahun depan anak ini akan melangkah kaki ke sekolah rendah pula….
Pada sebelah petangnya aku hantar Ajwad ke sekolah asramanya..Clifford. kalau tak silap aku nama sekolah dia macam tu la kot. Bagi duit belanja RM5 untuk 5 hari sebelum cuti sekolah.
Hari Isnin, pagi2 bangun dan gosok baju budak2 ni, nak ke skolah. Kakak aku punya bertempik…budak2 ni macam2 hal dan ragam. Tiap2 pagi mesti nak bertelagah. Dari mula mandi, kat meja makan, pakai kasut sekolah, sampailah nak keluar pintu. Ada jer yang ditelagahkan..
Melihat kakak aku menguruskan anak2 dia. Aku pun pening. Kalau perangai budak2 ni baik jer takpe. Nakal dia…tak tahu ler nak cerita. Yang ngada2..yang menangis..huhuhu…betapa kakak aku berusaha menjadi ibu dan isteri yang mithali menguruskan 5 orang anak yang masih bersekolah rendah dan kecil lagi. Tak dapat aku bayangkan kalau aku berada di tempat dia. Kena gigih jugak tu. Bangun pagi2 siapkan sarapan..uruskan anak2 ke sekolah (dan akhirnya, si ayah yang kene uruskan diri sendiri ke sekolah juga – CIKGU la katakan), kemudian jaga anak orang pula, ada je keje yang dibuatnya. Tengah hari anak balik sekolah, bagi makan pulak. Petang bagi makan lagi. Dan aku melihat dengan rasa kagum!

kalau kawen nanti, aku nak juga nak ramai. tapi…korang rasa, sesuai tak aku ni ank ramai. pemalas lagik..huhuhu (tak dapat aku bayangkan)

Banyak yang nak cerita..tapi lupa. Pengalaman seperti ni kalau ingat kena terus tulis. Kalau tak lupa…lagipun internet tak berapa nak elok..nnti aku sambung lagik.
Ok bye.

2 Responses to “anak?? ramai sey…”

  1. oh ya…lupa nak bg tau…..
    23-28 hb, anda dijemput menjadi baby sister di rumah Kantan Permai pulak, untuk menjaga 2 hero yang gagah perkasa kerana ayahnya mencari rezeki di luar kota yang bernama KEDAH…
    huhuhuhuhu……………..

  2. ooo…suka2 ati je bagi date kat orang..
    mari sini duit blanja..tak main la jaga kosong jer..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: