sekilas
a simply life

apa kes pasal melayu ni?

 

Shahidan mahu Zaid taubat atau keluar Melayu

Abdul Aziz Mustafa


Sun | Nov 02, 08 | 9:41:07 pm MYT KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh)

– Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menuntut Senator Datuk Zaid Ibrahim bertaubat kerana menyifatkan model ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.

“Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” Bernama memetik kata dua Shahidan.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

“Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Beliau berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli Umno.

 

Kenyataan di atas aku perolehi daripada harakahdaily.net yang mengisahkan Datuk Zaid Ibrahim memperlekehkan Melayu. aku sendiri tertanya2 mungkin Dato Zaid bukan bangsa Melayu atau keturunan Melayu..mujur dia tidak memperlekehkan Islam…MasyaAllah..ape aku merepek ni. maaf Dato, tidak berniat menyinggung sesiapa. tetapi, aku rasa tidak sepatutnya kenyataan itu dikeluarkan. lagi pula, negara kita lebih ramai bangsa Melayu berbanding bangsa lain. tidak pula mengenepikan bangsa2 lain..kerana negara kita memang negara yang majmuk. mungkin sesetengah pihak sahaja yang berasa terpinggir kerana hak keutamaan diberi kepada bumiputera sahaja. tetapi sesetengah bangsa lain masih berasa selesa kerana mereka berusaha sendiri mendapatkan hak mereka…aku benci politik serta mereka yang berada di arenanya~!! entah. walaupaun aku sendiri Melayu tetapi aku benci orang Melayu yang hipokrit dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat tempat di hati masyarakat dengan kedudukan dan pangkat mereka…

 

untuk seketika aku sokong Zura Firdaus…aku benci orang kaya seperti mereka….

di bawah ini pula kenyataan yang aku ambil dari http://mahadijmurat.blogspot.com/ iaitu salah seorang pensyarah aku jugak. mungkin korang boleh ebrsetuju..atau mungkin tidak dengan apa yang dinyatakan di bawah ni…tapi aku banyak setuju dari tidak..hanya kerana perkembangan politik negara yang makin senget..(aku tak amik tahu pasal politik..tapi terkadang tempias tu menjadikan aku peka sekejap je..)

 

Friday, 3 October 2008

 

Tak hilangkah Melayu di Dunia?

1. Ada kawan berbalah Melayu kini sudah hilang segalanya

2. Melayu tak boleh lagi bercakap tentang Melayu banyak sangat

3. Melayu tak boleh lagi berkeris, walaupun atas ‘pentas’

4. Melayu mesti gunakan bahasa Inggeris, walaupun untuk mengira

5. Melayu mesti berfikir sebagai Malaysia, sebab negara ini Malaysia. Malaysia
ertinya campur aduk, pelbagai dan ‘multy’. Kalau bukan multi bukan Malaysia. Melayu sahaja bukan Malaysia.

6. Tak ada Melayu tak apa, asal ada Malaysia. Menteri kebudayaan dulu kata kalau buat filem buat filem Malaysia, bukan filem Melayu. Filem Malaysia, muzik Malaysia, tarian Malaysia.

7. Bahasa pun bahasa Malaysia. Tak payah bahasa Melayu lagi

8. Persekutuan “Tanah Melayu” dah tak ada siapa sebut lagi, cukup dengan panggil “semenanjung”. Panggil semenanjung baik sebab tak ada perkataan Melayu. Nama Melayu bangsa lain tak suka. Kita mesti jaga hati bangsa bukan Melayu

9. Yang gigih bercakap semua yang disebutkan diatas ialah orang Melayu. Orang Melayu yang sudah tidak mahu menjadi Melayu lagi

10. Saya tak ada jawapan untuk semuanya itu. Tuan fikirkan sendiri

Posted by MAHADI J MURAT at

Friday, October 03, 2008

aku juga tiada jawapannya…mungkin korang dapat memberi persepsi masing2..adiosss…!!

No Responses to “apa kes pasal melayu ni?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: