sekilas
a simply life

Sandiwara Norman, Memey terbongkar?

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my


Norman Hakim

AKHIRNYA gosip bertukar menjadi cerita benar. Selepas membuat penafian demi penafian dan meminta bukti mengenai dakwaan beliau kononnya bersikap curang terhadap isteri, akhirnya bintang drama kepolisan Gerak Khas, Norman Hakim ditangkap atas tuduhan berkhalwat dengan aktres remaja yang mula dikenali menerusi drama terbitan Skop Productions, Pasrah iaitu Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, pada awal pagi Khamis lalu di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor.

Zubir memang terkejut dengan berita penangkapan itu kerana pada 28 dan 29 Oktober lalu, Norman serta Memey bermati-matian membuat penafian menerusi media massa bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa sehingga menggugat keharmonian rumah tangga Norman dan isterinya, Abby Abadi.

Kita faham, mereka belum dijatuhkan hukuman dan boleh dibicarakan bagi memastikan mereka benar-benar bersalah atau sebaliknya tetapi apabila sudah ada kes tangkapan sebegini, apatah lagi ditangkap pada waktu jam 3 pagi, selalunya ia menunjukkan ada sesuatu yang boleh dijangkakan. Yang penting, mereka tentulah mempunyai hubungan intim dan lebih sekadar kawan biasa kerana masih berdua-duaan dalam satu pejabat sehingga jam 3 pagi hingga disyaki berkhalwat.

Sekadar memetik pengakuan Memey kepada Zubir di ruangan ini pada 30 Mac lalu mengenai gosip liar yang mendakwa dia menjalin hubungan mesra dengan Norman sehingga menimbulkan perasaan tidak senang kepada isteri Abby. Difahamkan Abby ada menghubungi Memey berhubung cerita negatif itu.

Memey

“Mengenai Norman, Memey kenal dia ketika kami berlakon sama drama bersiri Pasrah. Namun, hubungan kami tidak lebih daripada rakan

sesama artis. Memey akui, Abby ada menghubungi Memey bertanyakan perihal cerita negatif yang tersebar, namun semuanya sudah selesai apabila perkara yang diperkatakan itu sekadar khabar angin yang digembar-gemburkan.”

Harian Metro terbitan 29 Oktober dengan tajuk ‘Perkara itu tak masuk akal’ – Memey sedih dikait masalah rumah tangga Norman, Abby, sekali lagi Memey membuat penafiannya.

“Sudah beberapa kali saya jelaskan antara saya dan Norman tiada apa-apa hubungan istimewa, apatah lagi merancang bernikah di Thailand. Perkara itu tidak masuk akal. Sebaik penggambaran drama bersiri Pasrah berakhir, saya tidak lagi bertemu dengannya (Norman). Saya kecewa apabila berita pergolakan rumah tangga Norman dan Abby dikaitkan dengan diri saya sehingga ramai yang bertanya termasuk ibu saya sendiri.”

Bagi Zubir, memang cukup menarik ‘lakonan’ Memey dan Norman di mata media dan peminat, kini segala-galanya sudah terjawab. Nampaknya Norman tidak pernah serik dengan musibah yang pernah melanda rumah tangganya sehingga berlaku perceraian singkat pada 5 Mei 2006 apabila dia ketika itu didakwa menjalin hubungan mesra dengan penyanyi dan pelakon cantik, Farahdhiya!

Pun begitu, sebaik saja Zubir mendapat perkhabaran Norman dan Memey ditangkap khalwat, Zubir berusaha menghubungi Memey dan mengirimkan SMS kepadanya untuk mendapatkan kepastian, tapi tiada jawapan. Sehinggalah pada lewat petang, barulah ada balasan daripadanya.

“Received all the text and miss called from you all and I do understand. Saya minta maaf. Just need a space to clear up my mind. Insya-Allah, when I’m ready, I will respond for all the phone calls, thanks.”

Lebih tepat lagi, bukan need a space to clear up my mind, sebaliknya pesanan Zubir kepada Memey: “You have to clear up your name, Memey! Bertemu media, buat pengakuan dan meminta maaf.

Pada masa sama, Zubir berjaya mendapatkan komen daripada Pengarah Urusan, Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berhubung penangkapan Norman dan Memey.

“Terus terang saya katakan, saya terkejut dan kesal dengan berita tangakapan khalwat Norman dan Memey. Selama mengenali Norman, saya sentiasa menasihati Norman supaya memelihara keharmonian rumah tangganya, lebih-lebih lagi dia berlakon dalam drama polis, Gerak Khas.

“Pada malam kejadian, kira-kira jam 10 malam, saya baru saja menasihati Norman supaya jaga rumah tangganya, tapi dia memberitahu saya, semua cerita yang dipaparkan media sekadar gosip. Tak sangka pula beberapa jam selepas itu, dia kena tangkap khalwat. Kini, Norman fikirlah sendiri untuk merencana masa depannya.

“Begitu juga Memey, beberapa kali saya pernah bertanya, jika betul dia ada hubungan dengan Norman, saya minta dia tarik diri, tapi dia terus menafikan ada hubungan dengan Norman. Tanggungjawab saya sebagai orang tua dan majikan sudah selesai. Terpulanglah kepada mereka,” kata Yusof dalam nada kecewa.

Nasi sudah menjadi bubur, pagi-pagi makan pengat, sendiri mahu ingat!

ZUBIR: Suami selebriti popular dilihat berjalan dengan gadis cantik berambut perang di balai ketibaan KLIA, baru-baru ini.

Norfa : aku tak kenal pun memey ni saper..huhuhu..sorry le sesangat..kuikuikui…

6 Responses to “Sandiwara Norman, Memey terbongkar?”

  1. si norman ni dah nma pelakon..buat solat konon.Hati dah itam dah main gila dan dan igt nak solat.eh sudah lah norman tektik berkarat.

  2. huhu..no comment on dat..
    harap2 dia bersedia menghadapi segala kemungkinan..

  3. si norman tu solat hajat ke solat istikarah utk dia n memey.Patutnya solat sunat taubat utk diri sendiri ini solat tau buat.si memey,awak tu anak dara(kalau masih lagi le)tak elok dok berdua-duaan dgn bukan muhrim,nampak sangat tak tau halal haramnya.

  4. mmg btol pun kata queen..adakah memey ini cacat akalnya?? dah taw laki orang, agak2 laaa wei. Mmg pada pndangan masyarakat, mereka nmpak seperti memey dan norman yg bersalah..nk buat camno norman..padan laaa muke. Dulu mase buat xmo beringat..

  5. Norman & Memey adalah pelakon yang dpt anugerah paling purpular bagi bulan Nov 2008. Syabas ducapkan…tingkatkan prestasi lakonan hingga ke antarabangsa. Buat abby semoga bahagia bersama dgn anak2 dan semoga tabah menghadapi liku2 kehidupan yg akan dtg. Hidup ibarat roda setiap masa pasti berubah.

  6. memang dasar [pompuan murahan..tak sedar yg abby n norman sedang berbahagia ngan anak2..siok2 dia(memey) kacau kehidupan bahagian dorang sampai bercerai uda 2. berdosalah c memey kerana meruntuh rumahtangga orang sedang bahagia…na rasakan turn mu tak lama lagi.wlpun kau tak kawin nagn norman, tapi nagn laki ko nanti…entah2 kawin hari ini hujung minggu ko akan dicerai oleh suamimu nanti…………..mati ko keparat…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: