sekilas
a simply life

kahwin?? oohh tidak…

aku yang cuba menghargai diri sendiri

aku yang cuba menghargai diri sendiri

aku telah selamat sampai di Pandan Indah malam semalam, dijemput oleh abang kesayangan aku. mak tertanya-tanya kenapalah aku balik ke rumah. pelik sungguh mak ni…

kalau aku tak balik kang, 10 kali call tanya bila nak balik..dah balik pulak, tanya jugak lagi. aku pun explain aku dah start cuti semester..walaupun sebenarnya belum start lagi, tapi aku takde final paper makanya aku ira dah bercuti la kan.

hari ni aktiviti bangun tido kul 10 pagi. still sakit pewot senggugut. malam tadi bukan boleh tido sangat pun. terpusing-pusing jugak lah aku. pastu mandi siap-siap nak gi kenduri kawen. dalam kereta, dok citer2 pasal lokasi perkahwiman yang dilakukan oleh pengantin ni. family dorang ni kitorang kenal time dorang ni berjiran ngan macik aku kat jalan peel dulu..

so, kira akrab tu yang kawin anaknya ni pegi. berbalik kepada lokasi kawin. ayah dok tanya “apasal la buat jauh2..?” sedangkan duduk kat segambut, kenduri kawin kat bandar manjalara. al kisahnya aku teringat pacik tu cakap, dewan tak dapat tempah dah penuh. sebab tu gi kat manjalara u. ermm…mak plak kuar cite pasal kak shila yang sibuk nak buat kenduri kat rumah kalau aku kawin nanti. tak nak buat kat dewan. abang menyampuk “kalau buat kat dewan, tak yah susah payah..takde bersepah rumah” ayah turut menyambung “kalau ayah mana2 pun boleh, tapi buat kat rumah lagi afdal. warna buat warna oren. biru, kuning, hijau dah biasa.” mak kat belakang tersengih denganr angan-angan ayah. dalam hati aku, ‘aik tahu ke ayah ni warna fevret aku..mcm tahu2 je aku nk oren time kau kawin nnti’…dalam sibuk2 dok citer pasal kawin aku tu..tiba2 abang bersuara “bila majlisnya?” hahahaha…

kitorang smua bantai gelak dalam keta…macam aku nak kawin tahun depan jer..ekekeke…last2 terus tutup cite kawin tu..ntah pape ntah family aku ni..dan dalam keadaan diam tu aku terfikir..aku belum bersedia nak kawin. aku belum lagi dapat capi impian aku sendiri. kalau di tanya, mestilah au jawab akunak kawin. tapi belum tiba masanya. kalau zaman akak2 aku dulu usia 23 tahun cam aku ni dah sesuai sangat. tapi time akuni..maca belum sampai masa lagi. stadi aku pun tak abis lagi…

time abang jemput aku balik semalam pun, abang tanya aku “kau dah abis ni, tak nak sambung lagi ke? dapat degree, apa la sangat sekarang ni.” aku diam seketika dan jawab “kalau ada peluang dan rezeki apa salahnya” oppss..jawapan yang lancar dan confident. tapi aku terfikir, mampu ke aku belajar lebih jauh lagi. maksud aku, aku bukan golongan orang-orang bijak pandai dan terpelajar dengan keputusan yang cemerlang. lagipun..kalau aku terus belajar, bila aku nak menyumbang pada keluarga aku? pada mak dan ayah sementara dorang masih hidup ni. tak sempat aku membalas jasa nanti..

aku belum ada perancangan untuk teruskan belajar. buat masa sekarang, aku berharap aku dapat abiskan ijazah aku ni dan dapat pekerjaan yang baik.

No Responses to “kahwin?? oohh tidak…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: