sekilas
a simply life

conteng-conteng

Terpanggil untuk menulis…mungkin sebab aku bosan duduk kat rumah ataupun kerana perasaan yang semacam dan fikiran yang bercelaru. Masih tiada jawapan untuk setiap persoalan yang membelenggu.  Apatah lagi tatkala menerima mesej dari seseorang. Hurm..pelik bila soal marah menjadi tanda tanya buat aku. Perlukah aku merasa marah pada seorang ibu..entahlah, banyak makna di sebalik kata-kata itu. Tapi, aku cool kan hati yang gundah gulana.

Sekarang aku berada di rumahku syurgaku di Pandan Indah. Menjalani cuti yang diberikan oleh universiti untuk pelajar-pelajarnya. Jangkamasa seminggu tu sekejap je bagi aku. Yela, dengan pelbagai saimen yang belum di sudahkan.

Aku tak tahu ape sebenarnya yang aku nak tulis. Sebab hati aku tak keruan. Aki sibuk kat rumah dia sebab ada kenduri. Oleh itu, aku terasa sepi seketika. Ah, itu bukan alasan Norfa. Entah kenapa aku nak menulis sebenarnya. ..

Tadi kedengaran mak dan ayah membebel antara satu sama lain. Itu antara sebab aku tak berapa nk duduk rumah. Sakit je rasa telinga mendegar pertengkaran kecil. Yg kecil boleh jadi  besar dan aku paham sangat perangai mak dan ayah. Aku pura-pura minum air di dapur dan cari time nak blah naik bilik. Huhuhu…malas nak amik port walaupun kadang-kala aku menyampuk suruh mak diam dari terus membebel pada ayah. Tak backing mak, tak backing ayah…tapi biasanya aku akan jadi mangsanya untuk mendengar dan pelempias marah mereka. Puncanya tak perlu la aku nyatakan. Masalah keluarga yang tak berkesudahan.

Sepanjang arini pun tak banyak aktiviti yang aku buat. Bangun tadi je dah tgh hari. Nak bangun pagi..tapi aku tahu nak buat  aper. Padahal aku boleh kemas rumah, memasak basuh baju. Bangun je aku mandi, aku basuh kain…kemudian tolong mak masak sket. Ikutkan mak tak nak masak. Sebab ada kenduri dekat deret rumah ni. Tapi sebab  aku tak nak pegi kenduri tu..(aku tak kenal sape yg kawen, dan tak berapa nak kenal dgn jiran aku tu) jadi mak nak masakkan untuk aku. Hahaha…aku kan anak mak. Mak susah2 nak masak..walaupun aku tahu aku boleh masak. Rasa terharu je..dan terasa jugak bila aku cakapkat mak.. “mak pegila kenduri tu, orang leh masak” mak aku siap jawab “ko bukan reti masak…” hehehe…aku kan anak mak..

Sebenarnya bila aku duduk jauh dari keluarga dari situ aku belajar banyak benda untuk berdikari. Jujurnya kalau aku duk rumah, aku selesa melakukan kerja-kerja rumah bila takde orang. Kalau mak ada…mmg mak la masak, nak campur tgn banyak2 takut mak lak tak percayakan aku. Sbbnya smp skrg mak anggap aku tak reti masak =). Aku suka kalau mak keluar gi kenduri then aku bangun pagi dan kemas rumah, basuh pinggan, basuh kain..hatta kan lipat kain pun aku leh buat. Tp bila mak ada…sesekali je aku turun bawah untuk makan, minum air, gi tandas ataupun bila ada benda menarik mak nak tunjukkan kat aku. Selebihnya aku duk terperap dalam bilik..main game, tgk tv kat bilik angah..ataupun tido. Entah itu rutin aku..sunyi rumah ini bila takde adik beradik yang lain, setidak2nya kalau ada anak buah aku..mesti mak tak rasa sunyi. Kepulangan aku tak banyak membantu. Terasa bersalah sebenarnya. Entah, jarang nak tunjukkan aku ni anak yang baik. Hakikatnya aku sayangkan kedua orang tua aku. Lebih2 lagi mak.

Tadi maghrib mak gi surau..aku mandi naik atas..dan duduk kat bilik buat kerja sket kat laptop aku ni. Angah balik kg mertuanya. Ayah dduk bawah main sudoku. Apalah rutin hidup di rumah ini. Mak dan ayah mesti gembira kalau anak2 dia balik melepak kat rumah. Takde yang lebih indah kan? Bila ahli keluarga berkumpul itu la saat2 yang bahagia buat mak dan ayah.

Walaupun aku tak buat kerja rumah sgt..tapi aku tahu mak suka kalau aku balik. Sebabnya ada benda yang mak bole cerita..ada benda yang mak boleh suruh aku buat..esok mak kata nak masak soto. Maknanya aku kena bangun pagi untuk bantu mak. Oh ye..tadi mak suh aku salin resepi kat surat khabar tu..aku tak buat lagik.huhuhu..japgi aku turun aku salin ler..

Lain yang aku gundahkan..tapi bila bercerita tntang mak, terasa tekak yang perit ni lega sikit. Yang ketat jadi longgar.

Terasa lambat untuk aku tamatkan pengajian. Sebabnya aku nak kerja dan nak bantu mak balik untuk capai apa yang mak nak. Berjayakah aku nanti? Memberi kebahagiaan buat mak dan ayah…aku tahu mak teringin sangt nak gi umrah apatah lagi haji. Dari kata-kata mak…itu harapn sebenarnya. Mak dah banyak korbankan untuk aku adik beradik…dan untuk ayah sekali. Tapi, skrg ayah dah terlalu tua untuk diharapkan membuat sesuatu. Hohoho…byk benda yang tak kena kalau aku bercerita nnti.

Oklah…aku rasa baik aku gi salin resepi tu skrg.nnti mak bising plak..cau..

170808 2037

No Responses to “conteng-conteng”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: